Bab 29 🥀🖤

1.1K 60 4
                                    

MEREKA berdua keluar berjalan-jalan di mall atas permintaan Nadine sendiri Adam tidak membantah dan hanya mengikut Nadine.

Wanita itu katanya tiada kawan sebab itulah dia ajak Adam. Nadine sudah pun bertanya kalau-kalau jejaka itu ada kelas atau tidak tapi jawapannya tidak. Padahal kenyataannya jejaka itu ada kelas sekarang ini. Tak apalah! Sekali sekala ponteng!

"Kak Aisyah nak beli apa?" soal Adam. Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Wajahnya dingin namun suaranya lembut kedengaran.

"Adam ikut jelah! By the way Adam keluar ni dah bagi tahu ayah dan mummy? Takut dia orang cari Adam pula," ujar Nadine. Risau pula kalau ibu bapa jejaka itu mencarinya. Nanti habis dia dilabel menculik kanak-kanak bawah umur!

"Tct! Adam bukan budak kecil lah! Kak Aisyah ni sama macam suami Kak Aisyah tu... Kalau Adam keluar pun Adam boleh jaga diri." Wajah Adam sedikit berkerut. Dari cara Nadine bercakap, Adam dapat rasa yang Nadine masih pandang dia ini sebagai budak!

"A-Adam salah faham ni... Kak Aisyah tak maksudkan macam itu pun..." Nadine cuba memujuk budak kecil itu. Bibirnya tersengih-sengih.

"Sudahlah Kak Aisyah sama je dengan semua orang." Suara Adam perlahan. Dia hanya memandang ke hadapan dan tidak menoleh ke arah Nadine. Dia takut tersungkur pula dengan renungan Nadine itu.

"Alaaa... Janganlah macam ini adik Kak Aisyah! Nanti Kak Aisyah belanja aiskrim nak?" Suara Nadine ceria. Hilang sudah rasa sedihnya saat bersama Adam. Adam kadang-kadang menghiburkannya walaupun jejaka itu sentiasa dengan muka bekunya.

"Tak makan aiskrim. Mummy tak bagi." Jawapan Adam membuatkan tawa Nadine meledak. Anak mak betul budak kecil ini! Mana orang tak label dia budak kecil kalau ikut je cakap mak dia?

"Okaylah! Jom kita cepat-cepat cari barang, Kak Aisyah nanti nak pergi hospital pula."

"Aunty Latifah kan ada."

"Tetap tak sama. Aunty Latifah mak. Kak Aisya, isteri. Jomlah kita ke kedai sana." Nadine menunjuk ke arah satu kedai. Adam terkedu melihat kedai yang ditunjuk Nadine. Lambat-lambat dia menoleh ke arah Nadine. Wanita itu hanya tenang dam berjalan ke arah kedai itu.

Adam terkebil-kebil di situ sebelum bibirnya ukir senyum tipis.









"ADAM rasa warna mana yang cantik?" soal Nadine sambil menayang dua tudung yang berbeza warna. Satu berwarna peach dan satu lagi berwarna salmon.

Adam menilik habis dua tudung itu. Kedua-dua warna tudung itu kelihatan hampir... Sama. Macam mana nak bezakan ni? Dua-dua nampak macam warna pink. Adam garu belakang lehernya. Topi yang terbalik dibetulkan sedikit.

"Kak Aisyah... Dua-dua tu nampak sama je. Kak Aisyah ambil jelah mana-mana," balas Adam selamba. Haih! Perangai Kak Aisyah ni sama macam mummy betul! Bab warna ni pun boleh konpius!

"Mana ada sama! Yang ini warna peach pink. Yang ini warna salmon!" Wajah Nadine berkerut sedikit sambil menyebut nama-nama warna tudung itu.

Salmon? Dahi Adam berkerut. Salmon pun ada warna? Ingatkan salmon itu ikan je!

"Err... Salmon ini kut!" Adam main hentam je. Lagi pun dia suka ikan salmon! Walau pun nampak macam tiada kaitan... Argh! Lantaklah! Asalkan tak berlama dekat sini.

"Hmmm... Tapi Kak Aisyah rasa peach ni lagi cantik!" Nadine menafikan jawapan Adam. Dia pandang tudung berwarna peach pink itu.

Pap!

Adam tepuk dahi. Sudah! Pasrah dia dengan wanita ini! Sebab inilah dia tak ada girlfriend sampai sekarang! Perempuan ini cerewet!

"Hmm... Ya betullah tu. Peach ni lagi cantik." Adam ikutkan saja. Malas mahu bertekak dengan Nadine tentang hal yang remeh ini. Haih! Ini baru pilih satu tudung! Tak tahulah nanti kalau nak pilih tudung yang lain pula.

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now