Part 52

339 23 5
                                    


Sora pelik melihat kehadiran Namjoon di wadnya. Jam baru menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. Adakah lelaki itu tidak ke sekolah hari ini? Waktu sekolah akan tamat pada jam 2 petang.

"Setahu aku sekarang waktu sekolah. Macam mana kau boleh ada di sini?"

Namjoon memaparkan muka bosan apabila Sora bertanya seperti itu. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

"Aku ponteng hari ini. Lagipun hari ni cikgu Seo ada buat kelas tambahan. Malas aku nak dengar dia membebel pasal sejarah"

Sora ketawa kecil mendengar jawapan Namjoon itu.

"Takkan sebab tu je kau ponteng?"

"Well, sekali sekala aku buat perangai lama aku dulu. Tiba² rasa rindu dengan kenangan di Daegu dulu"

Sora mencebik. Pada waktu itu, seorang jururawat masuk untuk menghantar makanan untuk Sora. Dulang yang mengandungi makanan itu diletakkan di atas meja bergerak di hadapan katil Sora.

"Sora, macam biasa. Lepas sejam unnie datang semula. Jangan lupa makan ubat okay?"

"Nae unnie"

Jururawat yang dikenali sebagai Jinri itu tersenyum lalu keluar dari wad itu. Namjoon pula menarik meja itu supaya dekat dengan Sora.

Plastik yang digunakan untuk menutup makanan itu dibuka oleh Namjoon. Dia mengambil sudu yang disediakan lalu dia mengambil dua tiga ketul ayam bersaiz kecil masak sup ke dalam nasi. Dia mengaul sedikit nasi itu.

Apabila dia menyuakan sudu yang mengandungi nasi itu ke mulut Sora, gadis itu terkejut. Namjoon nak suap dia ke?

"Palli, makan. Kau kena makan ubat lepas ni"

"Aku boleh makan sendiri la. Tangan aku okay lagi"

Sora melibas libas tangannya di hadapan wajah Namjoon. Namjoon mencebik.

"Biarlah aku suap kau. Aku nak balas jasa kau jaga di hospital masa tangan aku terseliuh tempoh hari. Lagipun bila je lagi aku dapat buat semua ni"

Sora pandang wajah Namjoon.

'Nae, mungkin ini kali pertama dan kali terakhir kau buat semua ni. Lagipun lepas ni aku akan pergi dari sini'

Sora membuka mulutnya. Namjoon mula menyuap Sora.

"Dengar kata kau dan Bts dah berbaik dengan Ikon dan Blackpink" ujar Sora sebaik sahaja dia menelan makanan yang telah dikunyah.

"Dah itu yang kau minta sebab tiga mangkuk tu tak percaya yang kau dah maafkan diaorang"

Tiba² Sora teringat ketika kali pertama Bts melawatnya di hospital. Ya, memang itu permintaannya ketika Jhope, Jimin dan V tidak percaya yang dia telah memaafkan mereka bertiga.

Sebab itu dia nak mereka berbaik dengan Ikon dan Blackpink. Sekali gus niatnya ingin menghentikan permusuhan yang berlaku antara mereka. Dan dia juga ingin menghentikan aktiviti membuli di sekolah itu.

Sora tersenyum sendiri. Namjoon meneruskan suapannya.

"Esok kau dah discharge. Bila kau boleh mula bersekolah semula?"

"Hari ni hari Isnin kan? Rasanya jumaat ni aku sekolah semula"

Namjoon mengerutkan dahinya.

"Asal tak tunggu isnin terus? Alang² je kot"

"Aniya, nothing. Aku memang nak mula sekolah jumaat ni"

"Owh... okay"

Walaupun agak pelik dengan jawapan Sora itu, Namjoon hanya abaikan sahaja. Tak kisahlah bila Sora akan bersekolah semula. Asalkan gadis itu semakin pulih. Sora tahu Namjoon meragui jawapannya. Dia teringat kata² omma dan appanya semalam.

[C] CHANGED [JJK]Where stories live. Discover now