Bab 68 🥀🖤

1K 68 8
                                    

"EMIR!" Kelopak mata Nadine terbuka dengan sempurna sejurus dia melihat bayangan wajah Emir di dalam mimpinya. Mata Nadine tertutup sedikit saat cahaya lampu menyerang kornea matanya. Nadine meringis sakit. Damn! Hospital lagi!

"Shhhh..." Nadine automatik menoleh ke sisinya apabila mendengar suara lembut itu seperti mendodoi seseorang. Nadine terkedu melihat sosok yang berada di kerusi di sebelah katil wadnya. Qayish!

Qayish tenang mendodoikan anaknya dan bersuara lagi. "Ashan... Finally Aunty Nadine woke up," ujar Qayish lembut kepada anaknya yang berada di dalam dukungan. Qayish senyum tipis bila Arshan merengek kecil.

Nadine tiba-tiba sebak melihat adegan Qayish dan bayi comel itu. Dia sebak kerana dia rasa dia tidak akan dapat peluang melihat Emir mendukung anak mereka. Anak mereka. Nadine terus menyentuh perutnya.

"Your baby is safe. Doktor kata, you perlukan rehat yang cukup dan jangan terlalu stres. Tak baik untuk baby you," ujar Qayish ringkas tanpa memandang Nadine dan hanya renung Arshan. Bila dia habis kata, baru dia menoleh ke arah Nadine. Dia memandang Nadine tenang.

Renungan Qayish membuatkan Nadine sedikit tersentak. Beza betul Qayish sekarang dengan Qayish yang dua hari lalu. Hari ini Qayish lebih tenang dan tidak baran seperti tempoh hari.

"I'm sorry. I tak sepatutnya tinggikan suara pada you hari itu. I admit my fault. Bukan I seorang saja yang sedih dengan pemergian Emir, you dan family Emir pun sama. I tak boleh nak salahkan you kerana itu sudah memang ajal dia. Maaf Nadine... I betul-betul tak boleh kawal emosi I. I... Tak boleh dengar berita itu. I ingatkan Allah ambil isteri I je. Rupanya sahabat baik I juga."

Nadine terbungkam sebelum bangkit dari baring dan menyandar di kepala katil.

"Qay..."

"I sepatutnya faham perasaan you. You pun sendiri tak boleh terima dan I... I tiada hak nak menghalang takdir Allah SWT."

"Qayish Ilyaz! I... I pun nak minta maaf. I pun tak sepatutnya cakap yang..." Kata-kata Nadine mati akibat dicantas oleh Qayish.

"No! Apa yang you kata itu betul. And don't worry... I tak terasa pun. I faham you pun terbawa emosi kan? Tambah lagi you tengah pregnant sekarang ini. Bukan setakat diri you sendiri you kena jaga. Baby you dan Emir pun," ujar Qayish tenang sambil menepuk kecil peha Arshan mahu anaknya itu tidur.

"Sorry but... Can I ask you something? That boy err... Siapa nama budak itu?" soal Qayish dengan wajah keliru. Dia ini asyik ingat-ingat lupa je dengan budak yang tumbuk dia haritu.

"Adam. Muhammad Adam Al-Iman."

"Yes. Yes... That name. Sorry but... How you guys boleh jadi siblings pula? Kau orang tak pernah tahu selama ini?" Soalan Qayish sebiji dengan Emir. Memang orang akan pening agaknya dengan keluarga dia ini.

"As you know... Parents I divorce when I five. Masa dia orang baru cerai itu, mummy sebenarnya tengah kandungkan Adam. And mummy tak pernah bagi tahu pada daddy hal itu sampailah... Mummy dan Adam datang Itali hari itu." Nadine gelak kecil.

"You know what? I rasa sedih mana pun I masa mummy tinggalkan I, I rasa sedih lagi Adam sebab dia baru tahu kewujudan daddy. Selama dia hidup 23 tahun itu, dia tak pernah kenal daddy dia. Hidup dia lebih terseksa dari I Qay... A-Adam... Tak pernah dapat kasih sayang daddy. Dia hanya dapat rasa sentuhan daddy sekejap je Qay. Dia hanya dapat tatap muka daddy sekejap je..."

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now