Part 1

391 41 4
                                    


Sora pov

Yeah, seperti biasa. Aku perlu hadapi semua ini sekali lagi. Hari ini aku kena lagi teruk. Nak tahu apa? Students di sekolah ni baling telur dan tepung ke arah aku.

Good dude. Very good.

Sekarang kulit muka aku mula terasa gatal. Ye la, telur bercampur dengan tepung. Kau tak rasa gatal ke?

Aku tahu sangat siapa punya angkara ni. Bts. Memang tiada orang lain lagi. Nak tahu macam mana aku boleh jadi mangsa buli?

Ianya bermula dari tahun lepas. Sebelum ni aku atlet sekolah dalam acara lari. Tahun lepas, aku wakili sekolah.

Semasa pertandingan berlangsung tiba² aku terasa sakit di dada. Dan ianya membuatkan aku terasa agak sukar untuk bernafas. Namun disebabkan aku memaksa diri untuk terus berlari, akhirnya aku pengsan tanpa sempat menghabiskan larian aku.

Disebabkan itu sekolah aku tidak berjaya mendapat tempat. Jika tidak sebelum ini sekolah aku selalu mendapat tempat pertama atau kedua.

Ramai yang kecewa dengan aku. Aku tahu. Tapi sejak kejadian tu, aku tahu kelemahan diri aku dan aku mula menjadi mangsa buli.

Ada yang buat fitnah cakap aku sengaja malukan sekolah sebab sebelum pertandingan itu dimulakan diaorang nampak aku berjumpa dengan guru dari sebuah sekolah. Katanya cikgu tu rasuah aku.

Aku tahu ni pun sebab dengar khabar angin. Kau fikir aku dibuli sebab nerd? Hello, memang tak lah. Family aku pun orang berada. Tapi bila difikirkan balik macam tak masuk akal je sebab aku dibuli.

Entahlah, mungkin Bts nak tunjuk yang diaorang tu hebat? Aku malas nak ambil tahu. Selagi aku masih bertahan aku cuba bertahan.

Seharian hari ini aku tak masuk kelas sebab uniform aku kotor teruk. Mujur omma dan appa tak ada di rumah untuk empat hari kerana mereka perlu ke pulau jeju atas urusan kerja.

Tamat waktu sekolah aku pergi ke loker untuk simpan buku. Sedang aku simpan buku, tiba² pintu loker aku ditutup hingga jari aku terkepit di pintu.

Sakit. Ya, itu yang aku rasakan sekarang ni. Dah tu orang itu sengaja tekan pintu loker itu dengan kuat.

"Nam-namjoon. Sakit" rintih aku sambil mengeluarkan air mata.

Rasanya jari aku dah merah kebiruan sekarang ini. Namjoon tersenyum sinis.

Dapat aku lihat Jungkook, Jin, Taehyung dan Jimin menunggu di tepi kawasan loker sambil memandang ke arah kami dengan senyuman sinis mereka.

"Apa? Tak dengar?" ejek Namjoon.

Aku mengetapkan bibir. Kemudian Namjoon menjauhkan tangannya dari pintu loker tu. Aku terus tarik tangan aku dan yes. Jari aku dah hampir warna biru keunguan.

"Aigoo, sakit ke? Mianhae" ujar Namjoon sambil menunjukkan wajah bersalahnya.

Tiba² rambut aku ditarik hingga membuatkan aku terdongak. Jhope, kuda tu sedang tarik rambut aku. Aku memegang rambut aku yang ditarik oleh Jhope. Rasa macam nak tercabut kulit kepala aku sekarang ni.

"Tak sangka sekarang kau dah pandai ponteng kelas eh. Kau tahu, cikgu disiplin cari kau tadi. Heh" kata Jhope lebih kepada sindir.

Air mata aku jatuh sekali lagi.

"Aku ponteng sebab korang jugak!" entah dari mana keberanian aku datang, aku menjawab seperti itu.

Jawapan aku tu membuatkan Jhope agak bengang. Dia terus menghentakkan kepala aku di pintu loker.

Dang!!!

Bunyi pintu loker memenuhi satu koridor itu. Kepala aku mula terasa sedikit pening. Kali ni kepala aku ditunjal oleh seseorang. Suga si kaki mencarut.

"Bitch, kau fikir kitaorang kisah kau ponteng? Hello, kalau kau mampus sekali pun tak ada siapa yang kisah la"

See? Kalau aku mampu, memang aku sagat mulut dia tu di jalan tar.

Aku tersenyum sinis. Ingat aku kisah dengan apa yang kau katakan tu? Go to the hell la.

"At least parents aku kisah kalau aku mampus sekali pun"

Baru sahaja Suga mengangkat tangannya untuk menampar aku tiba² ada satu suara menghalang dia.

"Dah² la tu buang tenaga. Relax la, kita ada banyak lagi masa untuk habiskan perempuan ni" kata Jimin.

Suga menjatuhkan tangannya. Jari telunjuknya ditunjukkan ke wajah aku.

"I'm not done with you bitch"

Serentak dengan itu mereka bertujuh pergi meninggalkan kawasan loker. Aku pun terus simpan buku aku dengan keadaan yang agak terkial kial disebabkan jari aku sangat sakit ketika ini.

Kemudian aku berjalan pulang ke rumah.

TBC

-again, author mereput tunggu next paper. So author publish part 1 😁

[C] CHANGED [JJK]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz