Part 4

349 40 6
                                    


Keesokan paginya Sora awal pergi ke sekolah. Disebabkan tiada orang dalam kelas, dia ambil keputusan untuk bersihkan kelas.

Meja yang agak berselerak Sora susun supaya elok susunannya. Kemudian dia mencapai penyapu yang berada di belakang kelas lalu mula menyapu habuk² dan cebisan kertas yang berada di atas lantai.

Sedang dia sapu tiba² pintu kelas dibuka lalu masuk tujuh orang namja ke dalam kelas itu. Siapa lagi kalau bukan Bts? Sora hanya abaikan kehadiran mereka bertujuh.

"Woah, bersih betul kelas kita ni" puji Jhope sambil memberi isyarat kepada Jungkook.

Jungkook yang faham dengan isyarat itu menganggukkan kepalanya lalu mengeluarkan satu buku latihan daripada beg Sora tanpa yeoja itu perasan.

Buku itu dibuka lalu dikoyak satu helai muka surat daripada buku itu. Kemudian dia mengumpal jadi bentuk bola lalu dilemparkan di atas lantai.

"Yah, ini ada sampah. Takkan tak nampak?" kata Jimin.

Sora memalingkan sedikit wajahnya lalu melihat ke tempat yang dikatakan oleh Jimin tadi. Dia mula mengeluh, setahunya tadi dia dah pastikan tiada langsung sampah di situ.

Sora melangkah ke tempat tu lalu menyapu gumpalan kertas tu ke dalam penyodok sampah. Kemudian muncul pula gumpalan kertas lain. Sora tetap menyapu sampah itu.
Namun apabila masuk gumpalan kertas yang kelima Sora berhenti. Matanya tertancap pada tulisan yang tercoret di kertas itu. Dia seolah olah kenal tulisan itu.

Dia mengambil gumpalan kertas itu lalu dibuka gumpalan itu. Membulat matanya apabila dia mengetahui tulisan itu memang tulisannya. Matanya tertancap pada buku yang berada di tangan Jungkook.

Sora terus mengambil buku itu dan hampir saja dia ingin menangis apabila melihat bukunya semakin nipis. Sudahlah buku tu subjek matematik tambahan!

"Kenapa dengan korang ni ha?! Kalau nak koyak buku gunalah buku sendiri!" marah Sora.

Namjoon bangun dari duduknya lalu rahang Sora dicengkam.

"Yah, kau siapa ha nak marah kitaorang?" soal Namjoon.

Sora menepis tangan Namjoon sekuat hatinya hingga membuatkan ahli Bts yang lain agak terkejut.

"Aku Kim Sora. Pelajar 5A1 yang selalu jadi mangsa buli korang!" jawab Sora dengan berani.

Namjoon memandang ke arah Sora dengan pandangan tajam.

"Sekarang kau dah semakin berani menjawab eh?" kata Namjoon sambil menarik rambut Sora membuatkan Sora sedikit terdongak kepalanya.

"Lepaslah!" arah Sora namun hanya dihiraukan oleh Namjoon.

"Sini biar aku pula yang 'torture' budak ni" kata Jin lalu Namjoon melepaskan rambut Sora secara kasar.

Baru sahaja gadis itu ingin mengambil nafas lega tiba² lehernya dicekik lalu badannya ditolak bersandar di atas meja. Sakit pinggang dan belakang badannya apabila berada dalam kedudukan itu.

"Jin, appo!" rayu Sora lalu air matanya mula menurun. Jin tersenyum sinis.

"Hey, kau dengar sini eh. Kau tu cuma perempuan pabo yang akan tetap jadi mangsa buli kitaorang! Kau fikir kitaorang tak berani nak buat lagi teruk dari ini ha?"

Nafas Sora mula pendek. Cengkaman tangan Jin di lehernya agak kuat.

"A-aku tak boleh ber-nafas" ujar Sora dengan tersekat sekat sambil menampar perlahan tangan Jin.

"Dah la tu, mati budak tu nanti kang" celah Suga.

Melihat keadaan Sora seolah olah nyawa seperti di hujung tanduk tu membuatkan Jin melepaskan leher Sora. Sora jatuh terduduk di atas lantai. Terbatuk batuk jadinya kerana dia cuba mencari nafas.

[C] CHANGED [JJK]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin