Part 42

289 30 2
                                    


"Neo nuguya?"

Sora menjadi berdebar debar untuk mengetahui siapa lelaki itu. Sudah hampir sebulan lelaki itu approach dia dengan menggunakan sticky note. Percaya atau tidak, setiap kali sticky note diberi, nama panggilannya pasti berubah.

Dia ingin mengetahui siapa lelaki yang selalu menceriakan harinya, yang selalu memberi kata semangat kepadanya.

Lelaki itu memalingkan tubuhnya menghadap Sora. Sora terlopong. Jadi selama ini, pemberi sticky note itu adalah...

"Jungkook?"

Jungkook tersenyum kepada Sora. Dia nampak reaksi wajah Sora agak terkejut ketika itu.

"Jadi selama kau lah orang yang selalu bagi sticky note tu?"

Jungkook hanya menganggukkan kepalanya.

"Kookie, biskut, biskut hangus, anak mr J, Juon tapi bukan hantu---"

"Ya², semua itu saya" celah Jungkook kerana dia sendiri tidak sanggup untuk mendengar nama²nya yang disebut oleh Sora. Terasa ingin gelak pun ada, malu pun ada.

Sora menyilangkan tangannya.

"Beritahu aku, kenapa kau bagi sticky note semua tu?"

"Macam yang saya tulis pada sticky note mula² saya bagi dekat awak. Saya mula cintakan awak"

"Since when?"

"Saya tak tahu. Ianya datang secara tiba²"

Sora terdiam. Apa yang patut dia lakukan sekarang ini. Namjoon sedang menanti dirinya. Jungkook pula? Lelaki itu sedang meluahkan perasaannya sekarang ini.

"Ada sesiapa tahu tentang hal ni?"

Jungkook menggeleng tanda tidak.

"Wae? Awak takut ke?"

Sora berdecit.

"Untuk apa juga aku takut?"

"Jadi, awak terima cinta saya? Awak nak jadi yeoja chingu saya?"

Sora terlopong sekejap. Ha sudah! Ini yang dia lemah ni.

"Errr, susah aku nak jawab soalan kau ni. Susah aku nak percayakan kau"

Riak wajah Jungkook berubah apabila Sora berkata seperti itu.

"Kenapa?"

Adegan ketika Jungkook memalukannya di tepi kolam ikan di sekolah lama bermain di fikiran. Waktu itu Jungkook mempermainkan dirinya dengan meluahkan perasaannya tetapi itu semua hanya dusta belaka.

Dia juga berasa bodoh kerana mempercayai semua kata² Jungkook ketika itu yang ingin berubah. Sora merengus perlahan.

"Macam mana aku nak percaya dengan apa yang kau katakan? Dulu kau pernah mempermainkan aku. Kononnya kau suka aku, kau nak berubah. Tapi akhirnya? Sampai sekarang aku ingat peristiwa tu"

Tersentap Jungkook jadinya apabila Sora seolah olah sedang menyindirnya. Bukannya niat Sora nak menyindir tapi hatinya menjadi sakit apabila teringat akan hal itu.

Jungkook meraih tangan kanan Sora lalu digenggam lembut. Sora memandang wajah Jungkook lalu mata mereka saling bertatapan.

"Saya minta maaf. Saya tahu itu salah saya. Saya bodoh waktu itu. Tapi, percayalah kali ni saya betul² serius. Saya cintakan awak. Saya tahu sebelum ni saya agak jahat. Saya cederakan awak tambah² lagi sewaktu awak hari terakhir di sekolah tu. Pasti sakit kan apa yang saya dah lakukan? Mianhae"

Bergenang air mata Sora. Entah kenapa dia rasa Jungkook seakan akan ikhlas dengan kata²nya.

"Saya maksudkan dengan apa yang saya katakan tadi. Maafkan saya?"

[C] CHANGED [JJK]Where stories live. Discover now