Part 2

373 40 4
                                    


Sora pov

"Yah perempuan! Sini kau!"

Again, aku belum lagi masuk ke dalam kelas dah kena panggil dengan Bts. Apa yang diaorang tak puas hati dengan aku sebenarnya?

"Bak sini beg kau" Namjoon meminta sambil menyuakan tangannya.

"Kau nak buat apa?" tanya aku. Jangan cakap dia nak bakar buku sudah. Minggu depan dah la ada ujian. Aku nak jawab apa kalau buku aku tiada?

"Banyak cakaplah kau ni!" Jin terus mengambil beg yang digalas di belakang badan aku.

Ramai pelajar menyaksikan kejadian itu. Tidak ada siapa pun berani tolong aku termasuk pengawas sendiri. Sebab apa? Semuanya takut dengan Bts!

Mata aku membulat apabila Jin mengambil purse aku yang berwarna hitam.

"Purse aku! Yah, bagi balik!"

Aku cuba mengambil purse yang berada di tangan Jin namun V halang pergerakan aku dengan menolak aku ke dinding lalu dikunci dengan lengannya yang berada di leher aku.

Aku dapat lihat diaorang ambil duit yang berada dalam purse aku. Duit sebanyak 20000 won itu diambil oleh Jin lalu purse aku yang ada baki sebanyak 10000 won itu dilemparkan di atas lantai.

"Banyak jugak eh duit kau. Btw thanks"

V melepaskan leher aku lalu mengikut langkah kawan²nya lain.

Aku mengambil purse aku yang berada di atas lantai. Satu keluhan dilepaskan. Duit 20000 won yang diambil tadi sebenarnya aku nak guna untuk beli buku rujukan masa balik sekolah. Nampaknya aku perlu menggunakan duit dalam bank.

Tak mungkin aku nak minta pada appa lagi. Mesti dia syak sesuatu. Aku berdiri setelah menyimpan purse dalam beg sekolah aku.

"Awak tak apa²?" tiba² seorang pelajar perempuan menegur aku. Aku pandang ke arahnya.

"Mianhae sebab saya tak tolong awak tadi. Saya tak berani. Btw, apa kata awak laporkan kepada cikgu tentang perbuatan diaorang tadi? Saya rasa banyak duit awak yang diaorang ambik tadi" cadang perempuan itu.

"Tak apa, mungkin ianya akan keruhkan lagi keadaan. Saya masih ada duit di tangan" balas aku dengan baik.

"Kalau macam tu saya masuk kelas dulu ya. Anyeong" pinta pelajar perempuan itu lalu pergi dari situ.

SKIP

Sedang Mrs Han mengajar di hadapan tiba² ada seorang pelajar mengetuk pintu kelas.

"Nae, ada apa?" tanya Mrs Han.

"Cikgu Park nak jumpa Kim Sora dan semua ahli Bts di bilik dia sekarang" jawab pelajar itu.

Semua mata memandang ke arah aku dan Bts.

"Okay, terima kasih. Kim Sora, Bts. Cepat pergi jumpa cikgu Park"

Aku berdiri lalu menundukkan sedikit badan aku kepada Mrs Han sebelum meninggalkan kelas diikuti dengan Bts.

Dalam bilik cikgu Park aka cikgu disiplin hanya bunyi alat penghawa dingin kedengaran.

"Kamu tahu apa kesalahan kamu semua?" tanya cikgu Park setelah lama mendiamkan diri.

Aku hanya menundukkan wajah kerana tidak tahu apa kesalahan yang telah aku buat. Manakala Bts berbual sesama mereka dengan nada yang perlahan. Dapat aku dengar mereka mengutuk cikgu Park sekarang ini.

Prakkk!!

Kedengaran bunyi rotan dilibaskan di atas meja hingga membuatkan aku mengangkat wajah memandang wajah cikgu Park yang sememangnya garang itu. Bts pula terkejut hingga mereka berdiri secara tegak.

"Kim Sora, kamu tahu apa kesalahan kamu?"

Ha sudah. Diseru pulak nama aku.

"Mianhae saem. Saya tak tahu" jawab aku secara jujur.

"Kesalahan kamu ialah kerana kamu telah ponteng kelas dua hari lepas tanpa alasan yang kukuh"

Dapat aku dengar Bts sedang berbisik sesama mereka. Pasti sedang mengutuk aku!

"Diam! Bts, kamu pulak? Tahu apa kesalahan yang korang telah buat?"

"Kitaorang pun tak tahu apa kesalahan kitaorang cikgu. Nak kata ponteng, kitaorang bukan macam orang tu"

Sindir aku? Heh, suka hati kaulah anak Juon eh silap. Anak Jeon.

"Kesalahan kamu semua adalah kamu semua telah mengambil harta benda orang lain tanpa kebenaran mereka. Korang semua dah ambil duit Sora secara paksa kan?"

Jawapan cikgu Park tu membuatkan semua orang termasuk aku terkejut. Macam mana cikgu Park boleh tahu?

"Eh, mana ada kitaorang ambil duit orang. Ingat kitaorang ni miskin sangat ke?" nafi Taehyung.

"Betul tu. Siapa yang buat cerita ni?" sampuk Jhope pula.

Cikgu Park menggerakkan tetikusnya lalu skrin komputer itu dipusingkan ke arah kami semua. Sebuah video bermain di skrin komputer tersebut.

Situasi di mana Bts sedang mengambil duit aku pagi tadi.

"So, apa lagi yang kamu semua nak nafikan?" tanya cikgu Park sebaik sahaja video itu berhenti.

Bts pandang mereka sesama sendiri. Aku nampak mereka pandang ke arah aku seolah olah tidak berpuas hati.

"Sora, kamu boleh balik ke kelas"

"Eh, dia tak kena denda ke cikgu?" kedengaran seperti Jin tidak berpuas hati dengan aku.

"Disebabkan kesalahan yang dilakukannya adalah kali pertama, saya beri peluang kepada Sora. Sora, kamu boleh keluar"

Arah cikgu Park. Aku menundukkan sedikit badan aku kepada cikgu Park sebelum meninggalkan bilik itu. Dalam hati aku terasa sedikit lega kerana tidak dikenakan sebarang hukuman.

Dan aku rasa Bts dikenakan hukuman rotan  kerana aku dengar bunyi libasan rotan. Tapi siapa yang buat laporan tentang ni?

TBC

[C] CHANGED [JJK]Where stories live. Discover now