Part 50

327 26 5
                                    


Sehari selepas pembedahan, barulah doktor membenarkan sesiapa untuk melawat Sora. Tubuh Sora dapat menerima jantung baru itu. Mengikut pemerhatian doktor hari ini mungkin Sora akan sedarkan dirinya.

Sekarang, tuan dan puan Kim berada dalam wad Sora. Puan Kim memegang tangan anaknya.

"Sora, cepatlah sedar. Omma rindu nak dengar suara kamu"

Dahi anaknya dicium lama. Apabila dia terasa pergerakan di tangannya, puan Kim memandang wajah anaknya. Dapat dia lihat bebola mata anaknya sedang bergerak.

"Yeobo, anak kita!"

Butang kecemasan dihujung kepala katil ditekan. Tidak sampai dua minit, seorang doktor dan dua orang jururawat masuk ke dalam wad itu. Pada waktu itu, Sora telah pun mencelikkan matanya.

Tuan dan puan Kim memberi ruang kepada doktor untuk memeriksa keadaan anak mereka. Lampu suluh kecil yang berada dalam poket kot doktor itu diambil lalu disuluh ke kedua dua bebola mata Sora.

Selepas seminit dua, doktor itu memandang kearah parents Sora. Satu senyuman terukir di bibirnya.

"Syukur, Sora sudah sedar sepenuhnya. Sekiranya keadaan dia semakin membaik, dia akan dipindahkan ke wad biasa pada lusa"

"Jinjja? Kamsahamnida uisa" ucap tuan Kim sambil menundukkan sedikit tubuhnya. Topeng pernafasan yang dipakai oleh Sora ditanggalkan oleh jururawat itu. Mereka berdua mendekati Sora.

"O-omma" panggil Sora dengan nada yang lemah setelah jururawat itu pergi meninggalkan mereka.

"Nae sayang? Kamu nak minum ke?"

Sora mengangguk tanda ya. Sememangnya dia terasa dahaga sekarang ini. Tekaknya terasa kering sekali. Puan Kim menuang air ke dalam gelas yang sudah disediakan atas almari sebelah katil Sora. Tuan Kim menyokong tubuh Sora dari belakang untuk memudahkan anaknya minum.

"Apa yang dah jadi sebenarnya omma? Kenapa Sora ada di sini?"

Kepala Sora terasa sedikit pusing ketika itu. Rasa seperti kepalanya berbalut dengan agak tebal. Apabila dia menyentuh kepalanya, dia terasa kain bandage meliliti kepalanya.

Ketika dia mengangkat tangannya, dadanya terasa sedikit sakit. Apabila dia menyentuh bahagian itu, dia terasa seperti ada bekas jahitan.

"Kamu kemalangan empat hari lepas. Doktor terpaksa bedah kamu kerana ada darah beku di kepala kamu. Sehari lepas tu, kamu jalani pembedahan sekali lagi. Jantung kamu mula menjadi sangat lemah dan semalam kamu dapat jantung baru. Kamu hampir saja nak tinggalkan omma dan appa untuk selamanya"

Sora terkejut apabila ommanya berkata seperti itu. Dia menjalani dua pembedahan besar dalam masa yang singkat? Wow! Tapi yang paling menggembirakan dia, sekarang dia sudah ada jantung baru?!

"Jantung baru? Maksud omma, sekarang ni Sora guna jantung yang baru ke?"

Omma Sora mengangguk tanda ya. Mengalir air mata Sora ketika itu. Tidak menyangka bahawa dia diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan ini.

"Siapa yang derma jantung ni omma? Boleh Sora jumpa dengan keluarga dia?"

"Jangan risau. Keluarga si penderma memang akan jumpa kamu bila kamu dah sedar. Nanti omma telefon dia okay?"

Sora mengangguk tanda okay.

SKIP

Dua hari kemudian, Sora dipindahkan ke wad biasa. Ikon dan Blackpink datang melawatnya.

"Sora!!!" jerit mereka bersepuluh sebaik sahaja masuk ke dalam wad Sora. Jisoo mengderpkan mukanya. Jennie, Rose dan Lisa memeluk Sora secara berkumpulan.

[C] CHANGED [JJK]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt