Part 8

400 34 12
                                    

Sora pov

Sedang aku dan yang lain makan, tiba² ada jjangmyeon tertumpah di uniform sekolah aku. Aku terpana. Memang la sekarang ni aku sedang makan jjangmyeon, tapi sejak bila pulak aku makan sampai boleh tertumpah kena bahu uniform sekolah aku?

Seriously? Meja makan tu dihentak kuat oleh Jisoo membuatkan semua mata memandang ke arah meja kami.

"Bukan hari tu kau ke yang tumpahkan air ke baju sepupu aku ha?" marah Jisoo sambil memandang tajam ke arah belakang aku.

Ikon yang duduk di hujung kantin juga pandang ke arah kami. Dapat aku lihat mereka mula berjalan ke arah kami.

"Ma-maaf, saya tak sengaja" ucap pelajar itu.

Jisoo menolak tubuh lelaki itu hingga terduduk di atas lantai. Baru sahaja Jisoo mengangkat tangan untuk menampar pelajar tu aku bersuara.

"Jisoo, sekejap" arah aku lalu Jisoo menurunkan tangannya.

Aku berdiri lalu aku pusingkan badan aku menghadap pelajar itu. Ya, memang ini pelajar yang tumpahkan air ke baju aku tempoh hari. Aku tersenyum sinis. Cawan yang mengandungi air coklat yang aku beli aku ambil.

"Kau tahu, masa kau tumpahkan air hari tu aku boleh maafkan kau lagi. Tapi ni jjangmyeon kau tahu tak?! Memang tak hilang la kotoran dia!" marah aku.

Blackpink terkejut. Aku pun tak sangka yang aku akan marah. Mungkin aku dah tak dapat bersabar lagi mungkin? Air coklat tu aku siram ke kepala pelajar tu. Aku sempat melihat ke arah Ikon. Mereka berhenti daripada berjalan. Agaknya terkejut jugak kot?

"Tadi kau bagi aku uniform aku makan jjangmyeon kan? Sekarang aku pun nak bagi uniform kau makan jjangmyeon sekali"

Dengar sahaja kata² aku itu, pelajar itu tak habis² minta maaf. Ah, muak telinga aku dengar perkataan tu. Mangkuk yang berisi jjangmyeon yang aku makan tadi aku ambil lalu aku tuang ke atas uniform pelajar itu. Selepas licin mangkuk tu aku letak mangkuk tu dengan kasar di atas meja. Aku mencangkung(?) depan pelajar tu.

"Sekarang kita adil kan?"

Pipi dia aku tampar perlahan sebanyak dua kali sebelum aku pergi meninggalkan kantin. Destinasi aku sekarang ni ialah tandas!

Ikon pov

"Wow, Kim Sora ke tu?" soal Chanwoo apabila Sora beredar dari situ.

"Tak sangka dia pun lebih kurang macam sepupu dia tu jugak" kata Yunhyeong.

"Aku pergi cari dia dulu eh. Apa² roger" pesan Donghyuk lalu segera pergi dari situ.

"Uih, laju!" ujar Bobby.

"Dia ni sebenarnya nak serius ke dengan Sora tu? Ke saja nak buat sebagai mainan je?" soal Jinhwan.

"Entah la nak. Berani dia nak mainkan Sora, memang kena kejar dengan parang jawabnya dengan Jisoo tu nanti" balas Hanbin.

Di tandas

Author pov

"Sora, kau okay tak?" soal Rose apabila Blackpink tiba di situ.

"Aku okay. Just hilang mood aku nak makan tadi. Haish. Geram betul aku!" marah Sora.

"Btw, tak sangka sepupu aku seorang ni boleh tahan hebat membuli orang" puji Jisoo.

Sora senyum.

"Kejam sangat ke aku tadi?" soal Sora.

Lisa memegang bahu Sora.

"No Sora. Kau langsung tak kejam. Aku rasa apa yang kau lalui masa di sekolah lama dulu lagi kejam right?"

Sora terdiam. Teringat peristiwa ketika di mana dia dibuli oleh Bts dulu.

[C] CHANGED [JJK]Where stories live. Discover now