Part 16

323 34 4
                                    


Sora pov

"Sora, palli. Hari ni kita kena pergi ke sekolah awal" ujar Jisoo ketika aku sedang sikat rambut.

Aku mengerutkan dahi. Dah kenapa pula minah ni nak pergi ke sekolah awal? Dah buang tabiat ke apa?

"Kau tak siap kerja sekolah ke apa nak pergi sekolah awal ni?"

"Aish bukan la. Palli, hari ini kita ada mangsa untuk dikenakan"

Dengar saja Jisoo berkata seperti itu aku sudah mula fikir siapakah insan yang malang itu. Setelah mengambil beg sekolah aku dan Jisoo turun ke bawah. Sandwich yang omma Jisoo sediakan aku dan Jisoo ambil seorang dua keping. Air susu tepung yang dibancuh diminum dalam keadaan berdiri. Sungguh teruk perangai!

Kemudian kami terus keluar rumah. Sampai sahaja di sekolah terus Jisoo menarik tangan aku hingga ke rooftop sekolah. Kelihatan Jennie, Rose dan Lisa sudah sampai. Dan aku dapat lihat satu baldi di tangan Rose. Di atas lantai pula ada satu beg plastik hitam mungkin isinya hanyalah sampah? Jennie sedang melihat ke arah bawah.

"Dah siap ke wey?" soal Jisoo.

"Dah, cuma tunggu mangsa kita je ni" jawab Lisa.

Aku mengintai isi dalam baldi tu. Okay. Adunan tepung dan telur yang telah dipecahkan.

"Guys, mangsa sudah kelihatan. Palli!" jerit Jennie.

"Kita nak kenakan siapa ni?" soal aku.

"Jungkook. Jeon Jungkook. Dan kitaorang nak kau yang rasmikan benda ni" ujar Rose sambil menyuakan baldi ke arah aku. Aku tercengang sekejap. Kenapa Jungkook? Dan kenapa aku yang kena buat?

"Tapi, kenapa aku?"

Bahu aku ditepuk perlahan oleh Jisoo. Aku pandang sepupu aku tu.

"Aku nak balas perbuatan Jungkook dekat kau masa di sekolah lama kau dulu. Sora, ini peluang yang kau ada. Jangan sia²kan. Khaja"

Apabila teringat apa yang telah Bts lakukan pada aku dulu, terus aku ambil baldi di tangan Rose lalu bergerak ke tepi rooftop. Dapat aku lihat Jungkook sedang berjalan untuk memasuki ke dalam bangunan yang kami berada. Aku pandang ke arah Blackpink apabila Jungkook semakin dekat. Apabila mereka menganggukkan kepala terus aku tuang isi dalam baldi tu dan memang kena tepat² ke arah Jungkook.

"Wohoo" jerit Blackpink dengan keriangan. Dapat aku lihat Jungkook memandang ke arah atas iaitu ke arah kami.

"Opps, sorry. Tangan aku licin, itu yang tertuang tepung dan telur tu" jerit aku diikuti dengan tawa. Aku tersenyum sinis.

"Aigoo, baik kau pergi bersihkan diri kau cepat² Jungkook. Lepas ni subjek cikgu Yoo. Kau tahu kan dia tu macam mana? Kalau kau masuk lambat, tak pasal² kena class detention" jerit Jisoo pula.

Jungkook hanya diam. Mungkin masih terkejut? Kemudian dia pergi dari situ. Blackpink dan aku saling berhigh five.

"Hebat kau Sora. Tak sangka boleh kena betul² tepat" puji Jennie.

"Owh well, ini semua ajaran korang juga"

Blackpink memberi senyuman sinis begitu juga dengan aku.

'Apa yang kau dapat tadi cuma sedikit Jungkook kalau nak dibandingkan dengan apa yang kau dan kawan² kau pernah buat dekat aku Jungkook. Aku akan pastikan aku akan balas semua tu' getus hati aku.

SKIP

"Jisoo, aku nak tanya sesuatu dekat kau boleh?" soal aku ketika kami berdua sedang menyiapkan kerja sekolah. Apa? Ingat queenka tak buat kerja sekolah ke? Jisoo meletakkan pennya lalu menghadap aku.

[C] CHANGED [JJK]Where stories live. Discover now