Part 23

306 30 5
                                    


"Shhh, jangan la bising. Kang nanti ada orang dengar pula" kata Namjoon sambil tersenyum sinis.

V dan Jimin berdiri seiring dengan yang lain sebaik sahaja mereka berdua selesai mengikat tangan Sora.

"Korang nak apa dari aku sebenarnya ha?!" sekali lagi Sora bertanya.

"Aku nak tanya sikit. Kau ke yang buat jari Jungkook sampai jadi warna biru?" soal Namjoon.

Sora berdecit.

"Asal kau tanya aku? Tanyalah dekat tuan punya badan sendiri"

"Kau fikir Jungkook nak beritahu ke hah?!" tengking Jhope.

"Tak, sekarang ni korang dah tanya belum Jungkook sebab apa jari dia jadi macam tu?"

Sengaja Sora tidak ingin berterus terang dengan mereka. Dia ingin lihat apa yang mereka akan buat terhadapnya. Lagipun dia boleh gunakan Jennie untuk tendang Bts keluar dari sekolah itu. Tapi buat masa sekarang dia tidak akan berbuat begitu. Dia ingin membalas semua perbuatan Bts.

"Kitaorang dah tanya! Dia cakap frame gambar terkena pada jari dia" kata Jin.

"Tapi kitaorang tak percaya!" sampuk V.

"Then? Dah dia sendiri cakap macam tu, itu maknanya aku tak ada kena mengena dalam hal ni!" bidas Sora sambil membela dirinya.

Suga berdiri di hadapan Sora. Rahang Sora dicengkam. Sora cuba melepaskan cengkaman Suga itu namun tidak berjaya.

"Woi perempuan! Apa yang susah sangat kau nak mengaku ha?!" marah Suga sambil menguatkan lagi cengkamannya. Akibat tidak tahan sakit, Sora terus menyepak bahagian sensitif milik lelaki itu membuatkan lelaki itu terkebelakang sambil memegang bahagian sentisitifnya. Mukanya berkerut kerut menahan sakit. Mereka yang lain tercengang. Sora tersenyum sinis.

"Kurang ajar!" pipi Sora terus menjadi tempat tangan Suga tampar membuatkan muka Sora terteleng ke tepi. Mata Sora tajam menikam anak mata milik Suga.

"Nampaknya kau tak nak mengaku" kata Namjoon. Lelaki itu pergi mengambil satu guni bersaiz sederhana yang terletak di tepi. Semua mata memandang ke arah lelaki itu. Setelah guni itu berada di tangannya dia menghampiri Sora yang duduk di atas kerusi.

"Ada apa dalam tu Namjoon?" soal Jin. Dalam fikiran Sora dia merasakan ahli Bts yang turut tidak tahu apa isi kandungan yang terdapat dalam guni itu. Namjoon memberi senyuman sinis kepada Jin lalu dia memandang Sora.

Tali yang diikat pada guni itu dirungkai lalu Namjoon menyeluk tangannya ke dalam guni itu. Jantung Sora berdegup laju ketika itu. Semua mata memandang ke arah Namjoon. Sebaik sahaja Namjoon keluarkan tangannya dari guni itu mata Sora terus membulat. Namjoon tersenyum sinis.

"Namjoon! Kau nak buat apa dengan ular tu?!"

Ya, kini di tangan Namjoon terdapat seekor ular sawa sepanjang 50cm. Saiz ular itu sederhana. Sora menjadi takut. Dia amat takut dan geli dengan haiwan bernama ular.

"Kau rasa aku nak buat apa?" soal Namjoon sambil mendekatkan ular itu ke muka Sora.

"Arghhh!! Tolong!!"

Di padang

"Mana lagi tujuh orang? Dah 10 minit kita tunggu di sini!" soal cikgu Kim yang mengajar pendidikan jasmani.

"Er, saem. Kan kitaorang dah cakap yang Sora pergi ke tandas" jawab Jisoo mewakili Sora.

"Lama betul kawan kamu pergi tandas"

Jisoo dan Jennie hanya mengangkat bahu.

"Jeon Jungkook!" kini nama Jungkook diseru oleh cikgu Kim.

[C] CHANGED [JJK]Where stories live. Discover now