Part 44

273 25 1
                                    


Waktu sekolah telah pun tamat. Namun Sora masih lagi tidak kembali ke kelas. Ini membuatkan Jisoo dan Jungkook risau.

"Baiklah, sampai sini sahaja. Kita jumpa esok" ucap cikgu Han lalu keluar dari kelas.

Para pelajar mula menyimpan barang² mereka lalu keluar dari kelas.

"Wey, mana Sora ni? Dah waktu balik kot. Takkan dia tak nak balik?" soal Jennie kerana dia juga menanti kehadiran Sora dalam kelas tu.

"Aku pun tak tahu. Tadi aku telefon dia, tapi tak jawab juga" jawab Jisoo dengan nada yang risau.

"Tak apa, jom aku tolong kau cari dia"

Jisoo mengangguk tanda okay. Beg sekolah Sora diambil lalu mereka berdua keluar dari kelas. Kini hanya tinggal Bts di kelas itu.

"Sora ni ponteng apa duh sampai enam masa sekali dia sental? Dah tu sorang² pula tu ponteng. Lain kali cuba la ajak aku sama" ujar Suga lalu menggalas beg sekolahnya di bahu.

Mereka yang lain memandang Suga dengan tidak percaya. Ingatkan risaukan Sora sebab tak masuk kelas, rupanya ada niat nak join sekali.

"Tapi korang tak pelik ke tiba² je Sora ponteng? Ye la, geng dia ada je di kelas. Lagipun rehat tadi okay je" sambung Jin pula.

"Mungkin dia jumpa cikgu kot?" teka V.

Namjoon yang sememangnya asyik memikirkan tentang gadis itu bersuara.

"Apa kata kita cari dia? Aku pun pelik la. Takut kalau dia kena apa² ke"

"Alarh, aku yakin Jisoo dan Jennie sedang cari dia. Kita kan dah janji hari ni nak pergi mall tengok wayang? Lagipun movie kegemaran kau hari ni dah release kot Namjoon" celah Jhope tiba².

"Haah la. Betul tu. Lagipun Sora nak menghilang ke mana je? Paling tak, di rooftop, bilik kesihatan or mana² je la asalkan dalam sekolah" kata Jimin pula.

Namjoon memandang Jimin dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

"Kau ni macam tak risau je kawan kita 'hilang' secara tiba²"

Reaksi wajah Jimin berubah.

"Err ya. Aku sebenarnya masih sakit hati sebab kejadian pagi tadi"

Namjoon mengerutkan dahinya.

"Tapi, Sora dah cakap yang dia tak tahu apa² tentang kes pagi tadi? Semua tu plan Ikon"

"Ya², sebab Sora rapat dengan Ikon tu yang aku agak sakit hati tu. Eh, jom la pergi. Kang nanti movie tu dah mula, takkan kita nak tunggu tayangan seterusnya pula"

Jimin mula mengubah topik. Mereka yang lain setuju dengan kata² Jimin yang mereka telah terlewat. Mereka meninggalkan kelas itu. Namun apabila tiba di tempat parking motor, Jungkook terlihat kelibat Jisoo dan Jennie yang masih lagi berlegar legar di kawasan sekolah.

Dia yakin mereka berdua pasti belum menjumpai Sora.

"Aku rasa aku tak boleh join la korang. Aku lupa yang parents aku suruh balik awal"

Kesemua yang sudah berada di atas motosikal masing² memandang ke arah Jungkook.

"Alorh, tak best la tak ada kau Kook" rengek V. Jungkook tersenyum nipis.

"Tak apa, nanti bila² kita boleh hang out lagi kan? Korang hati² okay?"

Mereka mengangguk kepada nasihat Jungkook itu lalu menyarungkan helmet di kepala. Enjin motosikal kuasa tinggi milik mereka kini mula kedengaran lalu mereka meninggalkan kawasan sekolah.

Jungkook pula segera berlari ke arah bangunan sekolah. Dia segera mencari Jisoo dan Jennie.

"Tak jumpa lagi ke Sora?"

[C] CHANGED [JJK]Where stories live. Discover now