Part 27

297 29 6
                                    


"Ehem!"

Deheman seseorang menyedarkan Sora dan Namjoon yang saling bereye contact. Apabila mereka lihat Donghyuk dan Jungkook berada di situ dengan pasangan mereka, Namjoon terus menolak tubuh Sora ke tepi.

"Sakitlah pabo!" marah Sora.

"Dah la berat macam anak gajah! Sesuka hati kau je tindih aku!"

"Er, korang berdua okay tak? Macam mana boleh jatuh tadi?" soal Jungkook. Sora dan Namjoon bangun dari baringan mereka.

"Kawan kau yang tak guna ni la pergi goyangkan kerusi tu! Nasib tak patah tulang badan aku!"

"Awak tak apa² kan?" soal Donghyuk pula. Sebenarnya dia sakit hati melihat keadaan Sora dan Namjoon tadi.

"Humm, saya okay" jawab Sora acuh tidak acuh lalu mereka berdua bangun dari duduk.

Donghyuk dan Jungkook pergi dari situ dengan pasangan mereka.

"Kau ni memang sengaja kan?! Nasib baik sebelah kaki aku kena ikat, kalau tak, dah lama dia melayang ke tempat berharga kau tu tau!" marah Sora lagi. Namjoon hanya diam. Sebenarnya dia masih fikirkan hal tadi. Matanya tidak lepas memandang wajah Sora. Sora yang perasan asyik memandang wajahnya terus menolak dahi lelaki itu.

"Yah!" marah Namjoon.

"Kau termenung apa?! Cepatlah! Kita kena pergi ke garisan penamat. Lagipun kita dah dapat barang terakhir!" arah Sora lalu mereka berdua keluar dari situ.

SKIP

"Boleh kita cakap sekejap?" pinta Donghyuk sebaik sahaja Sora selesai mengemas khemahnya. Sekarang mereka semua sedang berkemas untuk pulang. Semalam dia cuba untuk berbual dengan Sora, tetapi Sora mengelak.

"Nak apa?" soal Sora dengan dingin.

"Saya nak minta maaf. Saya tak sengaja buat awak cemburu. Saya dan Minju tak ada apa². Kitaorang cuma kawan je"

"Awak fikir saya nak percaya? Mana tahu kalau perangai lama awak dah kembali?" sindir Sora. Donghyuk meraih tangan gadis itu.

"Hey, saya dah janji kan dengan awak yang saya nak berubah? Apa hubungan kita selama dua bulan ni tak cukup nak buktikan yang saya dah berubah ke?"

Sora hanya mencebik.

"Awak nak saya buat apa untuk buktikan yang sebenarnya saya tak ada apa² dengan Minju tu? Awak nak saya menjerit di sini ke? Okay, boleh"

Baru sahaja Donghyuk ingin membuka mulutnya untuk menjerit, Sora sudah menutup mulut lelaki itu dengan tangannya.

"Okay², saya maafkan awak"

Donghyuk melepaskan tangan Sora yang menutup mulutnya. Satu senyuman dihadiahkan kepada gadis itu.

"Ha, kan bagus kalau dari awal² lagi awak maafkan saya. Sepanjang malam saya asyik fikir macam mana nak pujuk awak tahu tak?"

Sora memutarkan bola matanya.

"Sekali lagi saya nampak awak bermesraan dengan mana² perempuan, saya takkan maafkan awak. Araso?"

"Nae, araso"

Bts pov

"Dah berbaik dua orang tu" kata Jin kerana dari tadi mereka melihat Donghyuk yang sedang memujuk Sora.

"Alarh, relax la. Kita belum sampai di rancangan kemuncak lagi, betul tak Namjoon?" soal Jhope.

Namjoon yang sedang termenung itu tidak dengar apa yang dibualkan oleh kawan²nya. Mana taknya, dia sedang teringat peristiwa permainan berpasangan semalam! Jimin menyiku perlahan lengan V sambil menjuihkan mulutnya ke arah Namjoon. V hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

[C] CHANGED [JJK]Where stories live. Discover now