Part 6

353 44 7
                                    


Masuk sahaja ke dalam sekolah ramai yang tengok ke arah aku dan Jisoo. Aku fikirkan itu perkara biasa tapi pelik kenapa mereka seolah olah takut melihat Jisoo. Ada hantu ke belakang Jisoo?

"Jisoo, asal diaorang macam takut je tengok kita?" soal aku. Jisoo hanya tersenyum.

"Abaikan je diaorang tu. Sekarang jom aku bawa kau ke pejabat sekolah" aku hanya mengangguk lalu kami berdua bergerak ke pejabat sekolah.

SKIP

"Okay guys, aku kenalkan. Ini sepupu aku, nama dia Kim Sora. Dari Daegu" Jisoo kenalkan aku kepada tiga orang perempuan yang sedang duduk di atas kerusi.

Rasanya inilah geng Jisoo. Katanya nama kumpulan diaorang Blackpink. Not bad nama tu.

"Anyeonghasaeyo, Kim Sora imnida" ucap aku sambil menundukkan sedikit badan aku.

Dapat aku lihat ketiga tiga gadis di hadapan aku senyum gembira.

"Aigoo, jangan formal sangat. Tak lama lagi kita akan jadi satu kumpulan juga. Btw nama aku Jennie Kim. Panggil je Jennie"

"Nama aku pula Park Chae Young. Panggil je aku Rose"

"Nama aku Lalisa Manoban. Panggil Lisa"

Berkerut dahi aku bila dengar nama yang terakhir tu. Gadis itu ketawa.

"Jangan pelik sangat. Aku asal dari Thailand. Aku baru pindah ke sini sejak tahun lepas"

"Ah mianhae. Btw gembira dapat berkenalan dengan korang semua" ucap aku.

"Memandangkan hari ni first day kau sekolah di sini, amaghi la aku belanja korang semua makan" pelawa Rose.

"Seriously? Guna duit sendiri or---"

Kata² Lisa dicantas oleh Rose.

"Duit sendiri okay? Kebetulan elaun aku masuk semalam. Khaja, nanti waktu rehat habis pula" ajak Rose lalu kami berlima pergi ke kantin.

Sampai sahaja di kantin keadaan di situ terus senyap. Semua orang menundukkan wajah mereka. Ada juga yang curi² melihat ke arah kami berlima. Aku pelik. Ada hantu ke belakang kami?

"Asal senyap tiba² ni wey? Tadi waktu aku masuk ke sekolah ni pun ramai yang tengok kita berdua" bisik aku kepada Jisoo.

"Nanti kau akan tahu kenapa. Khaja kita cari tempat" ajak Jisoo.

Kami berlima berjalan ke meja yang terletak betul² di bawah kipas angin. Namun meja tu ada seorang pelajar lelaki duduk.

Dang!!

Terhincut bahu aku bila melihat Lisa menghentak meja tu dengan tangannya.

"Woi, siapa bagi kebenaran kau duduk di sini?" marah Lisa.

Wow, garangnya Lisa!

"Mi-mianhae. Tempat ni kosong, ja-jadi saya duduklah" ujar pelajar lelaki itu.

"Kau blah sekarang sebelum kau mandi dengan air oren kau ni!" ugut Jennie pula.

Lelaki itu bangun dari situ dengan tergesa gesa lalu pergi dari situ. Mata aku berkelip kelip. Apakah semua ni?

"Khaja Sora" ajak Jisoo lalu aku dan dia duduk di situ.

"Aku nak jjangmyeon dan air sirap. Sora, kau nak apa?" soal Jisoo.

"Sama dengan kau je la" jawab aku.

"Okay, tunggu sini. Jennie, Lisa, korang dua ikut aku" tanpa banyak cakap Jennie dan Lisa mengekori langkah Rose.

Selepas lima minit mereka bertiga muncul di situ dan kami menikmati makan tengah hari kami.

SKIP

[C] CHANGED [JJK]Where stories live. Discover now