Part 28

288 27 1
                                    


"Baiklah kelas, jangan lupa ulang kaji ya. Minggu depan peperiksaan pertengahan tahun. Jangan sampai ada yang gagal, atau tidak saya akan suruh kamu buat 10 karangan panjangnya lebih 500 patah perkataan. Faham semua?"

Tercenggang semua pelajar 5A1 apabila mendengar ugutan cikgu Jang yang mengajar subjek sejarah kelas mereka. Nampaknya mereka tiada pilihan lain selain bersetuju.

"Okay, jom rehat" ujar Jennie sebaik sahaja cikgu itu keluar dari kelas mereka. Jisoo dan Sora mengangguk tanda okay. Baru sahaja mereka ingin keluar dari itu, tiba² nama Sora dipanggil oleh salah seorang ahli Bts.

"Sora, hari ini kau kena rehat dengan kitaorang" kata Jhope secara tiba². Mereka bertiga memandang ke arah Bts.

"Kenapa pula dia kena rehat dengan korang?" soal Jennie.

"Korang dah lupa apa syarat kitaorang masa minggu lepas? Sora kena jadi kuli kitaorang untuk tiga hari? Jadi, hari ini Sora akan jadi kuli kitaorang untuk hari pertama" jawab Suga.

"Tak boleh ke korang minta benda lain? Kitaorang sanggup bagi apa sahaja asalkan korang tukar syarat tu" kata Jisoo kerana dia tak nak Sora menjadi kuli Bts. Bts bangun dari duduk mereka lalu mendekati tiga gadis itu.

"Nope, tak boleh" jawab Jin lalu dia terus menarik tangan Sora keluar dari kelas tu. Jisoo dan Jennie cuba menghalang tindakan Jin itu namun mereka dihalang oleh Jimin dan V.

"Kalau nak tahu apa kitaorang nak buat dekat Sora, ikut kitaorang ke kantin"

Jimin dan V meninggalkan dua orang gadis itu dalam kelas. Mereka saling berpandangan. Jisoo merengus kasar.

"Sabar, kalau diaorang bertindak luar batas, aku sendiri akan buang diaorang dari sekolah ni. Sekarang, jom kita pergi kantin"

Jisoo hanya akur dengan arahan Jennie itu. Di kantin mereka duduk di tempat kebiasaan mereka. Dapat mereka lihat Sora sedang berdiri di tepi meja Bts berada.

"Okay, sekarang kitaorang nak kau belikan makanan untuk kitaorang. Kitaorang nak jjangmyeon tiga mangkuk, ladu goreng tiga pinggan, ladu kukus dua pinggan, sandwich dua. Air pula, susu pisang empat, strawberi milkshake tiga"

Sora terlopong seketika. Banyak betul makanan yang perlu dia beli! Macam mana dia nak bawa?!

"Korang dah gila ke apa?! Banyaknya korang pesan!"

"Arghh, pergi je la beli apa yang kitaorang pesan tadi. Kalau kau tak sampai sini semula dalam masa lima minit, masa kau untuk jadi kuli kitaorang akan bertambah lagi dua hari" ugut Jhope. Sora mengetap bibir tanda geram. Terus dia pergi ke kaunter untuk pesan makanan tadi.

Tak lama kemudian Sora kembali ke meja Bts dengan dulang sederhana besar di tangannya yang dipenuhi dengan pesanan Bts. Semua mata yang berada di situ melihat ke arah Sora. Ye la, setahu mereka Sora bermusuhan dengan Bts. Sekarang ni apa kes, Sora bawa makanan kepada mereka?

"Nah makanan korang"

Sora meletakkan dulang itu di atas meja dengan kasar. Mereka mengagihkan makanan itu. Sebaik sahaja mereka mula suapan pertama mereka, Sora ingin pergi dari situ tetapi dia dipanggil oleh V.

"Eh, kau nak pergi mana tu?"

"Pergi ke geng aku la. Korang dah dapat makanan korang dah kan? Buat apa lagi aku tunggu di sini?"

"Aip, siapa kata kau boleh pergi? Selagi kitaorang tak kata apa², kau tak boleh pergi ke mana²" sampuk Jin.

Sora mengepal penumbuknya. Sudahlah sekarang ini dia mula berasa lapar. Jungkook yang berasa kasihan kepada Sora, ingin memberi sandwich yang masih belum dimakannya kepada Sora. Namun tindakan Namjoon lebih pantas apabila lelaki itu memberi sandwichnya kepada Sora.

[C] CHANGED [JJK]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora