Part 7

348 41 9
                                    


Sora pov

Kini sudah hampir seminggu aku bersekolah di sini. Dan sekarang aku dah tahu kenapa masa hari pertama aku di sini ramai yang takut dengan Blackpink.

Rupanya diaorang queenka di sekolah ni. Kingka sekolah ni pula Blackpink tak nak beritahu dekat aku. Katanya belum tiba masanya lagi.

Kalau dah dinamakan queenka aktiviti membuli tu menjadi perkara biasa. Pada mulanya aku memang kesian dengan mangsa buli di sini sebab ia membuatkan aku teringat kenangan pahit semasa di sekolah lama.

Setiap kali Blackpink membuli, aku hanya perhati. Tak ada niat nak membantu mangsa buli atau join sekaki dengan Blackpink. Dan lagi satu, lagipun sekolah milik keluarga Jennie. So tak hairanlah kalau diaorang boleh jadi queenka di sini.

"Woi!" marah Lisa apabila seorang pelajar lelaki tertumpahkan air di baju aku. Semua pandang ke arah kami.

Sekarang kitaorang ada di kantin. Waktu rehat. Aku hanya tersenyum nipis. Aku tahu Lisa mula nak membuli.

"Mi-mianhae. Saya tak sengaja" ucap pelajar lelaki itu.

"Kau ingat dengan minta maaf boleh hilang kotoran di baju kawan aku ha?" soal Lisa sambil mencengkam kolar baju pelajar lelaki tu.

Aku menggeleng kepala aku perlahan.

"Lisa" panggil aku. Lisa dan pelajar tu tengok aku.

"Biarkan je. Sekarang makan. Simpan tenaga tu" kata aku sambil tersenyum sinis kepada pelajar lelaki tu.

Lisa melepaskan kolar baju pelajar tu dengan kasar lalu menghalau pelajar tu. Kemudian dia duduk di kerusinya semula.

"Kau ni Sora, baik betullah. Aku baru nak balas perbuatan dia" adu Lisa.

"It's okay. Tak teruk mana. Baju ni boleh basuh" jawab aku dengan tenang. Lisa memuncungkan mulutnya.

"Petang ni jom tengok wayang nak? Aku belanja" ajak aku seraya memujuk Lisa.

Aku tahu dia merajuk tu. Dengar je aku nak belanja terus tersenyum Lisa.

"Nak!!!" sahut Blackpink lalu kami semua ketawa.

SKIP

Masuk saja ke dalam kelas entah jadi bising semacam. Dapat aku dengar seperti 'diaorang dah balik', 'habislah kita semua'. Aku tak faham. Siapa yang dah balik?

"Wey Jisoo. Siapa yang diaorang cakap tu?" soal aku pada Jisoo.

Jisoo dan Jennie saling berpandangan. Kemudian aku dapat lihat senyuman terukir di bibir mereka.

"Khaja, kita jumpa diaorang" ajak Jennie lalu Jisoo menarik tangan aku keluar dari kelas.

Aku hanya ekori ke mana Jisoo dan Jennie bawa aku. Akhirnya kami tiba di gelanggang bola keranjang. Dapat aku lihat sekumpulan lelaki sedang mengelilingi dua orang pelajar lelaki.

"Wow, cepat korang sampai" tegur Rose yang baru tiba dengan Lisa.

"Well, rindu kot dekat kawan kita tu" balas Jennie dengan senyuman sinis.

Pada waktu itu juga aku lihat sekumpulan lelaki tadi menumbuk perut dua orang pelajar yang dikepung mereka.

"Guys, baru masuk sekolah dah mula balik ke perangai lama?" kata Jisoo dengan suara sedikit kuat.

Aku rasa Jisoo tujukan kata² tu dekat kumpulan tu? Dan serentak dengan itu juga mereka memandang ke arah kami.

Satu persatu wajah mereka aku pandang. My first impression, handsome! Eh², gatal pulak kau ni Sora. Dua orang pelajar lelaki tadi dilepaskan oleh mereka lalu mereka berjalan ke arah kami.

Blackpink bersalaman dengan mereka dengan gaya hip hop. Okay~ sekarang siapa sebenarnya diaorang bertujuh ni? Dan sekarang mata mereka bertujuh sedang pandang aku.

"Siapa duh awek cantik ni?" bisik salah seorang daripada mereka ke Rose.

Jisoo berjalan mendekati aku. Bahu aku dipeluk olehnya.

"Perkenalkan, Kim Sora. Sepupu aku. Baru pindah ke sini minggu lepas" kata Jisoo.

Mereka menganggukkan kepala. Aku pula pandang Jisoo maksud siapa-diaorang-ni?

"Diaorang ni la kingka sekolah ni. Nama kumpulan diaorang Ikon" kata Jisoo lagi.

"Hello girl. My name is Kim Jiwon but call me Bobby. Ini Kim Hanbin panggil je B.I or Hanbin pun boleh. Ini Kim Jinhwan. Ini Koo Junhoe. Kim Donghyuk. Song Yunhyeong dan Jung Chanwoo" ucap seorang lelaki yang agak sepet matanya sambil memperkenalkan ahli yang lain.

Fuhhh, ramainya. Ambil masa jugak ni nak ingat nama diaorang.

"Kim Sora imnida" ucap aku ringkas lalu menghadiahkan senyuman kepada mereka.

"Tak sangka pula kau ada sepupu cantik macam ni" kata lelaki yang bernama Donghyuk sambil menapak ke arah aku.

Dia menolak tangan Jisoo yang berada di bahu aku lalu dia meletakkan tangannya di situ. Eh², suka hati kau je.

"He's starting again" kata Lisa sambil memutarkan bola matanya.

"Owh ya Sora. Kau jangan termakan dengan kata² Donghyuk ni nanti pula ya. He is a cheesy person" pesan lelaki rasanya namanya Jinhwan? Orangnya pun bertubuh genit je.

"Ish korang ni. Saja kan!" marah Donghyuk disambut oleh tawaan yang lain.

"Jom Sora. Ikut saya"

Aku pandang pelik ke arah Donghyuk. Dia nak ajak aku pergi mana? Lagipun waktu rehat nak tamat.

"Pergi mana?"

"Pergi ke hati awak. Achia chia chia"

Plepuk!

"Dah basi la bodoh pickupline tu!" marah Hanbin sebaik sahaja dia menepuk belakang kepala Donghyuk. Donghyuk merengus kasar.

"Suka hati aku la! Kau tu jeles sebab tak dapat buat pickupline dengan orang perempuan" sindir Donghyuk lalu tarik aku pergi dari situ.

Okay, Donghyuk memang cheesy. Baru kenal dah mula buat pickupline.

TBC

[C] CHANGED [JJK]Where stories live. Discover now