Part 17

326 30 4
                                    


"Anyeong oppa. Saeng datang melawat oppa ni dengan omma dan appa. Oppa apa khabar di sana? Hari ini dah genap dua tahun oppa pergi tinggalkan kami semua. Saeng rindukan oppa. Mianhae sebab sekarang ni saeng jarang lawat oppa. Saeng tinggal di Seoul sekarang ni. Oppa mesti dah tahu kan? Ye la, pasti oppa nampak dari atas sana"

Untuk seketika Sora terdiam. Air matanya yang bergenang secara perlahan lahan mengalir di pipi. Ketika itu omma dan appanya sudah berada di kereta mereka kerana mereka sudah selesai melawat kubur anak mereka itu.

"Saeng yakin oppa pasti nampak kan perangai saeng sekarang macam mana? Saeng tahu apa yang saeng buat tu salah. Tapi saeng terpaksa. Saeng tak nak tunjuk yang saeng ni lemah. Walaupun sakit yang saeng hadapi ni merupakan salah satu kelemahan saeng"

Sora mengelap dengan kasar air mata yang turun dengan belakang tapak tangannya.

"Oppa, andai satu hari nanti sakit saeng ni dah tak dapat diubati oppa tunggu saeng okay? Saeng sanggup temankan oppa walaupun saeng tak sanggup nak tinggalkan omma dan appa"

Tiba² Sora ketawa apabila tersedar apa yang telah dia ucapkan tadi.

"Aigoo, apa yang saeng merepek ni? Okay lah oppa. Mesti omma dan appa dah lama tunggu saeng di kereta. Saeng pergi dulu nae? Nanti bila² saeng datang lagi. Saeng sayang oppa"

Penanda yang dibuat daripada marmar itu dipandang.

In memory. Kim Jun Myeon. 1991 - 2015. Rest in peace.

"Anyeong" ucap Sora lalu melangkah pergi dari situ.

SKIP

"Sora, Jisoo. Palli! Korang kena tengok ni!" kata Rose sebaik sahaja Sora dan Jisoo keluar dari kereta. Jisoo dan Sora saling berpandangan. Ada apa pula pagi² ni? Mereka baru sahaja sampai di sekolah tiba² disergah oleh Rose.

"Wohoo, relax girl. Ada apa sebenarnya ni?" tanya Jisoo.

"Aku tak ada masa nak terangkan. Palli" terus Rose menarik tangan Sora dan Jisoo. Sampai sahaja di kawasan koridor, mata Jisoo dan Sora terus membulat. Mana tidaknya, terdapat banyak flyers gambar di mana ketika Sora ditampar oleh Jungkook tempoh hari di taman sekolah.

Yang paling menyakitkan hati Sora ialah caption di flyers itu sendiri.

Queenka ditampar oleh pelajar baru? Sungguh memalukan!

Sora terus merentap beberapa flyers lalu mengoyakkan kepingan kertas itu. Dada Sora berombak menahan marah. Pandangan beberapa pelajar membuatkan Sora bengang.

"Apa tengok²?! Blah la!" jerit Sora lalu pelajar² tu terus pergi dari situ.

"Apa kau nak buat sekarang?" soal Jennie yang dari tadi hanya diam.

"Nak cari siapa yang buat semua ni ke?" soal Lisa pula.

"Cari Jungkook, bawa dia ke kolam renang. Aku nak semua flyers ni dah tak ada depan mata aku bila aku lalu di sini or di tempat lain" arah Sora lalu terus bergerak ke tempat kolam renang.

"Mati Jungkook kena dengan Sora hari ni" kata Rose.

"Dah, cepat cari Jungkook. Aku nak tenangkan Sora sekejap. Kang nanti tak pasal² sakit dia datang pula. Aku tunggu di kolam. Pasal flyers ni kita minta tolong Ikon" kata Jisoo pula.

"Okay, aku dengan Lisa akan cari Jungkook. Jennie, kau minta tolong Ikon" kata Rose lalu dia pergi dari situ.

Di kolam renang

"Jalan la cepat sikit" kedengaran suara Lisa di pintu masuk. Sora membelakangi mereka semua. Di tangannya masih lagi kemas mengenggam flyer yang sempat diambil tadi.

Lisa dan Rose menolak tubuh Jungkook dengan kasar supaya berjalan mendekati Sora. Dapat dilihat wajah Jungkook agak tidak puas hati ketika itu. Sampai saja di Sora, Jungkook terus bersuara.

"Korang nak apa sebenarnya ni? Kim Sora? Apa lagi yang awak nak?"

Panggg

Jennie yang baru sahaja masuk terus terkaku di tempat dia berada apabila mendengar bunyi tamparan yang kuat bagi deria pendengarannya. Dapat dia lihat Jungkook sedang memegang pipi kirinya yang telah ditampar. Terus dia mendekati mereka semua. Jungkook terkejut dengan tindakan Sora yang telah menamparnya tadi begitu juga dengan Jisoo, Rose dan Lisa. Sakit jangan tanya! Memang pedih!

"Kau puas ha? Puas?! Kau dah buat aku malu untuk kali kedua!" hambur Sora. Jungkook terkejut dengan amarah Sora. Apa yang telah dia buat hingga gadis itu begitu marah?

"Apa yang saya dah buat? Bila masa pula saya malukan awak?"

Dalam keadaan pipinya yang terasa kebas, dia berusaha untuk bersuara juga. Sora terus menunjuk gambar yang tercetak di flyer yang berada di tangannya. Jungkook melihat flyer itu.

"Ini! Kau dari dulu lagi asyik malukan aku. Aku ingatkan dengan aku berpindah dari sini aku dapat mulakan hidup baru! Tapi... Kau! Kau musnahkan semua tu!"

"Sora.. Dengar apa yang saya nak cakap. Saya minta maaf. Saya tak sengaja tampar awak hari tu"

Sora tersenyum sinis. Dia berjalan mendekati Jungkook. Muka Jungkook dipandang. Tanpa Jungkook sedar, pelipat lututnya antara betis dan pahanya ditendang oleh Sora membuatkan dia jatuh melutut.

"Aku benci kau"

Ucap Sora lalu kakinya mula menyepak perut Jungkook. Sepakan Sora tu membuatkan Jungkook terus terbaring di atas lantai lalu mengerekotkan(?) tubuhnya. Sora masih lagi tidak berhenti dengan apa yang dibuatnya.

"Kau ingat lagi? Ini hadiah yang aku dapat sebelum aku pindah keluar dari sekolah tu" kata Sora yang masih lagi menyepak perut Jungkook.

Melihat Jungkook yang mula lemah membuatkan Jisoo dan Jennie menarik Sora supaya berhenti. Jungkook terbatuk batuk.

"Arghhh!!!" jerit Sora yang masih dikawal oleh perasaan marah.

"Sora, tenang. Kawal marah kau tu" pesan Jisoo.

"Tarik nafas Sora. Tarik perlahan lahan then lepas" kata Jennie pula. Sora mengikut arahan Jisoo dan Jennie tu. Apabila Sora kembali tenang perlahan lahan dia menarik tangannya.

"Angkat dia. Bagi dia melutut menghadap aku" arah Sora sambil memandang ke arah kolam.

Rose dan Lisa akur dengan arahan Sora itu. Mereka dengan sedaya upaya mengangkat Jungkook yang agak berat bagi mereka lalu melututkan lelaki itu menghadap Sora sambil membelakangi kolam. Hujung kasut Jungkook sudah mencecah permukaan air kolam itu.

Sora menyilangkan tangannya. Wajah Jungkook hanya pandang ke bawah kerana sedang menahan sakit di perutnya. Sora menundukkan badannya lalu rahang Jungkook dipegang dan diangkat supaya pandang wajahnya. Lelaki itu tidak mampu untuk berbuat apa² kerana lemah akibat disepak oleh Sora tadi. Sebelah tangan Jungkook diletakkan di perutnya manakala sebelah tangan lagi didaratkan atas lantai.

"Lepas ni aku nak cari siapa yang buat flyers tu semua. Jennie, aku minta tolong kau. Kau kan anak pemilik sekolah ni. Tolong cari dengan menggunakan cctv yang ada di koridor" arah Sora sambil pandang Jennie. Jennie mengangguk tanda faham. Kini Sora pandang ke arah Jungkook.

"Apa yang aku buat ni sikit je tau kalau nak dibandingkan dengan apa yang kau dan kawan² yang lain dah buat. Aku harap kau ingat hadiah daripada aku ni"

"Awak dah berubah Sora" ujar Jungkook.

"Owh ya? Kalau kau nak tahu sebab siapa aku berubah orang itu adalah kau dan kawan² kau!"

Rahang Jungkook dilepaskan. Kaki kanan Sora diangkat lalu diletakkan di bahu Jungkook. Perlahan lahan kaki itu menolak bahu Jungkook hingga lelaki itu masuk ke dalam kolam.

"Urusan aku dah selesai" kata Sora lalu keluar dari situ diikuti dengan Blackpink.

Sebaik sahaja mereka keluar dari situ, ada sekumpulan lelaki masuk ke tempat itu dan mereka nampak Jungkook sudah berada dalam kolam.

"Jungkook!!!!"

TBC

[C] CHANGED [JJK]Där berättelser lever. Upptäck nu