Bab 46 🥀🖤

1K 65 3
                                    

NADINE merebahkan tubuh di atas katil dengan rasa penat lelah. Banyak betul ragam anak-anak di Rumah Yayasan Qaseh itu. Walaupun penat melayan tapi Nadine seronok layan budak-budak itu. Mereka semua comel-comel! Banyak mulut, peramah kecuali... Leyla. Si budak perempuan yang pelik itu.

Tangan Nadine naik mengurut kepalanya yang terasa berdenyut-denyut. Mungkin dia penat sangat kerana banyak melayan kerenah anak-anak Yayasan Qaseh tadi. Dari tengahari sampai petang kut. Tapi penat-penat pun dia tetap  seronok! Hilang segala gundah gulana melihat wajah anak-anak Yayasan Qaseh.

Tanpa sedar bibir Nadine mengukir senyum tipis. Nini. Geram sungguh dia dengan Nini! Budak kecil itu banyak mulut, Inara dan Mila pun melayan saja kerenah Nini. Ariff pula, kuat betul dia mengusik Nini.

Tiba-tiba dia terbayang bagaimana kalau dia punya anak nanti... Eh! Terus senyuman Nadine mati, tangannya beralih ke perut. Dia? Ada anak dengan Emir? Rasanya tidak akan pernah.

Nadine geleng kepala kecil. Dia tidak boleh ada anak dengan Emir kerana benda itu bakal mengeruhkan lagi keadaan. Cukuplah sekarang hubungan mereka sudah renggang. Tambah lagi dengan daddy yang...

Nadine mengeluh kecil dan meraup kasar wajahnya. Tengok! Sekarang ini dia tiba-tiba rasa nak nangis. Dia mahu Emir tapi dalam pada masa yang sama dia mahu Emir benci dia. Emir. Perlu. Benci. Dia.

Ting!

Nadine toleh ke arah telefonnya yang berada di sebelah kepala sejurus mendengar bunyi notifikasi dari telefonnya. Telefon itu diambil dan dihidupkan. Bibirnya mengukir senyum melihat nama 'mummy' tertera di skrin telefon itu.

'Esok Aisyah ada di rumah? Mummy nak datang melawat Aisyah boleh?'

Jari Nadine laju berlari di atas papan kekunci mahu membalas WhatsApp dari Puan Natrah. Dia sangat rindukan mummy! Walaupun baru dua hari tak jumpa perasaan rindu ini sudah membuak-buak. Dia sudah anggap Puan Natrah seperti ibu kandungnya sendiri, sebab itu perasaan sayang itu sudah berlebihan. Bahkan dia rasa seperti sudah sayang Puan Natrah itu lebih daripada mummy nya yang dia tidak pernah lihat sejak 23 tahun yang lalu itu.

'Boleh mummy!'

Ting!

'Aisyah ada nak makan apa-apa ke esok? Mummy boleh masak sekali di sana.'

Senyuman Nadine makin melebar. Uish! Rezeki tak boleh ditolak! Boleh lah dia minta macam-macam kerana dia memang mengidam banyak makanan sekarang ini!

'Nak request blueberry cheese tart boleh? Hehe...'

Ting!

'Sure dear...'

'Thank you, mummy!'

Ting!

'You're welcome dear.'

Nadine terus menutup telefonnya dengan senyuman yang masih lekat di bibir. Telefon itu diletakkan di tepi katil dan Nadine memejamkan matanya mahu tidur sekaligus mahu hilang rasa sakit di kepala.

















EMIR membatu melihat katil wad yang kosong itu. Ke mana Sabrina pergi? Wad itu sudah tidak berpenghuni sekarang ini. Pagi tadi baru saja dia menerima berita dari pihak hospital yang Sabrina sudah menghilang. Tidak tahulah ke mana gadis itu pergi. Sabrina kena culik kah? Tak akanlah gadis itu keluar tanpa beritahu sesiapa.

"Dah cek CCTV?" soal Emir sejurus David masuk ke dalam wad itu. David hanya menayang satu pendrive dan berjalan ke sofa. Dia labuhkan punggung di sofa itu dan diikuti dengan Emir. Laptop yang dia bawa itu diletakkan di atas meja yang berhadapan dengan sofa.

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now