Part 47

288 24 6
                                    


"Jung Ara, come here" panggil Sora tanpa memandang wajah gadis itu.

Ara yang baru sahaja ingin memulas tombol pintu terkejut apabila namanya tiba² dipanggil oleh Sora. Perutnya mula kecut. Dalam hati dia berdoa agar Sora tidak apa²kannya. Lagipun sejak kejadian di kolam renang dulu, dia menjadi takut untuk berhadapan dengan insan yang bernama Kim Sora ini.

"Palli datang sini. Sementara mood aku masih okay" dengar sahaja ugutan Sora, Ara segera memalingkan tubuhnya lalu berjalan mendekati Sora sambil menundukkan kepalanya.

Sora menutup kepala paip air lalu mencapai tisu yang terletak di tempatnya yang khas. Tangannya yang basah dilap dengan tisu itu.

"A-ada apa sunbae panggil s-saya?" soal Ara dengan tergagap gagap.

Sora membuang tisu tadi ke dalam tong sampah. Dia menghadap Ara yang berdiri di sebelah kanannya. Sebelah keningnya diangkat apabila melihat Ara hanya menunduk memandang lantai.

"Muka aku hodoh sangat ke sampai kau asyik tenung lantai tu?"

Soal Sora sambil menyilangkan tangannya di dada.

"A-ani"

"Then, tengoklah muka aku ni. Ke kau nak aku make up serupa macam juon baru kau nak tengok muka aku?"

Ara perlahan lahan mengangkat mukanya memandang Sora. Sora tersenyum sinis.

"Mi-mianhae" ucap Ara lalu menundukkan semula wajahnya.

Sora memutarkan bola matanya. Apa mukanya memang nampak macam juon ke sekarang ni?

"Again? Kau tengok lantai?! Hello, I'm your sunbae. Please respect me. Look at my face when I'm talking to you!"

"S-saya takut"

Terdiam sebentar Sora dibuatnya apabila Ara berkata seperti itu. Jadi, Ara takut dengannya? Satu keluhan dilepaskan.

"Okay, sorry kalau aku buat kau takut. Aku tak nak cakap banyak. Aku panggil kau ni ada sebab. Aku nak minta maaf"

Serentak dengan itu juga Ara mengangkat wajahnya lalu memandang Sora. Sora tersenyum. Senyumannya kali ini memang ikhlas.

"N-nae?"

"Aku minta maaf dekat kau atas kesalahan aku dekat kau sebelum ni. Ya, well. You know. Kejadian di kolam renang tu. Aku sangat kejam waktu tu. Aku hampir je nak bunuh kau waktu tu"

Ara menggelengkan kepalanya.

"A-aniya. Sunbae tak salah. Yang salah saya! Saya yang gatal dekat dengan Donghyuk oppa. Last² sunbae dengan Donghyuk oppa putus. Cuba kalau saya tak pindah ke sini pasti---"

"Shhhhh"

Sora meletakkan jari telunjuknya di bibirnya, memberi isyarat kepada Ara supaya diam.

"Sekarang, kau nak salahkan diri kau?"

Perlahan lahan Ara mengangguk bagi menjawab soalan Sora itu. Sora tersenyum. Tak sangka Ara rupanya seorang yang baik.

"Jangan salahkan diri kau. Dalam hal ni terang² aku yang salah. Sekali lagi aku minta maaf"

Sora menghulur tangan kanannya sebagai tanda maaf. Ara memandang lama huluran Sora itu membuatkan gadis itu berfikir bahawa Ara tidak ingin menerima maafnya. Baru sahaja dia ingin menarik tangannya, Ara terus menyambut huluran itu lalu mereka berdua tersenyum.

"Gomawo" ucap Sora. Ara menganggukkan kepalanya.

Tautan tangan dilepaskan oleh mereka berdua.

"Lepas ni kalau terserempak dengan aku, jangan tegur aku. Araso?"

[C] CHANGED [JJK]Where stories live. Discover now