Part 37

301 28 4
                                    


-Good morning :) saya harap coklat yang saya bagi semalam, awak dah makan lah ya. Btw, ada sesuatu di bawah meja awak. Go and check it.

Sora tersenyum apabila membaca sticky note yang terlekat di hadapan pintu lokernya. Dia terus mencabut sticky note itu lalu berlari anak ke kelas. Sampai sahaja di kelas dia terus melihat ke laci mejanya. Ada sandwich dan susu pisang. Sticky note yang diletak pada botol susu pisang itu diambil lalu dibaca.

-Untuk sarapan pagi awak. Jangan risau, cuma roti, tuna, salad, tomato dan mayonis. Hope you like it. Anak Mr J :')

'Anak Mr J pulak dah. Macam² betul la dia ni' getus hati Sora. Memandangkan waktu pembelajaran akan mula 15 minit lagi, Sora mengambil keputusan untuk makan sandwich tu walaupun dia telah bersarapan di rumah tadi.

Pada waktu rehat, seperti biasa Sora dan Blackpink akan duduk di tempat mereka. Mengejutkan mereka ialah, apabila mereka sampai di situ, di atas meja terdapat lima bekas makanan. Mereka menjadi terpinga pinga.

"Korang ada order makanan awal² ke?" soal Lisa.

Mereka saling berpandangan lalu menggelengkan kepala tanda tidak. Tiba² Jisoo ternampak satu kertas yang diselitkan di bawah bekas makanan itu. Dia mengambil kertas itu.

-For our precious queenka. Hope you guys like it

"Wow, sejak bila kita ada 'peminat'?" soal Rose kerana dia juga membaca kertas yang dipegang oleh Jisoo.

"Hey budak. Masa kau datang sini ada nampak tak siapa yang letak makanan ni di sini?" soal Jennie kepada pelajar perempuan yang duduk di tepi meja mereka.

Terkejut pelajar itu apabila Jennie tegur dia. Ye la, mana taknya. Takut nanti tiba² Jennie and the geng nak buli dia ke apa ke.

"A-ani. Masa saya datang sini, makanan tu memang ada a-atas meja"

"Hmm, agak misteri. Jomlah makan. Lagipun bukan selalu kan kita dapat makanan daripada peminat rahsia kita"

Kelima lima mereka duduk di tempat masing².

"Okay, jom tengok apa yang diaorang bagi"

Sebaik sahaja penutup bekas makanan itu dibuka...

"Arghhhh!!!"

Kelima lima mereka menjerit lalu bangun dari tempat duduk mereka. Mereka menjauhi meja itu. Semua mata yang memandang ke arah mereka.

"Yah! Siapa punya kerja ni?!" marah Sora sambil memandang ke arah bekas makanan di atas meja itu.

Mana tidaknya, dalam bekas itu kesemuanya ada kimbap segi tiga yang dihiasi cacing dan ulat hidup. Ikon yang kebetulan baru tiba di kantin itu terkejut kerana tiba² sahaja Sora dan Blackpink menjerit. Mereka mendekati gadis² itu.

"Wey, asal korang menjerit ni?" soal Junhoe kepada mereka.

"Cuba korang tengok tu" kata Jisoo sambil menjuihkan mulutnya ke arah bekas makanan tadi. Ikon mendekati meja itu namun apabila mereka melihat isi dalam bekas makanan itu, masing² terkejut.

"Siapa yang bagi benda tu?" soal Yunhyeong pula.

"Tak tahu, masa kitaorang sampai sini, benda tu dah ada atas meja tu. Students yang lain pun tak tahu siapa yang bagi" jawab Jennie.

"Jomlah makan dekat tempat kitaorang. Bekas makanan tu biar cleaner yang buang nanti" pelawa Hanbin.

"Urm, aku tak rasa aku boleh makan sekarang ni. Tekak aku tiba² rasa mual" ujar Sora apabila teringat akan ulat dan cacing² yang ada dalam bekas makanan tadi.

[C] CHANGED [JJK]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora