Part 41

296 29 4
                                    


"Jantung kamu berada dalam keadaan baik. Tekanan darah kamu pun stabil"

Ucap doktor Min setelah selesai menulis sesuatu di atas kad laporan kesihatan milik Sora.

Sora tersenyum.

"Tolong sentiasa berada dalam keadaan seperti ini. Jangan sesekali biar tekanan kuasai diri kamu. Kamu sendiri tahu kan apa yang akan terjadi bila kamu tertekan?"

"Nae, saya tahu"

Doktor Min menganggukkan kepalanya.

"Macam biasa, kamu boleh ambil ubat di kaunter ubat. Khaja"

Sora sedikit pelik apabila doktor itu ingin pergi sekali dengannya. Barang di atas mejanya dikemaskan sedikit.

"Doktor tak ada pesakit dah ke lepas ni?"

Doktor Min menggariskan senyuman di bibir. Telefonnya diambil lalu dimasukkan ke dalam poket kot doktornya.

"Saya nak jumpa seseorang di lobi. Alang² tu saya boleh temankan kamu sekali"

Sora mengangguk tanda okay. Sambil berjalan mereka berbual mengenai kesihatan Sora sekarang ini hinggalah ke kaunter ubat.

Setelah Sora membayar harga ubat itu dia mendekati lelaki yang berusia lewat 40 an itu.

"Kamsahamnida uisa" ucap Sora sambil menundukkan sedikit tubuhnya.

"Samchon Min!"

Tiba² ada seorang lelaki mendekati mereka. Sora mengalihkan wajahnya untuk melihat siapa gerangan orang itu. Suga?! Mereka berdua saling berpandangan untuk seketika. Sora terkelu.

"Eo, kau buat apa di sini?" soal Suga.

"Eh, kamu berdua saling kenal ke?" celah doktor Min. Sora pandang ke arah doktor itu untuk seketika.

"Kitaorang satu sekolah dan kelas"

Tiba² mata Suga tertancap pada plastik ubat yang dipegang oleh Sora.

"Ubat apa tu?"

Sora menyimpan plastik yang mengandungi ubat itu ke dalam begnya. Riak wajahnya cuba dikekalkan tenang.

"Owh, ubat demam je. Jisoo demam. Okay lah, aku minta diri dulu. Doktor, kamsahamnida"

Sora menundukkan badannya sedikit lalu segera pergi dari situ. Dia tak ingin ditanya lebih lanjut oleh Suga. Suga pelik dengan tingkah laku Sora.

"Samchon, betul ke dia beli ubat demam? Tapi macam mana dia boleh berbual dengan samchon?"

Doktor Min tersenyum nipis. Dia yakin pasti Suga tidak tahu mengenai keadaan Sora.

"Dah jom ke kafe. Kita berbual di sana. Dah lama tak jumpa dengan kamu"

Doktor Min melangkah ke arah kafe hospital. Suga termangu. Kenapa samchonnya seolah olah ingin mengelak daripada menjawab soalannya tadi? Dan tak mungkin Sora boleh berbual macam itu sahaja dengan samchonnya. Samchonnya itu seorang pakar jantung. Apa kena mengena seorang pakar jantung dan sakit demam biasa?

SKIP

Hari ini selepas waktu rehat, sekali lagi semua guru bermesyuarat hingga tamat persekolahan. Blackpink mengajak Sora untuk mencari mangsa buli, namun ditolak oleh gadis itu. Lagipun Ikon pun turut ingin buat perkara yang sama.

Dia memberi alasan yang dia ingin berjalan jalan di sekitar kawasan sekolah. Bts pula dari waktu rehat lagi mereka tidak masuk ke kelas. Sambil berjalan, Sora terfikir tentang orang yang selalu menghantar sticky note kepadanya.

[C] CHANGED [JJK]Where stories live. Discover now