Part 21

363 29 3
                                    


Sepanjang malam Jisoo menemani Sora di hospital. Dia tidur di atas sofa memandangkan Sora ditempatkan di wad vip. Well, orang kaya. Hubungan mereka berdua masih lagi dingin. Jisoo sendiri sudah buntu nak guna cara apa untuk pujuk sepupunya itu.

"Keadaan awak semakin baik. Rasanya tengah hari ni awak dah boleh pulang ke rumah" ujar doktor Min sebaik sahaja selesai memeriksa keadaan Sora.

"Jinjja uisa? Sepupu saya dah boleh balik?" tanya Jisoo dengan teruja. Siapa yang tak suka kalau sepupu kesayangan sudah boleh discharge.

"Nae, saya akan sediakan satu surat mc. Jadi esok awak tak perlu ke sekolah ya Sora" jawab doktor Min.

"Tak perlulah surat mc tu doktor. Rasanya esok saya akan ke sekolah seperti biasa" kata Sora.

"Gwenchana. Saya tetap akan buat surat tu. In case kalau tiba² awak tak sihat, awak boleh guna surat tu kalau tak simpan buat kenangan je okay?"

Sora hanya senyum. Doktor Min meminta diri untuk keluar dari situ.

"Okay Sora, sekejap lagi aku akan call ajushi Lee untuk hantar baju kita berdua. Then kita boleh bersiap untuk balik" ujar Jisoo dengan gembira. Sora menggulingkan bola matanya membuatkan riak wajah Jisoo menjadi muram.

"Kau masih marahkan aku ke?"

"Kau rasa?"

"Sora, kau tahu kan yang kau satu²nya sepupu yang aku ada. Dari kecil kita membesar bersama. Kita dah macam adik beradik. Aku sayang sangat dekat kau Sora. Aku takut kalau terjadi sesuatu dekat kau. Aku takut kalau aku kehilangan satu²nya sepupu yang aku ada. Atau kau nak pindah ke Daegu semula macam aunty suruh semalam? Kau nak tinggalkan aku?"

Kata² Jisoo itu membuatkan Sora terdiam. Air mata Jisoo bergenang. Ya, semalam ommanya ingin supaya dia pindah ke Daegu semula kerana ingin menjaga Sora. Ommanya tak nak Sora sakit semula. Sudahlah sakit yang dihadapi oleh Sora itu boleh membawa maut!

Melihat air mata Jisoo bergenang membuatkan Sora tersentuh. Sebenarnya dalam kes ini, semuanya salah dirinya sendiri. Apa yang Jisoo lakukan adalah untuk kebaikan dirinya sendiri. Namun disebabkan ego, akhirnya dia sendiri yang terima padahnya. Sora meraih tangan Jisoo.

"Mianhae" ucap Sora membuatkan Jisoo memandangnya. Sora menghadiahkan senyuman kepada Jisoo sambil menyeka air mata Jisoo.

"Aku ego. Aku sepatutnya sedar sebenarnya kau lakukan semua tu untuk kebaikan aku sendiri. Mianhae eung. Aku taknak tinggalkan kau. Lagipun sejak aku pindah ke sini aku dapat ramai kawan baru dan kasih sayang yang kau beri seolah olah kita ni kembar. Aku sayangkan kau" ucap Sora.

Tubuh Sora dipeluk oleh Jisoo.

"Gomawo Sora" Sora membalas pelukan Jisoo.

SKIP

"Omo! Sora kau dah bersekolah semula? Macam mana dengan keadaan kau?" soal Lisa sebaik sahaja mereka terserempak di kawasan loker.

"Aku okay. Jangan risaulah" jawab Sora.

Tiba² ada satu suara menyampuk perbualan mereka.

"Dengar kata ada orang tu pengsan lepas lari masa hari sukan tadi"

"Lemah juga kau ya Sora. Ish³"

"Itu la, dengar lagi sampai kau kena tahan di hospital satu malam"

Sora sudah mula mengepalkan penumbuknya. Suara yang paling meluat untuk dia dengar. Siapa lagi kalau bukan ahli Bts?

"So, apa masalah korang? Dia dehidrasi waktu tu. Wajarlah semua tu berlaku" Jisoo membela sepupunya itu.

"Dehidrasi tapi rasa sakit di dada, huh?" sindir Namjoon. Sora mengetap bibir.

[C] CHANGED [JJK]Where stories live. Discover now