Part 3

343 41 4
                                    


Author pov

"Tak guna. Disebabkan perempuan tu kita kena rotan. Kalau kena di tangan tak apa jugak, ini kena dibahagian betis kot! Pedih la bodoh!"

Kedengaran seperti Suga amat marah dengan hukuman yang mereka terima. Lagipun siapa je kata tak sakit kalau dirotan di bahagian betis? Pedih tho.

"Btw, siapa yang buat laporan tentang kita?" soal V.

"Siapa lagi kalau bukan Sora tu sendiri. Memang nak kena perempuan tu!" marah Jimin.

"So, apa kita nak buat sekarang ni?" soal Jhope pula.

"Aku ada idea" jawab Jungkook sambil menjongketkan sebelah keningnya.

SKIP

Sora pov

"Sora, cikgu Park nak jumpa di stor belakang sekolah" ucap seorang pelajar lelaki yang aku sendiri tak kenal siapa.

"Sekarang ke?" tanya aku.

Pelajar itu mengangguk. Selepas mengucapkan terima kasih aku pun pergi ke stor tersebut. Aku pelik, takkan cikgu Park nak bagi hukuman yang tak menjadi hari tu? Kalau ya pun kenapa mesti di stor yang dah tak digunakan lagi tu?

Sampai saja di stor tu aku tolak pintu stor tu dengan perlahan lahan.

"Saem?" panggil aku.

Dah la tak nampak apa dalam stor ni. Cahaya pun hanya datang dari atap yang berlubang. Seram.

Aku terus panggil cikgu Park namun tetap tiada sahutan.

"Mesti pelajar tadi silap bagi info. Haih, baik aku pergi ke bilik cikgu Park" baru sahaja aku hendak melangkah ke arah pintu tiba² pintu stor tu ditutup.

Aku terkejut. Siapa yang tutup pintu stor ni? Aku terus berlari ke arah pintu stor. Aku cuba membuka pintu tu namun gagal. Aku rasa pintu ni sudah dikunci dari luar.

"Yah! Bukalah pintu ni! Siapa yang berada di luar?!" jerit aku.

Aku mengetuk dan menendang pintu tu sekuat hati. Mesti ada orang yang rancang semua ni. Aku terduduk sambil bersandar kepada pintu.

Air mata aku jatuh. Tiba² aku terdengar bunyi yang aku paling tak suka. Bunyi tikus! Air mata aku semakin lebat jatuh.

"Omma, appa" tangis aku sambil panggil nama omma dan appa aku.

SKIP

Entah dah berapa lama aku berada dalam stor ini sampai aku tertidur. Tapi rasanya mesti semua pelajar dah pulang kan? Satu suara pelajar pun aku tak dengar.

Aku bangun dari duduk aku. Sakit punggung aku sebab lama duduk atas lantai. Aku cuba ketuk pintu stor untuk sekian kalinya. Mana tahu ada orang dengar kan?

Dan aku dengar bunyi kunci pintu dibuka. Senyuman mula terukir di bibir aku sekarang ini. Akhirnya aku bebas dari stor ni. Aku terus buka pintu tu dan senyuman aku mati sebaik sahaja nampak wajah Jungkook.

"Ingatkan kau dah mati dalam stor tu"

Ujarnya sangat sinis. Sekarang aku dah tahu siapa punya rancangan. Bts kan?

"Jangan pelik kenapa aku buka kunci pintu ni. Kitaorang tak nak kau betul² mati di sini. Kang nanti kalau roh kau tak aman, tak pasal² kau hantui hidup kitaorang pula"

Bodoh! Ingat aku tak ada life ke kalau roh aku tak aman? Tapi memang betul pun. Kalau betul aku mati di sini korang la orang pertama yang aku cari.

Pada waktu itu aku nampak waktu sudah nak senja. Aku sengaja melanggar bahu Jungkook sebelum beredar dari situ.

Author pov

"Tch, berani betul kau ya perempuan" gumam Jungkook perlahan sambil melihat Sora yang melangkah pergi dari situ.

SKIP

"Omma, appa. Boleh tak Sora nak pindah sekolah?" soal Sora ketika mereka bertiga sedang nikmati makan malam.

Omma dan appa Sora saling berpandangan.

"Wae tiba² saja kamu nak pindah ni?" soal omma Sora.

"Urmmm, Sora ingat nak sekolah sekali dengan Jisoo. Boleh la omma, appa" pujuk Sora.

"Tak mungkin kamu tiba² je nak sekolah sekali dengan Jisoo. Dulu masa, uncle Kim ajak sekolah di situ Sora tak nak. Mesti ada apa² kan?" teka appa Sora.

Sora mengetap bibirnya perlahan. Tak mungkin dia nak beritahu yang dia dibuli selama ni? Mesti benda ni akan berlarutan. Satu keluhan dilepaskan.

"Sora tak kira! Sora tetap nak pindah.  Esok Sora akan ambil borang pindah sekolah. Or not, Sora akan buat kerja gila"

Setelah selesai berkata, Sora terus meninggalkan meja makan. Tuan dan puan Kim saling berpandangan.

"There must be something happened right?" soal tuan Kim.

Puan Kim hanya menganggukkan kepala.

TBC

[C] CHANGED [JJK]Where stories live. Discover now