Part 25

311 31 8
                                    


"Selamat pagi semua. So, kamu semua dapat tidur dengan lena tak semalam?" soal cikgu Kim sebaik sahaja mereka semua berkumpul di khemah induk.

"Tak lena cikgu, sakit badan. Tanah keras"

"Ha betul tu! Dah la sempit"

"Dah tu ada pulak yang berdengkur waktu tidur. Aish memang ganggu waktu tidur betul la!"

Kedengaran rungutan para pelajar tentang apa yang mereka lalui pada malam pertama mereka tidur dalam khemah. Para guru tersenyum.

"Tapi kiranya beruntung kamu semua dapat tidur dalam khemah. Cuba kalau cikgu tak bagi khemah. Kamu semua pasti tidur berbumbungkan langit tahu?" kata cikgu Han pula.

"Baiklah, aktiviti kita pada pagi ini jungle trekking. Sebelum tu kita akan bersarapan dahulu, then kita buat senaman sedikit kemudian baru kita mulakan aktiviti jungle trekking. Boleh semua?"

"Nae saem" sahut semua pelajar.

SKIP

"Okay, cikgu akan lepaskan kamu semua kumpulan demi kumpulan. Kamu semua boleh berpandu kepada peta yang cikgu bagi. Make sure kamu bawa balik setiap apa yang cikgu letakkan di setiap check point. Or not, kumpulan kamu akan didenda araso?"

"Nae"

Kumpulan pertama dilepaskan dahulu. Selang lima minit kumpulan kedua pula dilepaskan.

"Wey Jinhwan! Tolong tengokkan yeoja chingu aku tu oi! Jangan sampai dia tercedera" jerit Donghyuk yang duduk di sebelah kumpulan Jinhwan. Sora sudah mengderpkan mukanya. Ingat dia masih budak kecil?

"Beres, jangan risau la. Aku akan jaga si Sora ni" kata Jinhwan sambil meletakkan tangannya di bahu Sora.

Tak lama lepas tu kumpulan Sora juga masuk ke dalam hutan. Sora jalan beriringan dengan Jinhwan manakala Jungkook beriringan dengan Jin. Tetapi Jin dan Jungkook jalan di hadapan memandangkan peta berada di tangan mereka.

"Woi, jalan la perlahan sikit!" jerit Jinhwan kerana Jin dan Jungkook berada lima meter di hadapan mereka. Jin menghentikan langkah lalu pandang ke belakang.

"Korang dua tak boleh ke jalan cepat sikit ha?! Lembap mengalahkan nenek!" sindir Jin.

Sora dan Jinhwan saling berpandangan lalu mereka pandang ke arah Jin semula.

"Apa?! Kau tak nampak jalan ni licin. Semalam hujan kan? Kalau jatuh macam mana?" bidas Jinhwan.

"Ada aku kisah?" jawapan Jin itu membuatkan Sora dan Jinhwan ingin sahaja melunyaikan topi berwarna pink yang Jin sedang pakai ketika ini.

"Guys, dah la, check point pertama pun kita tak sampai lagi. Jom" Jungkook menghentikan perbalahan antara Jin dan Jinhwan lalu mula melangkah untuk ke check point pertama.

Sora dan Jinhwan berpandangan untuk kali kedua.

"Aku rasa nanti ada jugak yang menjerit sebab ada katak masuk dalam kasut"

Jinhwan tersenyum sinis.

"Tak apa, nanti aku suruh Ikon cari katak² tu. Pegang tangan aku, aku takut nanti kau tergelincir"

Sora mengangguk lalu mentautkan tangannya dengan tangan Jinhwan.

Apabila mereka sampai di check point yang ketiga, misi di sini agak susah. Mereka perlu mendapatkan kertas misi yang terletak pada ketinggian 250 meter dari tanah. Masing² mendongak memandang kertas misi itu.

"Siapa nak ambil kertas tu?" soal Jin.

"Kau dan Jungkook la. Korang berdua kan tinggi" arah Jinhwan.

[C] CHANGED [JJK]Where stories live. Discover now