Part 35

292 33 24
                                    


"Arghhh"

Bergema kelas 5A1 dengan jeritan Sora. Bekas pensel yang dipegangnya dibaling ke atas lantai. Terlompat lompat Sora ketika itu. Jisoo yang terkejut dengan jeritan sepupunya menegur Sora.

"Kau kenapa?"

"Ada lipas!!!"

"Arghhh!!! Mana lipas? Mana²?!"

Kini satu kelas itu bising dengan jeritan para pelajar perempuan apabila mendengar Sora menyebut nama haiwan yang amat menggelikan telinga para pelajar perempuan. Semua pakat terlompat lompat kerana takut lipas naik ke kaki mereka.

Tiba² Jennie ternampak lipas itu menghampiri kakinya. Terus dia melompat ke atas kerusinya.

"Arghh!! Tolong wey! Buang la haiwan ni! Aku geli! Aku geli!!" jerit Jennie sambil menunjuk ke arah lipas yang berada di atas lantai.

Jisoo turut melompat ke atas kerusi memandangkan dia duduk di sebelah Jennie. Riuh satu kelas tu dengan jeritan para pelajar perempuan yang geli akan haiwan yang bernama lipas.

"Guys², dah relax. Aku dah buang"

Kata Minggyu yang sedang berdiri di hadapan kelas. Dia sendiri yang membuang lipas itu ketika kelas 5A1 seolah olah sedang berada di medan perang. Pelajar perempuan mula senyap lalu duduk di tempat duduk mereka.

"Betul ni kau dah buang?" soal Jennie. Minggyu mengangguk tanda ya. Jennie dan Jisoo turun dari kerusi mereka.

"Haish! Dari mana lipas tu datang?!" marah Jisoo. Sora menggeleng tanda tidak tahu.

"Molla, aku buka je pensel case, tengok² ada lipas dalam tu. Itu yang aku menjerit tu"

"Tapi macam mana dia boleh berada dalam pensel case kau?"

Sekali lagi Sora menggeleng. Dia, Jisoo dan Jennie mengutip pen² yang berada di atas lantai.

"Aku rasa mesti ada orang nak kenakan kau" ujar Jisoo yang tiba² mengesyaki sesuatu. Sora mengerutkan dahinya.

"Nugu?"

Jisoo memandang ke arah Bts yang duduk di belakang kelas. Mereka kelihatan begitu santai sahaja. Masing² sedang membuat kerja mereka tanpa mengambil kira suasana dalam kelas itu.

SKIP

Pada waktu rehat Sora, Blackpink dan Ikon rehat bersama. Hanya Donghyuk yang tiada di situ. Ini kali pertama mereka rehat bersama sejak kejadian di kolam renang beberapa hari lepas. Mereka berkumpul di tempat yang selalu mereka lepak.

Sedang mereka berbual tiba² Bobby memanggil nama Sora.

"Err Sora"

"Eo wae?" soal Sora sambil pandang ke arah Bobby.

"Aku nak tanya. Tapi jangan marah tau. Kau dan Donghyuk macam mana? Maksud aku, kenapa kau minta putus dengan Donghyuk"

Sora tersenyum sinis. Dia sudah agak soalan ini pasti akan ditanya oleh Ikon.

"Donghyuk tak cerita dekat korang apa²?" soal Sora. Ikon hanya menggelengkan kepala. Sora merengus kasar.

"Well, I'm pretty sure that you guys quite close with Jung Ara right?"

"Err, sebenarnya tak lah berapa rapat sangat. Kalau Donghyuk ya la" kata Yunhyeong. Sora meng owh kan sahaja.

"Aku putus dengan dia sebab perempuan tu la"

"Macam korang cakapkan, Donghyuk rapat kan dengan perempuan tu? Diaorang ada affair secara senyap² di belakang Sora selama ni. Dari awal perempuan tu pindah ke sini lagi aku dah rasa sesuatu" kata Jisoo pula.

[C] CHANGED [JJK]Where stories live. Discover now