Part 34

304 34 7
                                    


Bts pov

"Aku tak sangka Sora berani buat macam tadi" ujar Jhope ketika mereka berenam sedang menonton tv. Jungkook tidak datang ke rumah mereka petang itu.

"Betul! Aku rasa kalau tak ada siapa yang leraikan tadi, pasti perempuan tu dah mati" sambung V pula.

"Tapi tadi dia minta putus dengan Donghyuk kan?" celah Jin membuatkan mereka semua memandangnya.

"Nampaknya rancangan Namjoon masa camping hari tu dah tercapai. Chukkae" ucap Suga apabila dia teringat rancangan Namjoon yang ingin musnahkan hubungan Sora dan namja chingunya. Namjoon yang mendengar namanya disebut, memandang ke arah Suga.

"Perkara tu dah lepas kot. Tak perlulah ungkit"

Suga hanya mengangkat bahunya.

'Kalau aku confess perasaan aku, agaknya Sora akan terima tak?' getus hati Namjoon.

SKIP

Di Han River

"Ada apa kau nak jumpa aku?" soal Sora sebaik sahaja dia berdiri di hadapan susuk tubuh seorang lelaki iaitu Jeon Jungkook.

Ya, Jungkook telah mengajak Sora berjumpa di Han River petang itu. Pada mulanya Sora malas tapi setelah dipujuk oleh Jungkook, dia terpaksa bersetuju. Jungkook menyuruh Sora duduk di sebelahnya. Sora hanya akur. Sebatang aiskrim cornetto disuakan kepada Sora membuatkan dia memandang Jungkook dengan tertanya tanya.

"Makanlah, sorry kalau awak tak makan aiskrim perisa vanilla"

"Gomawo" ucap Sora apabila aiskrim itu berada di tangannya. Kertas yang menutup aiskrim itu dikoyak lalu dia menjilat sedikit aiskrim itu.

"Mind to share something with me?"

Jungkook memecahkan suasana apabila kesunyian melanda diri mereka selama hampir lima minit.

"Share about what?" soal Sora sambil menjilat aiskrimnya.

"Urmm, tentang masalah awak ke atau sebab kenapa awak bertindak macam tadi di sekolah. Tapi, saya tak akan paksa awak. Sebenarnya tujuan saya ajak awak berjumpa petang ni sebab saya nak tenangkan awak, gembirakan awak"

Sora menghabiskan airkrimnya yang tinggal sedikit.

"Jom pergi ke tempat lain"

Di kediaman rumah Jisoo

"Donghyuk, kau baliklah. Sora tak ada"

Sudah penat Jisoo menghalau Donghyuk yang sudah hampir 10 minit berada di hadapan rumahnya. Lelaki itu dari tadi asyik berkeras ingin berjumpa dengan Sora.

"Aku dah cakap kan yang aku takkan balik selagi aku tak jumpa dengan Sora"

"Apa? Tak puas lagi kau dah sakitkan hati dia huh?"

"Cuba kau beritahu aku, apa yang aku dah buat dekat dia. Setahu aku, aku tak pernah sakitkan hati dia"

Jisoo ketawa mengejek apabila mendengar Donghyuk berkata seperti itu. Tangannya disilangkan.

"Ah jinjja? Then, macam mana dengan kejadian hari jumaat tadi waktu balik sekolah. Kau dan Ara sedang berciuman di belakang kelas 4B2?"

Berubah reaksi wajah Donghyuk ketika itu.

"Kau tahu siapa yang nampak kejadian tu? Sora. Dia sendiri yang nampak. Aku tak sangka yang kau masih tak berubah Donghyuk. Menyesal aku tak halang Sora dulu sewaktu kau mula bercinta dengan dia. Jadi aku nak beri amaran awal² dekat kau ya. Tolong jauhkan diri kau dari Sora, jaga kekasih gelap kau tu baik² kalau tak nak kejadian di sekolah tadi berulang lagi"

[C] CHANGED [JJK]Where stories live. Discover now