Part 38

281 25 9
                                    


"Eo, Jungkook. Kau buat apa di kelas sorang² ni?" soal Sora kerana waktu itu sepatutnya semua pelajar 5A1 berada di makmal sains.

Kebetulan waktu itu dia kembali ke kelas kerana tertinggal bekas pensel, sewaktu dia ingin masuk, tubuh Jungkook muncul di pintu kelas.

Jungkook terkejut apabila melihat Sora di hadapannya. Mana tidaknya, lagipun dia baru sahaja meletakkan sticky notenya untuk hari ini di bawah meja gadis itu. Dia berharap sangat perbuatannya itu tidak terbongkar.

"Err, saya tertinggal buku tulis. Itu yang saya ada di sini. Awak pula buat apa?"

Sora memandang kedua dua belah tangan Jungkook. Kosong. Tiada buku pun.

"Tapi tak ada pun buku di tangan kau"

"Nae?"

Jungkook memandang ke arah tangannya. Terasa agak bodoh ketika itu. Mana ada buku di tangannya ketika ini! Aduh!

"Ha, saya lupa. Buku tu ada dekat Jimin. Dia pinjam semalam. Mesti dia dah bawa ke makmal sekali"

Jungkook tersengih hingga menampakkan gigi bunnynya. Sora mengangkat bahu.

"Owh, aku tertinggal bekas pensel aku" jawab Sora lalu melangkah ke tempat duduknya.

Tangannya teraba raba di dalam laci meja kerana bekas penselnya berada di situ. Mata Jungkook membulat. Sekiranya Sora dapat sticky note yang terdapat di situ pasti dirinya akan disyaki oleh Sora.

Mana tidaknya, tadi mana ada sticky note tu. Bukannya dia tidak tahu. Pagi tadi dia melihat tingkah laku Sora yang seolah olah sedang mencari sticky note di dalam laci meja. Jika dia menemui sticky note itu, ha sudah!

Jungkook berura ura mahu keluar dari kelas. Namun baru sahaja dia tiba di pintu kelas...

"Jeon Jungkook, chakkaman"

Panggilan Sora itu cukup untuk membuatkan jantung Jungkook berdegup kencang. Ya, perasaan takut menerpa dirinya. Adakah identitinya telah diketahui?

Melihat Jungkook berdiri tegak tanpa bergerak membuatkan Sora pelik dengan lelaki itu. Bahu lelaki itu ditepuk perlahan membuatkan Jungkook terkejut.

"Hey, kenapa ni? Relax la. Aku bukannya hantu. Aku panggil kau sebab nak ajak pergi ke makmal bersama aku"

Jungkook mengelipkan matanya berkali. Entah kenapa perbuatan itu terasa comel bagi Sora.

"Khaja" ajak Sora secara meleret lalu menarik tangan Jungkook keluar dari kelas.
SKIP

"Jisoo, aku nak ke hospital kejap. Ada hal kecemasan" pinta Sora secara terburu buru sebaik sahaja dia menerima satu mesej sebentar tadi. Dia pergi ke biliknya untuk mengambil beg duit dan sling begnya.

"Ha? Hal kecemasan apa wey? Siapa sakit?" soal Jisoo yang mengekori Sora dari belakang.

"Err, someone. Aku pergi dulu okay? Apa² aku telefon kau nanti. Bye" Sora terus keluar dari rumah itu lalu mendapatkan teksi.

Di Hospital Seoul

"Tumpang tanya, pesakit yang bernama Kim Namjoon ada di katil berapa?"

"Owh, dia ada di katil nombor lima. Di hujung sekali"

Jawab nurse perempuan itu sambil menunjuk ke suatu arah. Setelah mengucapkan terima kasih, Sora berlari anak untuk mencari katil itu.

Apabila dia terlihat susuk tubuh Namjoon di atas katil, terus dia mendekati lelaki itu. Dapat dia lihat pergelangan tangan kanan lelaki itu dibalut hingga ke jari. Sora mengambil tempat di atas kerusi.

[C] CHANGED [JJK]Onde as histórias ganham vida. Descobre agora