Part 19

329 29 2
                                    


Kini sudah dua minggu Bts bersekolah di situ. Membuli tidak pernah lepas dari diri mereka. Tetapi tidak bagi Jungkook. Setiap kali Bts membuli, dia hanya melihat. Mereka tidak pernah mencari pasal (?) dengan Blackpink, Sora dan Ikon berikutan dengan ugutan Jennie.

Pada waktu rehat seperti biasa semua pelajar akan turun rehat di kantin. Begitu juga dengan Sora, Blackpink, Ikon dan Bts.

"Okay, hari ni turn siapa belikan makanan?" soal Hanbin sebaik sahaja mereka bertujuh duduk di tempat biasa mereka.

"Apa lagi, osom la" kata Bobby.

Mereka bertujuh pandang sesama sendiri. Tangan kanan mula dikeluarkan.

"Osom!"

"Okay, Donghyuk, Chanwoo dan Bobby. Pergi beli makanan. Aku nak macam biasa" ujar Jinhwan sebaik sahaja sudah mengetahui siapa yang kalah dalam permainan osom tu.

Bobby mengderpkan mukanya.

"Nyesal aku cadang osom tadi"

"Aku pula nak bubur kacang merah okay?" pinta Yunhyeong.

"Aku macam biasa juga la" kata Junhoe.

Chanwoo, Donghyuk dan Bobby pergi dari situ setelah yang lain siap memesan makanan mereka.

Manakala di tempat Sora dan Blackpink

Sedang mereka berlima berbual tiba² kedengaran suara orang marah di kantin itu. Terus mata mereka mencari dari mana datangnya suara itu. Dan mereka nampak Donghyuk sedang menolak tubuh Suga dengan kasar.

"Woi! Kau buta ke?!" lantang suara Donghyuk kedengaran di situ.

"Wey, asal tu?" soal Lisa.

"Entah la. Ada salah faham kot" jawab Rose.

Serentak dengan itu juga bunyi tumbukan kedengaran. Mata Sora membulat apabila terlihat Donghyuk ditumbuk oleh Suga.

"Oh my God!" jerit Jisoo.

Ahli Ikon dan Bts yang lain terus menghampiri tempat itu dan bermula aksi tumbuk menumbuk di situ. Sebahagian pelajar mula beredar dari situ kerana takut dan ada yang memerhati.

"Guys! Jom hentikan pergaduhan tu! Kang tak pasal² ada yang kena gantung sekolah lagi!" cadang Jennie. Yang lain bersetuju dengan cadangan Jennie lalu mereka menghampiri Bts dan Ikon.

"Stop!" jerit Jennie. Namun jeritan itu diabaikan oleh dua kumpulan itu. Jennie mula gelisah.

"Kita pisahkan diaorang. Aim je siapa² pun!" arah Sora. Blackpink terdiam.

"Macam mana kalau kita yang kena tumbuk?" kata Rose.

"Dah tak ada cara lain. Palli!" Sora terus berlari ke arah Donghyuk yang sedang bertumbukan dengan Suga. Nafas ditarik sebelum dia menolak Suga jauh daripada Donghyuk.

"Suga, Donghyuk, berhenti!" arah Sora sambil mendepakan lengannya. Suga tersenyum sinis. Dia menolak Sora ke tepi dan menumbuk wajah Donghyuk ke sekian kalinya. Sora terkejut. Baru sahaja Donghyuk ingin membalas, Sora terus menolak tubuh Donghyuk.

"Yah! Dah la tu! Korang ni kenapa bertumbuk di sini?"

Pandangan tajam dihadiahkan kepada Donghyuk. Mujur ketika itu ahli Bts dan Ikon yang lain sudah dileraikan oleh Blackpink.

"Kau tanyalah dekat namja chingu kau tu! Dia yang mulakan dulu!" marah Suga.

"Kau yang mulakan dulu! Kau langgar bahu aku apahal?!" tempik Donghyuk pula.

"Aku dah cakap kan yang aku tak sengaja!" balas Suga dalam nada yang tinggi.

"Tak sengaja atau memang sengaja?!"

[C] CHANGED [JJK]Where stories live. Discover now