Part 22

323 29 4
                                    


"Baiklah semua, sebelum saya keluar saya nak beritahu sesuatu. Lagi dua minggu sekolah kita akan adakan perkhemahan di hutan. Hanya pelajar yang terpilih sahaja yang layak ikut serta. Senarai nama nanti saya akan minta ketua kelas lekat di papan kenyataan bilik ini. Nanti kamu semua boleh tengok sama ada kamu semua layak atau tidak okay?" ucap cikgu Jang sebaik sahaja loceng rehat berbunyi.

"Nae saem. Kamsahamnida" ucap pelajar dalam kelas itu lalu cikgu Jang keluar dari situ. Para pelajar mula keluar dari kelas.

"Jennie, kau bawa kan apa yang kita plan semalam?" soal Sora sebaik sahaja dalam kelas itu tinggal mereka bertiga.

Jennie membawa keluar sesuatu dari bawah mejanya.

"Jangan risau. Separuh ada di sini. Lagi separuh ada di dua ekor tenuk tu" kata Jennie sambil menepuk perlahan beg plastik berwarna hitam itu.

"Woi! Asal korang bertiga tak keluar lagi? Tahu tak masa itu emas?!"

Panjang umur. Baru sahaja Jennie menyebut tentang mereka, Lisa dan Rose muncul di hadapan pintu bilik darjah. Sora, Jisoo dan Jennie bangun dari duduk mereka.

"Kitaorang dah nak keluar la ni. Tak menyabar betul!" kata Jisoo.

"Well, memang tak sabar pun. Tak sabar nak tengok reaksi diaorang nanti macam mana" kata Rose dengan teruja.

SKIP

Sedang Bts berjalan untuk pulang ke kelas tiba² ada seorang pelajar perempuan terlanggar tubuh Namjoon membuatkan lelaki itu menengking pelajar itu. Mereka agak terkejut melihat siapa gerangan orang itu. Jisoo!

"Ops sorry" ucap Jisoo yang tidak ikhlas kedengaran.

"Kau ni memang sengaja nak naikkan darah aku kan!" tengking Namjoon.

"Aku dah minta maaf pun kan?!" balas Jisoo. Namjoon terus menyambar lengan Jisoo.

"Lepaslah!" jerit Jisoo namun Namjoon semakin menguatkan lagi cengkamannya di lengan Jisoo.

Jisoo bertindak menendang bahagian sensitif milik Namjoon lalu berlari dari situ. Namjoon terkebelakang sambil memegang tempat sensitifnya. Mukanya berkerut menahan sakit.

"Wey, kau okay tak?" soal Jin.

"Korang tunggu apa lagi?! Cepat kejar perempuan tu!" arah Namjoon lalu mereka mula mengejar Jisoo. Jungkook hanya berlari anak di belakang.

Jisoo berlari hingga ke kawasan loker. Namun sebaik sahaja dia sampai di situ dia berhenti daripada berlari lalu memusingkan tubuhnya ke belakang. Dan tak lama lepas tu muncul kelibat Bts di kawasan itu serentak dengan itu juga tanpa Bts sedar ada guli bertaburan di atas lantai. Disebabkan mereka tidak sempat memperlahankan langkah mereka jatuh tersembam ke atas lantai kerana terpijak guli² tersebut kecuali Jungkook yang tidak berlari dengan laju tadi.

Kemudian seolah olah musim salji, kini pakaian mereka dipenuhi dengan tepung pula.

"Opss, sorry. Tangan kitaorang licin sampai tertumpah tepung atas uniform sekolah korang" kata Sora sambil menunjukkan muka tidak bersalahnya.

Jungkook terkaku di tempatnya. Dalam sejarah buat pertama kalinya dia melihat kawan²nya diperlakukan seperti itu. Mereka yang masih meniarap di atas lantai perlahan lahan bangun lalu berdiri. Gelak tawa Sora dan Blackpink kedengaran.

"Omo, ada hantu tepung gomok la guys" sengaja Sora ingin memprovok mereka berenam.

Namjoon yang terasa bengang ingin mendekati Sora namun dihalang oleh Jennie.

"Aip, ingat. Jangan sampai aku buang korang bertujuh dari sekolah ni" ugut Jennie lalu Namjoon berhenti dari melangkah.

"Kali ni kau terlepas ya perempuan! Jom guys" kata Namjoon lalu pergi dari situ diikuti dengan yang lain termasuk Jungkook.

[C] CHANGED [JJK]Where stories live. Discover now