Part 31

309 31 8
                                    


Tepat jam 11 pagi, Sora tiba di depan pintu masuk Lotte World. Dia mencari cari kelibat Namjoon dan kawan²nya yang lain. Apabila dia terlihat kelibat tujuh orang kawan itu, terus dia pergi ke arah mereka. Mereka pelik dengan kehadiran Sora di situ kecuali bagi Namjoon.

"Kau buat apa duh di sini?" soal V.

"Ha Namjoon. Kau nak aku buat apa? Tolong eh, kotakan janji kau. Hari ini hari terakhir aku jadi kuli korang semua"

"Kau ajak dia ke sini?" soal Jin.

"Haah, aku yang ajak. Sebenarnya hari ini aku tak fikir pun nak buli kau ke apa. Tapi aku nak balas jasa kau ajar kitaorang hari itu. Aku nak kau join kitaorang semua main di sini"

Sora menjadi tercenggang. Semua mata pandang ke arah Namjoon seolah olah tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Namjoon tadi.

"Are you kidding me dude? Wey, buat habis duit aku je kalau main di sini. Ah, taknak². Korang simpan la 'tiket' aku jadi kuli korang tu. Okay, aku nak balik"

Baru sahaja Sora melangkah pergi dari situ, tangannya ditarik oleh Namjoon.

"Nak atau tak, kau kena juga ikut kitaorang. Aku belanja. Jom!"

"Yah!"

Namjoon terus menarik tangan Sora hingga ke kaunter tiket. Ahli Bts yang lain memandang sesama mereka.

"Korang fikir apa yang aku fikir?"

"Aku rasa aku fikir apa yang kau Suga" sambung Jhope.

"Sejak bila duh Namjoon ni jadi baik? Dah² tu dengan Sora pula tu" kata Jimin. Mereka hanya mengangkat bahu lalu mengikut langkah Namjoon dan Sora.

Permainan pertama yang mereka main ialah luncur ais. Bts, siap sahaja pakai kasut yang khas untuk permainan itu terus mereka meluncur di atas permukaan ais tu. Sora hanya berdiri sambil berpaut pada pemegang. Dia tidak tahu meluncur kerana selama ini omma dan appanya melarang dia bermain permainan itu. Bagi mereka, permainan itu agak bahaya. Jungkook yang dari tadi nampak Sora hanya berdiri di tepi terus mendekati gadis itu.

"Kenapa tak join kitaorang main?"

"Errr, aku tak reti nak main luncur ais ni"

Sora terpaksa menebalkan mukanya untuk memberitahu Jungkook tentang kelemahannya. Jungkook tersenyum. Tangan kanannya dihulur kepada Sora membuatkan gadis itu pelik.

"Jom, saya ajar awak. Pegang tangan saya"

Sora memandang Jungkook dengan tidak percaya. Bibir bawahnya digigit lembut. Dia menghulurkan tangan kirinya kepada Jungkook. Jungkook mengajar cara untuk menyeimbangkan badan supaya Sora tidak tergelincir. Dan di gelanggang luncur itu bising dengan jeritan gembira oleh para ahli Bts terutamanya V si alien.

"Okay, sekarang cuba awak meluncur sendiri"

Jungkook melepaskan pegangan tangan Sora. Sora mengambil nafas sebelum mencuba. Lututnya dibengkokkan sedikit lalu dia menolak badannya dengan menggunakan kaki kanannya. Jungkook mengikut Sora dari tepi. Walaupun perlahan, namun Sora berjaya meluncur di atas gelanggang ais itu.

"Woah! I did it!" ujar Sora dengan gembira. Jungkook mengangguk dengan senyuman di bibir.

Tiba² V memintas Sora membuatkan gadis itu hampir sahaja hilang keseimbangan. Jungkook terus memegang sebelah lengan gadis itu untuk elakkan dia daripada jatuh.

"Auch!"

"Hahahahaha!" tawa Sora terhambur apabila melihat V tersembam di atas gelanggang ais.

Itu la, gatal lagi nak kacau Sora, akhirnya dia juga yang jatuh tersembam. Jungkook perhatikan wajah Sora yang sedang ketawa. Entah kenapa dia suka melihat wajah Sora ketika itu. Nampak begitu manis pada pandangan matanya. Jantungnya berdegup laju. Sora yang perasan Jungkook sedang memerhatikan wajahnya terus berhenti ketawa.

[C] CHANGED [JJK]Where stories live. Discover now