Part 5

336 41 5
                                    

"Kawan kamu tak apa², tapi siapa yang buat dia jadi begitu?" soal doktor yang bernama Minhyun itu.

"Saya tak tahu, masa saya nak balik tadi saya nampak dia dah pengsan dalam kelas" jawab orang itu.

"Saya nasihatkan supaya dia tak banyak bergerak. Sebab perut dia akan berasa sakit jika dia banyak bergerak. Nanti kalau dia dah sedar dia boleh keluar dari sini" ujar doktor itu.

"Nae kamsahamnida" ucap orang itu lalu menundukkan badannya.

Kemudian dia pandang ke arah Sora yang sedang baring di atas katil. Melihat jari Sora bergerak membuatkan dia menghampiri gadis itu.

Sora pov

Bau ubat ubatan yang menerpa ke deria pernafasan aku membuatkan aku perlahan lahan membuka mata. Aku pelik, aku berada di mana sekarang ni? Mata aku tertancap kepada seorang gadis yang sedang berdiri di sisi katil sambil pandang ke arah aku.

Wajahnya seperti aku pernah nampak. Tapi di mana? Owh, dia pernah menegur aku ketika aku dibuli oleh Bts tempoh hari di sekolah.

"Saya ada di mana?" soal aku. Gadis itu senyum.

"Awak ada di hospital. Saya yang bawa ke sini. Btw saya Ahn Hee Jung" gadis itu perkenalkan dirinya.

"Saya---"

"Kim Sora. Saya tahu nama awak" sampuk Hee Jung dengan senyuman di bibirnya. Aku tersenyum kekok.

"Kenapa Bts pukul awak tadi?" soal Hee Jung membuatkan aku terkejut.

"Saya nampak Bts keluar dari kelas dengan tergesa gesa sebelum saya masuk ke dalam kelas awak" sambungnya lagi.

"Tak apa, hal biasa la. Diaorang kan memang suka buli saya" jawab aku.

"Tapi kali ini diaorang bukan buli biasa². Awak dah cedera. Saya rasa lebih baik awak beritahu cikgu disiplin tentang perkara ni" kata Hee Jung lagi.

Aku menggeleng. Lagipun untuk apa kalau aku beritahu cikgu? Borang pindah sekolah pun aku dah ambil. Rasanya esok aku akan suruh omma dan appa hantar surat tu ke sekolah.

"Bila saya boleh keluar?" soal aku.

"Doktor cakap sebaik sahaja awak sedar, awak boleh keluar. Awak nak balik sekarang ke?"

Aku mengangguk tanda setuju. Hee Jung tolong hantarkan aku balik ke rumah. Sakit perut aku bila aku berjalan. Terasa senak. Sampai sahaja rumah aku terus masuk rumah. Makan malam pun aku tak turun, aku suruh omma hantarkan ke bilik.

Knock knock

"Masuk" ujar aku dengan perlahan.

Muncul omma di pintu bilik. Omma masuk ke dalam bilik aku dengan sedulang makanan di tangan. Omma letakkan dulang tu di atas meja sebelah katil.

"Sayang okay?" tanya omma. Aku hanya mengangguk sambil senyum.

"Betul ke ni? Kenapa dari tadi kamu tak turun pun? Makan malam pun nak omma hantarkan ke bilik"

Aku senyum. Gembira aku kerana omma ambil berat tentang aku. Sayang omma!

"Omma, tunggu sekejap" pinta aku lalu perlahan lahan berjalan ke beg sekolah aku lalu aku ambil borang pindah sekolah yang aku dah isi.

"Tolong hantarkan borang ni ke sekolah Sora esok, please"

Berkerut dahi omma bila baca isi kandungan dalam borang tu.

"Cuba beritahu omma kenapa kamu betul² nak pindah sekolah. Mesti ada sesuatu yang berlaku di sekolah kan? Kamu ada musuh ke di sekolah?" soal omma.

Aku menggeleng laju.

"Please omma. Sora tak minta banyak. Ini je. Eung?" aku pegang tangan omma.

"Beritahu omma apa alasan kamu dulu"

Haih omma ni. Paksa² pula. Tiba² mata aku tertancap pada botol ubat yang berada di atas meja.

"Please omma kalau tak---"

Omma mengerutkan dahinya menunggu aku meneruskan kata².

"Sora tak akan makan tu" kata aku sambil tunjuk ke arah botol ubat tadi.

Reaksi wajah omma aku berubah.

"Okay², esok omma hantarkan. Tapi tolong jangan skip ubat tu nae? Omma tak nak kamu sakit" rayu omma.

Hehe, mian omma. Terpaksa ugut. Nak tahu tu ubat apa? Part yang akannnnn datang nanti aku beritahu okay? Hakhak.

"Gomawo omma, sayang omma" ucap aku sambil peluk omma.

SKIP

"Ingat Sora, selama kamu tinggal di sini jangan susahkan uncle dan aunty ara?" soal appa aku ketika mereka ingin pulang.

And yes, sekarang aku berada di Seoul. Aku akan tinggal dengan sepupu aku Jisoo dan bersekolah di sini. And Jisoo memang excited bila aku nak tinggal sekali dengan dia.

"Lagi satu, jaga kesihatan. Jangan sampai sakit nae?" pesan omma pula.

"Nae omma, appa. Sora tahu" balas aku lalu peluk parents aku.

Sedih je reaksi wajah mereka. Ye la, pertama kali berjauhan dengan aku. It's okay, semua ini memerlukan masa.

"Okay Sora. Esok aku akan kenalkan kau dengan geng aku. Aduh, excited gila aku weyh" ujar Jisoo dengan gembira sebaik sahaja kami masuk ke dalam bilik.

"Hehe, thanks wey. Aku pun tak sabar nak bersekolah di sekolah baru" balas aku.

"Dah sekarang meh aku tolong kau kemaskan barang. Lepas tu kita rehat. Esok sekolah yeah!"

Aku menggelengkan kepala melihat perangai sepupu aku yang seorang ni. Haih, layankan je la si Jisoo ni.

TBC

[C] CHANGED [JJK]Where stories live. Discover now