Part 30

288 29 1
                                    


Minggu peperiksaan telah berlalu. Hari ini omma dan appa Sora datang melawatnya di Seoul. Mereka baru sahaja balik dari London dua hari yang lalu. Mereka bertiga keluar berjalan jalan di sekitar Seoul. Jisoo tidak turut serta kerana ingin memberi ruang kepada mereka sekeluarga untuk bersama.

"Omma, appa. Sora nak ke tandas kejap" pinta Sora ketika mereka sedang nikmati makan tengah hari di sebuah restoran Itali yang terdapat di pusat membeli belah yang mereka kunjungi. Omma dan appa mengangguk tanda okay.

Apabila Sora menjauhi meja yang diduduk oleh mereka tadi, dia menghampiri seorang pekerja restoran itu. Sebenarnya dia ada rancangan. Hari ini merupakan anniversary omma dan appanya yang ke 20. Sora meminta pekerja itu membeli sebuah kek yang terdapat di kedai Secret Recipe yang terdapat di mall itu. Kad kreditnya turut diberikan kepada pekerja itu.

"Awak sampai sahaja di sini, terus nyalakan lilin. Lepas tu datang ke arah meja saya dan parents saya okay?"

Pekerja itu mengangguk tanda okay. Dia terus keluar dari restoran itu. Sora pula kembali ke meja mereka tadi. Mereka berborak borak seperti biasa. Tidak sampai 10 minit, Sora lihat pekerja tadi sudah muncul di situ. Sora memberi isyarat kepada pekerja itu agar proceed ke plan yang seterusnya. Tidak lama kemudian, pekerja itu datang ke meja mereka dengan sebiji kek yang dinyalakan lilin. Kek itu diletakkan di atas meja. Omma dan appa Sora terkejut apabila membaca tulisan di atas kek itu.

"Suprise! Happy anniversary omma, appa!" ucap Sora dengan ceria.

Puan Kim dan tuan Kim saling berpandangan. Senyuman terukir di bibir mereka. Mereka terharu.

"Omo, Sora ingat anniversary omma dan appa?" soal puan Kim. Sora tersenyum.

"Mestilah Sora ingat. Hehe, tiuplah lilin tu. Nanti cair pula kek ni"

Omma dan appa Sora meniup lilin itu bersama sama. Mereka saling berbalas senyuman.

"Gomawo sayang" ucap puan dan tuan Kim serentak lalu mereka mencium pipi anak gadis mereka yang seorang itu. Sora gembira. Inilah saat yang dia suka. Bersama dengan keluarga. Tambahan lagi sekarang ini dia tidak tinggal bersama omma dan appanya.

"Happy anniversary sayang" ucap tuan Kim.

"Happy anniversary too yeobo" ucap puan Kim. Kek di hadapan mereka dipotong oleh Sora lalu dia menyuap kedua dua orang tuanya.

Pada masa yang Bts juga turut berada di pusat membeli belah itu. Mata Jimin yang sedang melilau sekeliling mall itu tiba² terlihat Sora dan parents dia.

"Sora kan tu?" kata Jimin sambil menunjuk ke arah restoran yang Sora berada. Mereka yang lagi berenam melihat ke arah Jimin tunjukkan. Dapat mereka lihat omma dan appa Sora sedang mencium pipi gadis itu. Perasaan cemburu hadir dalam diri mereka.

"Best kan kalau dapat spend time dengan parents?" ujar V dengan nada sayu.

Ya, sebenarnya punca sebenar mereka menjadi pembuli ialah kerana mereka kurang kasih sayang ibu bapa. Disebabkan itu mereka memberontak. Ibu bapa masing² sibuk dengan kerja hinggakan mereka terasa seperti diabaikan.

"Untung Sora, even parents dia orang berkerjaya, terkenal. Tapi diaorang masih ada masa bersama dengan anak diaorang" kata Jhope pula.

"Jom la pergi tempat lain. Di sini tak ada apa yang menarik pun" ajak Suga kerana dia sendiri tidak mahu menahan rasa sedih yang bertandang di hati.

SKIP

"Sora, aku nak tanya sikit boleh tak?" tanya Jisoo ketika mereka berdua sedang menonton televisyen.

"Eo, tanya je la"

"Kau dan Donghyuk ada masalah ke?"

Sora pandang wajah sepupunya itu lalu mengangkat sebelah keningnya kerana dia tidak faham dengan soalan sepupunya itu.

[C] CHANGED [JJK]Where stories live. Discover now