Bab 40 🥀🖤

1.2K 61 2
                                    

EMIR rasa tidak tentu arah melihat ruangan di sebelahnya kosong. Mana isterinya? Pagi-pagi dah lesap! Ini tak lain tak bukan mesti dah ada orang culik ini! Eh? Nugget dan Rey itu dikategorikan orang ke? Entahlah! Ko tunggu jap abang long sampai!

Emir menapak ke satu bilik yang berada di tengah-tengah lorong itu. Dia tahu isterinya akan berada di situ, jadi tanpa mengetuk pintu dia membuka pintu itu dengan wajah sedikit tidak puas hati.

Tubuh Emir mengeras melihat Nadine sedang mencium-cium Nugget dan Rey. Cisss! Dia rasa diri dia ini dicurangi tahu? Dia pun belum dapat lagi ciuman dari Nadine pagi ini! Mana aci!

"So! Nugget and Rey already got morning kiss, and where's mine?" soal Emir agak dingin. Dia menyandar di tepi dinding sambil memeluk tubuh.

Nadine tersentak dan menoleh ke belakang, Rey yang berada di tangannya diletakkan atas lantai. "Morning husband! Nugget go wish good morning to your daddy,"

Tanpa menunggu apa-apa Nugget terus berlari ke arah Emir seperti memahami kata-kata Nadine. Padahal memang dia dah aim Emir dari tadi!

Emir jongketkan sebelah kening melihat Nugget bermain di kakinya. "Aku bukan bapak kau eh!" Serentak dengan itu, dia membongkokkan sedikit tubuhnya dan mengambil Nugget yang mencakar-cakar kakinya. Ada yang aku jual balik ni karang!

Emir mendekati Nadine yang sedang bermain dengan Rey. Dia labuhkan punggung di sebelah Nadine yang sedang duduk di atas lantai. Kepala Nugget di usap lembut.

"Humaira...," rengek Emir manja. Dia melentokkan kepalanya di bahu Nadine sekejap.

"What?" soal Nadine selamba. Dia masih sibuk membelai Rey yang sangat manja. Berbeza sedikit dengan Nugget yang sedikit garang tapi masih manja dengan Nadine. Cuma bila dengan Emir... Faham-faham jelah!

"Where's my morning kiss?" soal Emir tidak puas hati. Dia jauhkan kepalanya dari bahu Nadine memandang Nadine dengan wajah tidak puas hati.

"Eiii... Daddy tak malu kan minta kiss macam minta gula-gula! Siapa entah nak kiss dia!" usik Nadine pada Emir. Dia bercakap dengan Rey seperti Rey faham dengan kata-katanya.

"Ish! Sebab korang lah daddy tak dapat morning kiss mummy tahu?" ujar Emir sambil mengerutkan dahi. Nugget dan Rey mengendahkan kata-kata Emir dan sibuk menempel di peha dan perut Nadine.

Nadine gelak kecil sementara Emir sudah tarik muka.

Nadine usap kepala Nugget sebelum menjeling Emir. Dia mendekatkan wajahnya dengan Emir dan mencium pipi Emir. Serta-merta Emir mengukir senyuman lebar. Terus dia memandang Rey dan Nugget dengan wajah sombong. "See? Daddy also got a morning kiss!"

"Meow!" Rey dan Nugget serentak mengiau.

"Hm? Lapar? Yes! It's eat time!" Nadine kembali sibuk dengan Rey dan Nugget membuatkan Emir dipulaukan oleh isteri sendiri.

Pernah dengar kucing jadi penyondol?

Ni! Rey dengan Nugget lah makhluk itu!













NADINE tekun memerhati Puan Latifah lincah memasak ayam masak merah. Hari itu dia sudah belajar tetapi hanya separuh jalan... Semuanya sebab pergaduhan itu. Oh! Tolong jangan diingatkan lagi! Terlalu sakit jika diingatkan semula!

Jadi ceritanya Nadine menelfon mak mertuanya untuk datang ke rumah, mengajarnya masak ayam masak merah iaitu lauk kegemaran Emir! Semuanya berlaku secara kebetulan kerana Puan Latifah sememangnya mahu datang ke rumah Emir dan Nadine kerana mahu berjumpa dengan anak menantunya. Tapi tidak tahu pula Emir sudah mula kerja hari ini... Tinggallah Nadine seorang sahaja bersama err... Dua ekor bulus!

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now