Final

390 22 7
                                    


"Aniya, gwenchana. Awak tak lambat pun. Owh, kenapa awak nak jumpa dengan saya?"

Sora tersenyum nipis.

"Urm kau ingat lagi janji kau, yang kau akan tunggu jawapan dari aku walaupun 10 tahun akan datang lagi?"

Jungkook blur sekejap apabila Sora berkata seperti itu.

"Ah nae, saya ingat. Kenapa?"

"Buktikan kepada aku mulai hari ini"

Berkerut dahi Jungkook apabila mendengar permintaan Sora itu. Apa maksud di sebalik kata² Sora itu?

"Apa maksud awak? Dengan cara apa yang saya perlu guna?"

Sora tidak menjawab soalan Jungkook itu. Perasaan sedih mula menerpa dirinya. Dia memegang kedua dua belah bahu Jungkook. Dia menarik perlahan bahu Jungkook untuk menyamakan ketinggian mereka. Tanpa berkata apa², Sora terus melekapkan bibirnya dengan bibir Jungkook.

Mata Jungkook membulat. Terkejut dengan tindakan berani Sora itu.

'Saranghae Jeon Jungkook' getus hati Sora lalu menjauhkan bibirnya dengan bibir Jungkook.

"Kita jumpa lagi nanti"

Sora melangkah meninggalkan taman itu. Tanpa Jungkook tahu, air mata Sora mengalir di pipinya. Itu merupakan pertemuan terakhirnya dengan Jungkook sebelum dia berlepas ke Kanada.

'Anyeong Jeon Jungkook'

SKIP

Jungkook menyentuh bibirnya dengan jarinya. Dia seolah olah tidak percaya yang Sora telah menciumnya di sekolah tadi. Tanpa dia sedar, dia tersengih seorangan. Entah kenapa baginya, siang tadi Sora seolah olah memberi petunjuk bahawa gadis itu akan menerimanya sebagai teman lelakinya.

Tiba² satu bantal kecil melayang tepat kena mukanya membuatkan Jungkook tersentak. Dia memandang tajam ke arah orang itu.

"Kau pahal? Baling² bantal dekat aku?!" marah Jungkook kepada sepupunya iaitu Jeon Wonwoo. Keluarga Wonwoo datang melawat mereka pada sebelah petang hari ini sambil itu mereka akan nikmati makan malam bersama.

Wonwoo mencebik.

"Kau tu yang pahal. Tersengih seorang, macam kera dapat bunga"

"Eh, suka hati aku la. Ada aku kacau life kau"

Wonwoo mengecilkan matanya memandang Jungkook. Jungkook juga turut membuat hal yang sama. Telefon yang berada di tangan, Wonwoo lempar ke tepinya memandangkan dia sedang duduk di atas katil Jungkook.

Bushhh!

Bushhh!

Berlaku perang bantal antara dua orang sepupu itu.

"Jeon Jungkook!"

"Jeon Wonwoo!"

"Kamu berdua buat apa lagi di atas tu? Tak reti turun makan ke? Tak reti lapar?"

Terhenti perang bantal yang berlaku tidak sampai seminit. Jungkook dan Wonwoo ketawa lalu mereka keluar untuk turun makan malam. Apabila kedua dua mrs Jeon bersuara, tiada siapa yang berani melawan.

SKIP

"Anyeong Jun Myeon oppa. Oppa nak tahu tak, petang nanti Sora akan ikut omma dan appa ke Kanada. Kitaorang akan tinggal di sana"

Untuk seketika Sora terdiam.

"Mianhae oppa, kitaorang terpaksa tinggalkan oppa seorangan di sini. Tapi, oppa jangan risau, Sora akan sentiasa ingat dekat oppa. Owh ya, sekarang Sora dah ada jantung baru. Sora janji akan jaga kesihatan Sora baik² lepas ni. Mianhae, Sora tak boleh lama². Saranghae, Jun Myeon oppa"

[C] CHANGED [JJK]Where stories live. Discover now