Part 48

333 24 3
                                    


Tangisan Jisoo kedengaran di ruangan menunggu. Ahli Blackpink yang lain tak putus² cuba menenangkan Jisoo. Mereka sedang menunggu kehadiran omma dan appa Jisoo di hospital untuk menandatangani persetujuan pembedahan ke atas Sora.

Omma dan appa Jisoo akan mewakili parents Sora, memandangkan mereka akan mengambil masa yang agak lama untuk datang dari Daegu.

Sora terpaksa menjalani pembedahan kerana terdapat darah beku di kepalanya. Setelah hampir 20 minit menunggu, akhirnya kedua dua ibu bapa Jisoo muncul. Jisoo terus memeluk ommanya.

"Apa yang dah jadi dekat Sora, Jisoo? Macam mana dia boleh kemalangan?" soal omma Jisoo.

"Jisoo minta maaf omma. Ini semua salah Jisoo. Cuba kalau Jisoo jaga Sora elok² tadi, pasti semua ini takkan terjadi. Hiks"

"Jangan salahkan diri kamu sayang. Ini semua takdir" pujuk appa Jisoo pula. Kemudian seorang jururawat menghampiri mereka semua.

"Maaf, tuan dan puan ni penjaga Sora ke?"

"Nae"

"Kalau macam tu, sila ikut saya. Tuan dan puan perlu tandatangan supaya pembedahan dapat dilakukan dengan segera"

Omma dan appa Jisoo mengangguk tanda okay. Mereka berdua mengikut langkah jururawat itu.

Sudah hampir tiga jam pembedahan itu dijalankan. Omma dan appa Sora juga baru sahaja tiba. Lagipun mereka menaiki kapal terbang dari Daegu. Pintu dewan bedah itu dibuka lalu muncul seorang doktor lelaki dengan berpakaian serba hijau di tubuhnya.

Omma Sora menghampiri doktor itu.

"Macam mana doktor? Pembedahan berjalan dengan lancar kan? Anak kami tak apa² kan?"

"Pembedahan berjalan dengan lancar. Darah beku dapat dibuang dari kepala anak tuan dan puan. Cuma sekarang ini, pesakit berada dalam keadaan koma"

Hampir terjelopok omma Sora dibuatnya namun sempat dihalang oleh omma Jisoo yang berdiri di belakangnya.

"Pesakit akan ditempatkan di ICU untuk pemantauan rapi oleh doktor dan jururawat di sini" sambung doktor itu lagi.

"Boleh kami melawat Sora lepas tu doktor?"

Riak wajah doktor itu bertukar suram. Seolah olah rasa bersalah untuk menjawab.

"Maafkan saya. Buat masa sekarang tiada siapa yang boleh lawat dia. Anda semua hanya boleh lihat dia dari jauh. Btw, boleh saya bercakap secara privasi dengan ibu bapa pesakit?"

Omma dan appa Sora berpandangan untuk seketika. Mereka mula berasa susah hati.

SKIP

"Sora macam mana Jisoo? Kenapa kau tak beritahu dari semalam lagi tentang Sora?"

Terjah Chanwoo sebaik sahaja dia, Jinhwan, Junhoe dan Donghyuk tiba di bahagian ICU. Ikon baru tahu tentang Sora malam semalam, itu pun kerana Lisa yang beritahu. Lagipun semalam, semua pulang dari hospital pada sebelah malam kerana ingin mengetahui perkembangan Sora.

"Ish korang ni. Jisoo sedang susah hati tu, janganlah tanya macam tu dekat dia" marah Lisa.

"Kenapa lambat sangat korang beritahu tentang Sora? Terkejut aku baca chat kau di group semalam" ujar Junhoe.

"Kitaorang masing² buntu. Itu pun aku yang suruh Lisa beritahu korang" balas Jennie pula. Mereka berempat menganggukkan kepala.

"Btw, mana lagi tiga orang?" sambung Jennie lagi.

"Otw. Sampai sekarang kita tak boleh lawat Sora lagi ke?" soal Donghyuk.

"Nae. Kalau nak tengok Sora, kita boleh tengok dari kaca lut sinar tu je" jawab Jisoo sambil menunjuk ke arah tingkap kaca itu.

[C] CHANGED [JJK]Where stories live. Discover now