Bab 14 🥀🖤

1.2K 53 0
                                    

EMIR perlahan-lahan baring di atas katil. Seketika dia gigit bibir menahan sakit. Emir menjeling Nadine yang sudah nyenyak tidurnya, tangan mengusap rambut perang milik Nadine. Hilang sudah masalahnya apabila melihat wajah tenang Nadine.

Seketika Emir terfikir tentang kata-kata Hayder sebentar tadi. Adakah dia penyebab Dragon kembali? Dragon sebenarnya nak balas dendam?

Emir pandang tangan sendiri. Tangan itulah yang sudah membunuh Rico, adik Dragon. Emir mengepal kuat tangannya. Dia mengeluh. Ya Allah! Kenapa berat sangat ujian kau kali ini!

Emir sendiri sudah kurang yakin mahu selesaikan kes ini. Nak tangkap Dragon bukan senang. Dragon jarang munculkan diri.

Ringgg!

Deringan telefon menyentakkan Emir. Dia pantas bangun dan berlalu keluar ke balkoni. Panggilan dari nombor yang tidak dikenali itu dijawab.

"Hello Inspector Emir... Long time no see," ujar suara garau di sebalik telefon. Tubuh Emir mengeras. Suara ini! Dia cukup kenal suara ini!

"Hahahaha... I'm back Emir. I'm back! Peluru aku dah memanggil nama kau. Kau happy tak? Aku dah datang balik hahahaha.... Nak bunuh kau." Ayat terakhir itu disebut dengan penuh dingin dan mendatar.

"Oh ya? Tapi kenapa kau tak sertai parti peluru tadi? Aku pun tunggu kau," ujar Emir tenang. Dia perhati sekelilingnya takut ada yang memerhati.

"Aku akan datang Emir... Kau chill je dulu okay? By the way... Aku dengar kau dah kahwin." Emir tersentak. Wajahnya berubah kosong. Telefon ditelinga dipegang erat. Mungkin bila-bila masa sahaja telefon itu akan pecah. Pantang bila isterinya dikaitkan.

"Cantik isteri kau. Aku suka." Suara itu gelak kecil setelah itu. Emir ketap kuat rahangnya.

"Hey kenapa diam ni? Aku nak borak-borak dengan kau... Dah lama kita tak berbual. Dalam... Tiga tahun juga? Kau tak rindu aku?"

"Aku tak ada masa nak berborak dengan penjenayah. Buang masa."

"Emir... Emir... Kau masih boleh tenang lagi? Kau tahu. Bila-bila masa je aku boleh... Piu piu. Kau pun nampak macam tengah cari... Maut," ujar suara itu datar. Emir masih tenang. Dragon benar. Dia dapat rasa seseorang tengah memerhati dirinya. Emir langsung tidak gentar.

"Tapi macam tak syok pula kan kalau hero mati awal? Aku bagilah kau hidup dulu. Nikmatilah hidup kau dulu ya Inspector Emir. Nanti nak buat majlis resepsi jangan lupa jemput aku tau? Bye..." Panggilan itu mati. Dada Emir berombak kasar. Telefon dijatuhkan ke sisi.

"Emir?" Emir tersentak mendengar suara lunak itu. Terus dia toleh kebelakang. Kelihatan Nadine mendekatinya dengan wajah menahan ngantuk.

"Nadine! Kenapa tak tidur lagi?" soal Emir. Rasanya jam sekarang sudah menunjukkan pukul empat pagi. Emir mendekati Nadine.

"I tak boleh tidur... You baru balik?"

"Nadine kita cakap dekat dalam. Sejuk dekat luar ni." Emir terus menolak Nadine masuk. Sempat dia menjeling ke belakang dan matanya berlanggar dengan mata Dragon yang agak jauh darinya. Emir menangkap senyuman sinis Dragon.
















EMIR tersentak melihat Nadine dihadapan bilik air. Terus dia pandang diri sendiri melihat renungan Nadine. Hati sudah bersyukur kerana dia memakai tuala menutup bahunya. Tak tahulah nak jawab apa kalau Nadine nampak balutan di bahunya ini.

"Yes?"

"You buat apa semalam balik lambat? And... Kenapa you lama sangat dalam bilik air?"

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now