Bab 45 🥀🖤

1K 52 0
                                    

NADINE merenung kosong bangunan-bangunan di luar tingkap kereta itu. Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi rengekan bayi, terus dia pusing kepala ke belakang dan tersenyum kecil melihat bayi di dalam baby car seat.

"Ya Ashan sayang... Sekejap ya, kita dah nak sampai ni." Ujar suara lembut itu membuatkan Nadine toleh pula pada sisinya. Qayish.

Qayish memandu kereta dengan tenang sekali. Nadine senyum tipis. "Manja ya Ashan?"

"Hmm... Ashan memang macam itu, dia tak boleh langsung berenggang dengan I. Nanti mula lah dia nak merengek-rengek," ujar Qayish selamba. Memang dah masak dah dengan perangai anaknya yang baru berusia tiga bulan itu.

"Mestilah... Papa dia kan hero dia," ujar Nadine lembut. Mereka saling memandang sebelum kedua-duanya paling memandang hadapan. Qayish berdehem.

"You dah bagitahu Emir yang kita keluar ini?" soal Qayish mahu memecahkan keheningan. Sekali sekala dia jeling cermin keretanya mahu lihat Arshan sedang buat apa.

Nadine gigit bibir. Nak bagitahu macam mana? Sejak pergaduhan mereka dua hari lalu, mereka memang tidak saling menegur. Emir pun memang tak melekat dekat rumah sebab sibuk dengan kerja.

"Emir busy kerja, I tak sempat nak beritahu dia. Tak apalah. Dia bukan kisah pun."

"Kau orang gaduh?" soalan cepumas Qayish buat Nadine telan air liur. Tanpa sedar dia mencengkam tali pinggang. Nadine cuba ukir senyum namun perit.

"T-tak adalah. Kita orang okay je," ujar Nadine gugup. Dia menjeling Qayish. Jejaka itu masih tenang memandu tanpa memandang ke arahnya.

Qayish menjongketkan sebelahnya bahunya dengan wajah kosong. Malas ambil pusing walau dia tahu Nadine sedang menipu. Dia tidak mahulah masuk campur. Kalau betul pun Emir dan Nadine gaduh, pandai-pandailah Emir betulkan keadaan.

"By the way, you memang rapat dengan Aunty Natrah?" soal Qayish ingin tahu. Hari itu sewaktu mereka terjumpa di depan kedai makan, ada juga dia jumpa Aunty Natrah dan dia rasa sesuatu melihat wajah wanita paruh baya itu.

"Errr ya? Kenapa?"

"Nothing. I just curious. Kau orang memang kenal sebab suami Aunty Natrah kawan dengan Uncle Erhan?" soal Qayish lagi dan menjeling Nadine mahu mencari sesuatu dari wajah itu.

"Oh tak, I kenal dia masa mula-mula I kahwin dengan Emir. Masa itu I ada dekat luar and ternampak Aunty Natrah macam nak pitam. So I tolong dia. Waktu itu jugalah I kenal anak dia!" Nadine senyum bila teringat kembali perjumpaan pertama dia dengan Puan Natrah dan Adam.

"Anak dia?" Oh! Budak lelaki itu. Apa ya nama dia?....

"Hm Adam. I suka dia. Baik saja budaknya. Untung siapa dapat dia nanti," ujar Nadine masih dengan senyumannya. Berasa bangga dengan Adam. Dua hari lepas masa dia keluar dengan Puan Natrah, Puan Natrah kata Adam sedang menjalani ujian. Adam bakal menamatkan pelajarannya dalam masa terdekat ini.

"Dia masih study ke?"

"Yup! Dah final semester dah."

"Dia ambil course apa?" soal Qayish melayan saja Nadine mahu bercerita tentang Adam. Si budak kecil itu.

"Law."

"Hmm. Kiranya cita-cita dia nak jadi peguam lah ni? Dia study dekat mana?" soal Qayish lagi.

"Tak silap I, Aunty Natrah cakap Adam belajar dekat UM."

"Oh! Kiranya pernah satu U dengan adik I lah ni kan?" Qayish sedikit terkejut. Entah-entah Qaylisha kenal Adam. Begitu juga dengan Adam. Tapi mereka tidak saling tegur saat majlis resepsi Emir dan Nadine. Mungkin tekaan Qayish salah.

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now