Bab 42 🥀🖤

985 66 6
                                    

NADINE menapak ke dapur mahu memanaskan lauk yang dia masak semalam. Namun apabila dia buka peti sejuk, lauk itu sudah tidak ada. Eh? Dia tak masukkan dalam peti ke lauk semalam?

Nadine berjalan pula ke meja makan mahu mencari lauk itu namun hampa. Lauk itu tiada juga di situ. Dahi Nadine sedikit berkerut. Dia cuba menggamit memori semalam. Tak akanlah Nugget dengan Rey pula makan? Eh!

Langkah diatur ke dapur gas pula namun ada satu suara yang terlebih dahulu menghentikan langkahnya.

"Cari apa?" soal Emir dengan suara serak. Dia baru saja terbangun. Tergopoh-gopoh dia bangkit dari katil apabila tiada sosok Nadine disebelahnya. Kalau ikutkan dia mahu sambung tidur kerana semalam dia tidur agak lewat. Pukul empat pagi.

"Lauk," jawab Nadine agak dingin dan sedikit pun tidak toleh ke arah Emir yang berada di belakangnya. Dia sambung langkah ke dapur gas mahu lihat pula lauk di dalam kuali. Tiada juga.

Nadine pusing tubuh ingin berlalu dari situ tetapi dia tersentak bila Emir betul-betul berada dihadapannya sekarang. Kakinya terundur sedikit dan hampir terkena dapur gas dek kerana terkejut tetapi tangan Emir terlebih dahulu menangkap pinggang Nadine.

Mata mereka bertembung lama sebelum Nadine menepis tangan Emir yang berada di pinggangnya. Wajah Nadine tiada perasaan membuatkan Emir sedikit pelik.

Nadine berjalan melepasi Emir. Dia mahu pergi dari dapur itu namun suara Emir sekali lagi membuatkan langkahnya terbantut.

"Lauk itu dah tak ada." Beritahu Emir sengaja. Nadine terus pusing tubuh memandang tajam Emir.

"Awak buang?!" soal Nadine sedikit meninggi. Dahi Emir berkerut dan dia tidak menjawab lagi soalan Nadine. Satu hal yang sangat dia pelik sekarang ini. Awak?

"Kenapa awak buang?! Saya penat-penat masak tahu!" ujar Nadine masih dengan nada sama. Kasar dan tinggi.

"M-mana ada Emir buang. Emir makanlah." Emir mengukir senyuman manis.

"Sedap isteri Emir masak. Terima kasih sayang," ujar Emir setelah sampai di hadapan Nadine.

Nadine langsung tidak beri sebarang reaksi dengan kata-kata Emir membuatkan Emir sedikit pelik. Ada apa-apa yang tak kena ke ini? Kenapa Nadine nampak... Lain?

"Nadine? Kenapa ni hm? Emir ada buat salah apa-apa ke?" soal Emir lembut dan mencapai tangan Nadine tetapi Nadine cepat-cepat tepis. Makin berkerut dahi Emir.

Emir mahu capai lagi tangan Nadine tetapi Nadine sekali lagi menepis dan berlalu pergi. Emir mengeluh berat dan meraup kasar wajahnya.







"SEBAB semalam ke isteri Emir ini merajuk dengan Emir hm?" soal Emir lembut. Dia ambil tempat di sebelah Nadine yang berada di birai katil. Wajah Nadine direnung lembut dari tepi.

"Nur Aisyah... I'm talking to you," ujar Emir masih lagi bersabar. Nadine langsung tidak bersuara malah langsung tidak memandangnya walaupun sekejap. Sah sebab semalam!

Nadine buat bodoh sahaja dan main telefonnya, mengendahkan kehadiran Emir dan mengendahkan soalan Emir.

"Okay. I'm sorry... Emir minta maaf sebab tinggalkan Nadine macam itu saja semalam. My friend need me, My Humaira..."

"I don't care. I didn't even want to know about that. Hidup awak kan? Suka hati awaklah nak buat apa. But please... Leave me alone. I need some space," ujar Nadine mendatar.

Emir telan air liur. "Nadine..."

"Emir Luthfi. Please. Leave. Me. Alone." Ulang Nadine dan menekankan setiap patah perkataannya. Dia menjeling Emir melalui ekor mata.

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now