Bab 73 🥀🖤

1.1K 95 11
                                    

NADINE memegang erat hujung selimut itu menahan perih di bahagian bawahnya. Ya Allah! Tidak pernah lagi dia rasa sakit seperti ini!

Dia angkat kepala memandang Qayish yang sentiasa ada dengannya. Qayish turut membantu doktor dan jururawat menolak katil Nadine untuk dibawa ke bilik persalinan.

Qayish cuba menahan air matanya melihat adegan ini. Dia rasa semuanya seperti siaran ulangan. Dia pernah ada di posisi ini melihat Qaseh menahan sakit untuk bersalin. Sekarang ini Nadine pula. Qayish menunduk menyembunyikan air matanya. Dia... Teringatkan Qaseh Arnuha. Bidadari syurganya.

"A-abang..." lirih Nadine perlahan. Tolong... Dia mahukan Emir saat ini. Dia mahu Emir menjadi penguatnya.  Bagaimana dia mahu melahirkan kalau penguatnya tiada di sisinya.

"N-Nadine... Relax okay? It's fine. You gonna be safe. Berdoa banyak-banyak okay? I pun doakan segala urusan you akan dipermudahkan. Jangan takut okay?" Qayish cuba memujuk Nadine dan Nadine mengangguk kecil untuk memujuk hatinya walaupun dia amat takut sekarang ini. Bagaimana kalau... Nasib dia sama seperti Qaseh? Melahirkan di dunia namun berpantang di syurga. Memang cara kematian itu amat mulia tapi dia takut! Siapa yang akan jaga anaknya kalau dia pula meninggalkan dunia ini?

"Qay..."

"Ya?"

"Tolong beritahu semua orang yang I minta maaf. I minta maaf atas salah silap I selama I hidup terutama pada mummy. Tolong Qay... Minta maaf bagi pihak I," pinta Nadine sayu bersama air mata.

Qayish angguk kecil dan tersenyum perit. "Of course! I will... You relax okay? Kita dah nak sampai di labour room." Bila Qayish angkat kepala mereka sudahpun sampai di bilik persalinan.

Qayish hanya membatu di hadapan pintu memandang Nadine dibawa masuk oleh doktor dan jururawat. Air mata Qayish menitis dengan lebat melihat Nadine menahan sakit tadi.

"Please... Be safe," gumam Qayish. Dia menunduk memandang lantai.

Dia tidak mahu kejadian sepuluh bulan lalu terjadi kembali. Cukup sekali dia menjadi saksi pemergian isterinya. Dia tidak Nadine lalui perkara yang sama. Dia tidak mahu nasib bayi kecil yang bakal lahir itu sama dengan Arshan.

"Allahuakhbar! Selamatkanlah hambaMu Ya Allah!"












NADINE menahan sakit apabila di bahagian ari-arinya itu mencucuk tajam. Penghadang di tepi katil itu dipegang erat. Wajahnya sudah merah mahu meneran.

"Tarik nafas dan hembus puan! Jangan angkat punggung ya," pesan doktor lembut. Nadine hanya mengangguk lemah.

"Bila saya cakap push, puan push!" Arah doktor itu dan melihat di bahagian pembukaan yang sudah capai sembilan sentimeter. Kepala bayi pun sudah kelihatan.

"Push!"

Jeritan Nadine bergema di dalam ruangan itu. Penghadang katil di kiri dan kanan dipegang kuat.

Nadine meletakkan kepalanya di atas bantal semula menahan sakit apabila teranannya tidak membuahkan hasil. Sayang... Kenapa tak mahu keluar ini?

Nadine rasa hampir setengah jam dia berada di dalam keadaan yang amat sakit itu sebelum matanya mula memberat ingin tertutup. Namun saat kelopak matanya ingin tertutup dia melihat ada satu bayangan baru masuk ke dalam ruangan itu membuatkan kelopak mata Nadine kembali terbuka. Wajah lelaki itu... Wajah yang amat dia rindui! Emir Luthfi!

Air mata Nadine semakin lebat apabila sosok Emir mendekatinya sambil tersenyum nipis. Apabila Emir sudah berada di sebelahnya, Nadine rasa tangannya diambil dan dikucup. Hangat. Rasa ini seperti nyata.

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now