Part 13

322 33 4
                                    


"Kim Sora, stop!" jerit orang itu dan serentak dengan itu tangan Sora ditarik secara kasar hingga gadis itu berdiri.

Pelajar yang menyaksikan adegan itu terkejut apabila melihat Jungkook menghentikan tindakan Sora. Sora merentap tangannya secara kasar. Jungkook melutut di sebelah Min Soo.

"Awak tak apa²?" soal Jungkook sambil memeriksa keadaan Min Soo.

"S-sakit"

Dapat Jungkook lihat ada segaris darah terbentuk di bahagian pipi gadis itu. Mungkin akibat balingan telur tadi? Jungkook terus berdiri menghadap Sora.

"Apa yang awak dah buat?!"

Sora menjongketkan sebelah keningnya apabila mendengar soalan Jungkook yang terasa bodoh baginya.

"Mwo? Kau tak nampak yang aku sedang ajar bitch ni?!" marah Sora sambil memandang tajam ke arah Min Soo.

Panggg

Semua pelajar terkejut dengan tindakan Jungkook yang menampar wajah Sora. Begitu juga dengan Blackpink dan Ikon. Sora terlopong. Tangannya memegang pipi yang menjadi mangsa tamparan Jungkook sebentar tadi. Terasa sedikit pedih! Mata Sora tajam memandang Jungkook. Jungkook juga tidak percaya dengan apa yang dia dah buat.

"Yah, kau kenapa tampar Sora?" Donghyuk yang tiba² muncul di situ terus menumbuk wajah Jungkook hingga membuatkan lelaki itu terduduk di atas tanah.

Donghyuk memusingkan tubuhnya ke arah Sora. Tangan Sora yang masih memegang pipinya ditampar oleh Jungkook.

"Neo gwenchana?" soal Donghyuk dengan prihatin.

Apabila Sora tersedar semua itu berpunca daripada Donghyuk terus dia menepis tangan Donghyuk.

"Tak payah risaukan tentang saya. Tu, awak pergi tanya perempuan tu dia okay atau tidak!" Sora terus pergi dari situ diikuti dengan Blackpink.

"Sora! Sora!" jeritan Donghyuk dihiraukan oleh Sora. Hatinya berasa sangat sakit ketika ini. Sudahlah dia masih berasa bengang dengan Min Soo, sekarang dia sudah dimalukan oleh Jungkook di hadapan pelajar yang lain!

"Wey, apa yang terjadi sebenarnya ni?" soal Bobby kepada Hanbin.

Hanbin hanya mengangkat bahunya.

"Op-oppa" Min Soo cuba memegang tangan Donghyuk namun sempat ditepis oleh lelaki itu.

"Kau nak apa ha?! Hey, sudah la. Kita dah memang tak ada apa kan? Get your life bitch!" tengking Donghyuk lalu pergi dari situ.

SKIP

"Sora, tolong tenangkan diri kau" pujuk Jisoo apabila melihat sepupunya sedang melepaskan amarah dengan menumbuk dinding rooftop.

"Arghhh!!! Aku benci kau Jeon Jungkook!" jerit Sora.

"Sabar Sora. Nanti kita akan balas perbuatan dia yang dah malukan kau tadi" pujuk Lisa pula.

"Ji-jisoo" panggil Sora sambil memegang dadanya. Jisoo yang nampak Sora mula nak terjatuh terus berlari ke arah sepupunya lalu memapah gadis itu. Sebelah tangannya memegang bahu Sora sebelah lagi memegang tangan Sora.

"Yah, tengok. Kan sakit kau dah datang balik" marah Jisoo.

"Sakit? Sora sakit apa?" soal Jennie.

"Ubat kau bawa tak?" soalan Jennie tadi diabaikan oleh Jisoo. Sora hanya menggeleng bermaksud dia tidak membawa ubatnya ke sekolah hari ini. Apabila terasa tangannya digenggam kuat oleh Sora terus Jisoo bertambah panik.

"Okay², kita balik rumah. Kejap aku telefon ajushi Lee" Jisoo terus mendail nombor pemandunya untuk datang menjemput mereka di sekolah. Setelah habis membuat panggilan Jisoo bersuara.

"Guys, tolong ambilkan beg aku dan Sora di kelas. Aku kena hantar Sora balik"

"Owh okay². Aku dengan Rose akan ambil beg korang berdua. Biar Jennie tolong kau papah Sora hingga ke bawah" pelawa Lisa lalu dia dan Rose terus ke kelas 5A1. Sora dipapah hingga ke tingkat bawah oleh Jisoo dan Jennie. Mujur ajushi Lee sampai tepat pada masanya. Sora dan Jisoo terus pulang ke rumah.

Tanpa mereka perasan, Jungkook ternampak Sora dipapah oleh Jisoo dan Jennie. Wajahnya Sora kelihatan sedikit pucat ketika itu. Perasaan bersalah mula menerpa dirinya.

"Ini dah kali kedua Sora sakit macam tu. Dia sebenarnya sakit apa?" soal Rose sebaik sahaja kereta yang dinaiki oleh Sora dan Jisoo mula meninggalkan kawasan sekolah.

"Aku tak rasa kali ni sebab gastrik" ujar Lisa.

"Tak apa, nanti kita pergi lawat Sora lepas balik sekolah okay?" cadang Jennie lalu disetujui oleh Lisa dan Rose. Ketika mereka bertiga ingin pulang ke kelas tiba² mereka bertembung dengan Jungkook.

"Sora pergi mana? Kenapa dia keluar dari sekolah?" soal Jungkook.

"Eo, wae? Kau nak malukan dia lagi ke?" balas Rose.

"Aku tanya baik² kan?" kata Jungkook.

"Huh, orang macam kau tak payah cakap dengan baik². Dah la, semak la tengok muka kau" ujar Rose lalu melanggar bahu Jungkook dan pergi dari situ diikuti dengan yang lain.

Tamat sahaja waktu sekolah ahli Blackpink dan Ikon datang melawat Sora di rumah Jisoo. Bunyi loceng rumah membuatkan Jisoo berlari turun anak tangga hingga ke depan pintu rumah. Senyuman mula terukir apabila melihat kawan²nya sudah sampai.

Remote yang disangkut di bekas kunci ditekan lalu pintu pagar rumah itu terbuka. Kemudian mereka yang berada di luar rumah menapak masuk ke perkarangan rumah Jisoo. Jisoo menjemput mereka semua duduk di ruang tamu.

"Sora mana?" soal Jennie.

"Dengar kata tadi korang dua balik awal sebab Sora sakit. Dia sakit apa?" soal Yunhyeong. Jisoo mengigit bawah bibirnya perlahan. Dia sudah berjanji dengan Sora agar tidak menceritakan kepada sesiapa tentang sakit yang dihadapi oleh sepupunya itu.

"Urm Sora ada di atas. Sedang tidur, lagipun tadi dia baru lepas makan ubat. Owh sebenarnya Sora dia tak boleh stress dan berada dalam keadaan marah. Kalau tak, mula la sakit datang serang dia" jelas Jisoo yang sebenarnya lebih kepada bohong. Mereka yang lain mengangguk tanda faham.

"Aku nak tengok dia boleh?" soal Donghyuk.

"Sorry la Donghyuk. Aku bukan tak nak bagi, cuma aku takut kalau nanti tiba² Sora sedar dan kau orang first yang dia nampak tiba² dia marah² pula. Lagipun aku nak emosi Sora betul² stabil. Kau pun tahu kan Sora serang Min Soo sebab apa?"

"Ye aku tahu. Tapi boleh la Jisoo. Aku janji, kalau aku nampak tanda² Sora nak sedar aku terus keluar dari bilik dia nae?" pinta Donghyuk.

Jisoo mengeluh.

"Ye la, pergi la. Bilik dia ada nama dia di pintu"

Donghyuk terus bergerak ke arah tangga lalu naik ke tingkat dua. Masuk sahaja ke dalam bilik Sora, perlahan lahan dia melabuhkan punggungnya di sisi katil yang dibaring oleh gadis itu. Tangannya mencapai tangan Sora yang berada di sisi tubuh gadis itu.

"Sora, mianhae. Saya tak sangka sebab saya, awak boleh sakit seperti ini. Cepat sembuh nae? Jangan asyik marah je, saya tak nak tengok awak sakit. Saranghae Kim Sora" ucap Donghyuk dengan perlahan.

TBC

[C] CHANGED [JJK]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz