Bab 64 🥀🖤

1.1K 87 13
                                    

EMIR membuka kelopak matanya apabila dia terasa disebelahnya tiada orang. Terus segar biji matanya apabila Nadine tiada disebelahnya. Mana pula isteri dia ini? Tiba-tiba waktu ini takde dekat katil!

"Nadine?" Emir pandang pula bilik air. Pintu bilik air terbuka jadi maknanya mustahil isterinya ada di situ. Emir selak duvet yang menutupi separuh tubuhnya dan dia berjalan ke luar bilik.

Bila keluar saja dari bilik, dia dengar ada bunyi sesuatu datang dari bawah. Dengar seperti ada yang menggeledah barang!

Emir masuk semula ke dalam bilik dan mengambil sepucuk pistol yang disimpan di dalam laci dan dia mengambil langkah berjaga-jaga menuruni tangga.

Siap menurun tangga, Emir menyorok dahulu di sebalik dinding dan picu pistol ditarik. Emir jeling di tempat punca yang berbunyi itu sebelum dia keluar dari sebalik dinding dan mengacukan pistol pada gerangan yang sedang membelakanginya.

"Hands up!"

"Arghhh!" Nadine terus pusing ke belakang menghadap Emir dan angkat kedua-dua belah tangannya. Dia yang tadinya takut disergah sebegitu terus menjadi terpegun melihat tubuh sasa Emir yang terdedah. Seksinya Emir malam ni! Bila angkat pistol itu terus nampak otot-otot lengannya.

Terbeliak mata Emir melihat Nadine sedang berdiri di atas kerusi di tepi kabinet dapur. Dengan jubah tidur putih dia tu! Emir pantas meletakkan pistolnya di atas island table dan berlari mendekati Nadine.

"Hey! Buat apa dekat sini? Turun!" Mata Emir berubah tajam. Dia memandang Nadine garang. Dah kenapa panjat kerusi malam-malam ini!

Nadine jatuhkan tangan dan memain jarinya. Wajahnya sudah seperti kanak-kanak tak dapat aiskrim!

"N-Nadine cuma nak ambil lolipop je...," adu Nadine manja. Semua salah Emir! Siapa suruh letak lolipop tu tinggi-tinggi! Dia ini mana sampai!

"Ya Allah! Dah kenapa nak ambil lolipop pula malam-malam ni? Pergi tidur nuh!" Emir sudah bercekak pinggang. Haish! Buas betul Nadine ini sejak-sejak mengandung! Siap panjat kerusi bagai!

"Tapi Nadine nak makan lolipop..."

"Tak boleh! Dah malam ini tak elok makan benda-benda manis. Turun!"

Bila Nadine masih membeku, tiada tanda-tanda ingin turun dari kerusi, mata Emir semakin tajam. "Tu. Run."

"Abang... Nadine nak lolipop! Baby yang nak!" Nadine cuba gunakan anaknya. Selepas itu dia usap pula perutnya.

"Jangan memfitnah baby kita eh! Kalau awak nak sekali pun kenapa tak kejut saya? Jangan memandai panjat-panjat kerusi ni! Kalau jatuh tersandung nanti macam mana?"

"Tersandung itu apa?" soal Nadine polos. Emir pejam matanya erat. Kesabaran cuba dikumpul. Sabar Emir!

"Alaa... Kalau Nadine suruh abang tolong ambilkan pun, abang bukannya nak tolong juga kan! Lagi pun Nadine dah biasa buat semua sendiri lah selama dua bulan ini!" Nadine kembali pada topik asal. Dan memeluk tubuh.

Wajah Emir sedikit berubah. Tangannya jatuh dari bercekak pinggang dan dia tayang wajah poker. Rahangnya diketap kuat sebelum dia bersuara.

"Okay. Pergilah ambil lolipop itu sendiri. Turun pun nanti sendiri! Jangan nak panggil-panggil saya suruh turunkan awak! Pada mata awak kan, saya ini suami atas kertas saja. Jadi jangan minta apa-apa bantuan dari saya lepas ini," ujar Emir dingin dan dia berura-ura ingin pergi dari situ tetapi Nadine cepat memanggil Emir.

Argh! Bongok lah kau ini Nadine! Kenapa kau cakap macam itu tadi! Nadine memaki diri sendiri.

Emir berhenti langkahnya bila Nadine memanggilnya. Dia hanya diam membelakangi Nadine dan menunggu Nadine bercakap lagi.

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now