Part 40

317 27 5
                                    


Di rumah Jungkook

"Aigoo, kyeopta"

Sora mencubit lembut pipi bayi perempuan yang berusia 10 bulan itu. Jungkook menggarukan kepalanya.

"Macam mana la aunty kau boleh minta tolong kau jaga budak ni? Haish. Tak faham aku"

Jungkook hanya tersengih.

"Parents kau tak ada di rumah eh? Hebat juga kau boleh jaga bayi seorang diri. Kenapa kau tak panggil Bts je datang sini?" ujar Sora lagi.

"Parents saya ke Busan tiga hari. Esok baru diaorang balik. Aunty saya ingat yang omma ada di rumah itu yang dia hantar Jungmi ke sini. Saya dah cakap yang saya tak reti jaga bayi, tapi aunty saya paksa juga. Terpaksalah saya tolong. Lagipun malaslah saya nak panggil Bts. Nanti entah apa yang diaorang buat dekat anak buah saya ni. Sebab tu saya panggil awak ke sini"

Sora hanya meng owh kan sahaja.

"Err, saya tak ganggu awak kan?" soal Jungkook secara tiba².

Sora yang sedang bermain dengan jari bayi itu memandang ke arah Jungkook.

"Mana ada ganggu. Lagipun kalau duduk di rumah tak ada kerja nak dibuat. Jisoo pergi ke rumah Rose"

"Awak pernah jaga bayi sebelum ni?"

"Urm, dulu masa di Daegu aku pernah la tengok jiran aku uruskan anak dia. Kat tv pun belambak rancangan tentang bayi ni. Secara kasarnya boleh dikatakan aku tak pernah jaga bayi. Pernah tengok je"

Jungkook mengangguk tanda faham.

SKIP

"Jungmi ah. Meogja khaja (let's eat)" kata  Jungkook lalu duduk bersila di hadapan Jungmi yang duduk di atas ribaan Sora.

Cerelac yang berada dalam mangkuk digaul lalu dicedokkan dengan sudu kecil. Jungmi yang melihat Jungkook ingin menyuapnya segera membuka mulutnya dan makanan itu selamat mendarat dalam mulutnya.

Tersenyum Sora dan Jungkook dibuatnya. Suapan diteruskan apabila Jungmi telah habis menelan makanan yang ada dalam mulutnya. Sesekali Jungmi cuba merampas sudu dari tangan Jungkook membuatkan diri dan bajunya comot dengan cerelac itu.

"Aigoo, comotnya Jungmi ni" kata Sora sambil mengelap cerelac yang terdapat di pipi dan dagu bayi itu dengan tisu.

"Nampaknya kena bagi Jungmi mandilah macam ni. Aunty saya cakap, kalau dia makan comot, bagi dia mandi. Takut nanti dia tak selesa. Tapi macam mana nak mandikan dia?"

Jungkook mula bingung. Haih, susah juga menjaga bayi ini!

"Rumah kau ada besen yang besar tak?"

"Rasanya omma saya ada simpan di stor. Kenapa?"

"Kau isi air dalam besen tu. Separuh cukup. Jungmi, biar aku yang uruskan. Kau tunggu je di bilik air"

Jungkook akur dengan arahan Sora itu. Sora pula membaringkan Jungmi di atas sofa lalu membuka pakaian si kecil itu.

Setelah hampir sepuluh minit, Sora muncul di bilik air dengan Jungmi yang berada dalam gendongannya. Jungmi yang sedang 'memakan' tangannya dipandang oleh Jungkook. Dengan berhati hati Sora berjalan. Kemudian dia meletakkan Jungmi di dalam besen itu. Tersengih Jungmi apabila dia berada dalam besen itu.

"Eh², Jungmi suka mandi ya?" soal Jungkook sambil mengacah acah Jungmi.

Jungkook membasahkan rambut Jungmi dengan berhati hati diikuti dengan mukanya.

"Sabun mana?" soal Sora.

"Sekejap" balas Jungkook lalu segera mendapatkan botol sabun yang terletak di tepi sinki. Cecair sabun itu dituang di atas tapak tangannya lalu dia menyapu ke seluruh tubuh Jungmi.

[C] CHANGED [JJK]Where stories live. Discover now