Epilog

570 45 15
                                    


Sora mengambil buku teks subjek sejarah dan bahasa inggeris memandangkan kedua dua itu subjek sebelum rehat. Sebaik sahaja dia mengunci pintu lokernya tiba² ada orang menepis kuat buku yang dipegangnya hingga menyebabkan buku² itu tercampak dua meter daripadanya.

Sora memandang tajam ke arah orang yang menepis bukunya. Jimin! Tanpa berkata apa², Sora mengambil buku teksnya. Ketika dia mencapai buku teks sejarah, tangannya dipijak oleh seseorang.

Sora mengetap bibirnya. Mukanya diangkat untuk memandang orang itu. Namjoon! Namjoon tersenyum sinis malah dia semakin menekan kakinya yang disarungkan dengan kasut sekolah membuatkan tangan Sora semakin sakit.

"Nam-namjoon. Sakit!" rintih Sora. Air matanya jatuh mengalir.

"Apa? Tak dengar?"

"Arghhh!" jerit Sora sambil menahan kesakitan yang dirasainya. Tangan kirinya digunakan untuk menolak kaki Namjoon.

"Oppss, aku terpijak tangan kau ke? Sorry, aku tak nampak"

Namjoon mengalihkan kakinya daripada terus memijak tangan Sora. Sora segera menarik tangannya. Tangannya terketar ketar akibat daripada pijakan Namjoon tadi.

"Itulah, lain kali, jangan pandai² beritahu cikgu tentang kitaorang. Sekarang, kau dah dapat balasan kan? Ish³" Jhope menggeleng gelengkan kepalanya setelah habis bercakap.

"Kitaorang cuma suruh kau buat kerja sekolah kitaorang je pun. Itu benda yang senang kan?" kata V pula.

"Kalau itu benda senang, kenapa tak buat sendiri?! Lain kali letak otak tu di kepala, bukan lutut!" bidas Sora dengan berani lalu dia segera pergi dari situ. Bts jadi bengang.

"Perempuan tu memang cari mati!" ujar Suga dengan geram.

---

"Baiklah, simpan semua buku atau nota. Saya nak edarkan ujian kamu sekarang" arah cikgu Kim lalu semua pelajar menyimpan buku mereka di dalam beg.

"Ujian kamu bermula satu jam dari sekarang" kata cikgu Kim lalu kami mula menjawab.

30 minit telah berlalu, Sora memandang ke arah Jisoo yang duduk di sebelahnya. Mereka berdua menganggukkan kepala sebagai isyarat. Kemudian Jisoo memandang ke arah Jennie yang duduk di belakang Sora lalu dia juga menganggukkan kepalanya.

Kemudian kedengaran bunyi pen terjatuh. Suga yang kebetulan duduk di sebelah Jennie hanya memandang kosong ke arah pen itu sebab pen itu jatuh betul² di bawah mejanya.

"Hoi, ambilkan lah!" bisik Jennie sederhana kuat kepada Suga. Suga memutarkan bola matanya. Mahu tak mahu, terpaksa juga dia mengambil pen itu.

Baru sahaja dia mengambil pen itu, ada lagi dua pen terjatuh di tepinya. Dia tahu, pasti Jennie sengaja menyusahkannya. Sedang dia mengambil pen itu, kedengaran bunyi tapak kasut mendekati mejanya. Cikgu Kim!

"Kamu buat apa lama² sangat di bawah meja kamu Min Yoongi?"

Suga menegakkan badannya.

"Saya ambil pen terjatuh"

"Bohong saem! Saya nampak dia meniru. Ada kertas bawah meja dia!"

Tuduhan Jennie itu membuatkan semua mata memandang ke arahnya lalu ke arah Suga. Mata cikgu Kim membulat! Paling pantang kalau ada orang meniru!

[C] CHANGED [JJK]Where stories live. Discover now