Part 51

328 24 5
                                    


"Eo, samchon" tegur Suga. Doktor Min senyum kepada anak buahnya apabila terlihat Suga di situ.

"Owh, kamu datang melawat Sora rupanya. Sora, macam mana hari ini? Ada rasa apa² yang tak kena ke?"

"Hari ni saya okay je doktor. Cuma, itulah. Kalau bergerak banyak sangat, ada la terasa sakit"

Doktor Min mengangguk tanda faham.

"Itu perkara biasa. Lagi satu, jangan lupa. Jangan terlalu berfikir, takut kalau kamu tertekan, nanti boleh terbuka pula jahitan tu"

"Nae, araso"

"Kalau macam tu saya minta diri dulu ya. Kamu semua teruskan berbual"

Mereka menunduk hormat kepada doktor itu lalu doktor Min keluar dari situ. Sora kembali memandang ke arah Namjoon.

"Owh ya, kau nak cakap apa tadi Namjoon?"

"Erkk.. Urmm.. Sebenarnya kitaorang nak minta maaf"

Sora pelik kenapa Namjoon tiba² minta maaf darinya. Rasanya diaorang tak ada pula bergaduh selama ni.

"Untuk?"

"Dulu kitaorang buli kau dengan teruk sekali masa kita masih di Daegu. Sedangkan waktu tu kau---"

"Benda tu dah lama berlaku kan? Lagipun kita kan dah kawan? Korang pun dah minta maaf dekat aku kan? Chill la. Aku dah lupa semua tu"

Tersentap Jhope, Jimin dan V dibuatnya. Yang lain pula ada juga rasa bersalah dalam diri mereka.

SKIP

Sedar tak sedar sudah hampir dua jam mereka berbual. Ada juga cikgu² dan classmate yang lain datang melawat Sora.

"Waktu melawat nak habis dah ni. Kitaorang balik dulu nae?" pinta Jungkook apabila terlihat jam sudah menunjukkan hampir pukul 7 petang.

"Nae, gomawo sebab datang lawat aku"

"Nae, kau pun. Jangan lupa makan ubat, biar cepat sembuh. So nanti dapat datang ke sekolah semula"

"Araso"

Mereka mula meninggalkan wad itu kecuali Jhope, Jimin dan V. Sora pelik kenapa mereka bertiga masih berada di situ.

"Err, guys. Ada apa² ke sampai korang still ada di sini?"

"Kau halau kitaorang ke?"

Sora menggeleng bagi menjawab soalan Jhope itu. Mereka bertiga mengeluh perlahan.

"Sebenarnya kitaorang nak minta maaf" ucap Jimin.

"Berapa banyak korang nak minta maaf ni? Tadi kan dah minta maaf"

"Ani, ini sebab lain"

Tiba² Sora teringat perbualan di kafe tempoh hari dan segala perkara yang disabotaj oleh mereka bertiga.

"Sebab korang dah sabotaj aku dengan Blackpink kebelakangan ni ke?"

Riak wajah mereka bertiga bertukar terkejut apabila Sora berkata seperti itu. Sora dah tahu?!

"Macam mana---"

"Sudahlah. Lupakan ja la apa yang dah berlaku. Lagipun salah aku juga sebab cederakan Jungkook dulu. Aku maafkan korang"

Jhope, Jimin dan V saling berpandangan. Kemudian mereka memandang ke arah Sora pula. Dapat mereka lihat Sora tersenyum waktu itu.

"Tapi, lepas aku dan Jhope kurung kau di tandas hari tu pun kau still maafkan kitaorang?"

"Ish korang ni tak percaya ke yang aku dah maafkan korang?"

Serentak mereka bertiga menggeleng kepala dengan laju. Baru sahaja Sora ingin menepuk dahinya, segera dia teringat yang kepalanya sekarang ini sedang sakit. Dia membatalkan niat itu.

[C] CHANGED [JJK]Where stories live. Discover now