Part 10

486 37 2
                                    


Author pov

Kringgg

Kedengaran bunyi loceng rehat berbunyi. Cikgu Lee menamatkan sesi pembelajarannya lalu keluar dari kelas setelah mengucapkan terima kasih.

"Guys, korang pergi dulu eh. Aku nak ke toilet" kata Sora sebaik sahaja Jisoo dan Jennie bangun dari kerusi.

Jisoo dan Jennie mengangguk tanda okay lalu keluar dari kelas. Pelajar yang lain juga turut keluar dari kelas. Setelah kemas semua barang Sora berura ura ingin keluar dari kelas. Namun baru sahaja dia ingin keluar tiba² tangannya dia dipegang oleh seseorang. Sora pandang orang yang pegang tangannya itu. Jungkook! Sora terus merentap tangannya.

"Kau nak apa?!" soal Sora dengan kasar.

Jungkook sedikit tersentak.

"Er, Sora. Aku just nak ucap hai sebab tak sangka sekarang kita satu sekolah"

Sora tersenyum sinis.

"Sorry, aku kenal kau ke?"

Kata² Sora itu membuatkan mata Jungkook membulat. Sora ni dah hilang ingatan ke?

"Sora, kau tak kenal aku ke? Aku Jeon Jungkook. Kita dulu satu sekolah di Daegu National Highschool (author main tulis je). Awak tak ingat ke?"

Hati Sora menjadi sakit apabila mendengar nama sekolah itu. Ianya membuatkan gadis itu teringat akan keadaan dirinya yang sering menjadi mangsa buli di sekolah itu.

"Owh aku pernah bersekolah di situ ke sebelum ni? Tak ingat la pula. Urm btw aku dah lambat ni nak rehat. Btw, welcome to Seoul Private Highschool ya Jeon Jungkook"

Satu senyuman sinis dihadiahkan kepada lelaki itu sebelum Sora beredar dari kelas tu. Jungkook terkejut hingga tidak mampu berkata kata.

'Tapi dia memang Kim Sora kan?' getus hati Jungkook.

Sampai saja di kantin Sora terus duduk di atas kerusi.

"Kau nak makan apa Sora? Aku boleh tolong belikan" pelawa Jisoo sebaik sahaja Sora sampai di situ.

"Tak apa, aku akan suruh budak beli. Sekejap. Hey, kau. Sini!" sergah Sora apabila seorang pelajar lelaki melewati meja mereka duduk. Pelajar lelaki itu merupakan mangsa buli mereka. Dengan takut² pelajar itu mendekati meja mereka.

"Kau belikan aku roti vanilla dengan susu pisang. Palli!"

"Du-duit"

"Guna duit kau lah! Cepatlah kalau kau tak nak kena lagi teruk!"

Tanpa berkata apa² pelajar itu terus pergi buat apa yang disuruh. Melihat wajah Sora yang seolah olah sedang dilanda mood swing, Lisa terus menegur gadis itu.

"Sora, kau okay?"

"Wae, aku nampak macam tak okay ke?"

"Absolutely, yes"

Satu keluhan dilepaskan oleh Sora.

"Nothing. Just abaikan aku. Aku tak ada mood sekarang ni"

"Aku tengok sejak kau masuk ke kelas pagi tadi lagi kau dah senyap. Bila budak baru tu masuk muka kau terus dingin. Kau kenal ke dengan namja tu?" kini Jisoo pula bersuara.

Dengar saja Jisoo seolah olah menyebut tentang Jungkook terus membuatkan Sora jadi bengang.

"Jangan mention tentang namja tu. Aku tak suka"

Pada waktu itu juga pesanan Sora sampai. Terus Sora halau pelajar itu sebaik sahaja pelajar itu meletakkan makanannya di atas meja. Ahli Blackpink berpandangan sesama mereka. Masing² angkat bahu kerana tiada siapa tahu kenapa Sora boleh jadi begini hari ini.

SKIP

Pada waktu balik Sora dan ahli Blackpink pergi ke loker untuk menyimpan buku. Apabila mereka ingin meninggalkan kawasan loker tiba² ada seorang pelajar perempuan tidak sengaja tertumpahkan air di kasut Sora. Tambahan pula keadaan di loker tu terdapat ramai pelajar lalu dan perkara tolak menolak biasa berlaku.

Sora terlopong. Kasut tu, dia beli di Paris semasa dia pergi bercuti di sana tahun lepas! Dan sekarang kasut tu sudah kotor dengan tumpahan air berkarbonat perisa strawberi! Mata Sora tajam menikam melihat wajah orang yang telah mengotorkan kasutnya! Rambut pelajar itu terus ditarik oleh Sora.

"Yah, kau tahu tak kasut ni aku beli di mana ha?!" marah Sora.

Pelajar itu sudah mula menangis. Tangannya memegang tangan Sora supaya Sora melepaskan rambutnya.

"Ma-maaf. Saya tak sengaja tadi"

Pada waktu itu juga Jungkook lalu di kawasan itu. Dia pelik kenapa ada ramai orang berkumpul di situ. Jadi dia pun menghampiri tempat pelajar berkumpul tu. Terkejut jadinya apabila melihat Sora sedang memarahi seorang pelajar perempuan sambil menarik rambut pelajar itu.

"Aku beli kasut ni di Paris tau! Dan kau, kau dari golongan kelas ketiga kan? Pelajar miskin dan pasti kau dapat biasiswa kan?"

Ya, Seoul Private Highschool membahagikan pelajarnya kepada tiga golongan kelas. (sama seperti dalam cerita the heirs. Jeguk Highschool. Begitu jugaklah Seoul Private Highschool. Cuma sekolah ini kecil sedikit dari Jeguh Highschool).

Sora, Blackpink dan Ikon kesemua mereka berada di golongan kelas pertama. Tak ramai yang berada di golongan kelas tu. Ramai di golongan kelas kedua diikuti dengan golongan kelas ketiga.

"Ma-maaf, saya akan ganti balik kasut awak tu. To-tolong lepaskan rambut saya. Sa-sakit" rayu pelajar itu.

Sora hanya berdecit. Blackpink hanya memerhati. Kebetulan juga Ikon berada di situ.

"Kau fikir dengan duit biasiswa yang kau dapat tu, kau dapat ganti kasut ni? Hey, kasut ni limited edition! Dan ianya cuma berada di negara Eropah. Kau mampu ke hah?!"

Pelajar itu menggelengkan kepalanya. Sedar kemampuan dirinya. Lagipun dia dari golongan kelas ketiga. Hendak dibandingkan dengan Sora dan kawan²nya yang lain.

Tiba² dada Sora terasa sakit. Tangan kirinya terus memegang bahagian dadanya. Jisoo yang perasan perubahan sepupunya itu terus mendekati Sora.

"Yah, gwenchana?" soal Jisoo kerisauan.

"Sora, awak okay? Jom saya hantarkan awak balik" muncul pula Donghyuk dengan wajah risaunya.

Jungkook memerhati wajah Donghyuk. Dia perasan lelaki itulah yang datang dengan Sora pagi tadi.

"Kau ingat muka aku. Ingat nama aku. Aku Kim Sora. Lepas ni kau jangan sesekali berani nak cari pasal dengan aku kalau kau nak sekolah di sini dengan aman"

Sora terus melepaskan rambut pelajar itu dengan kasar. Dia pergi dari situ diikuti dengan Blackpink dan Ikon. Sampai sahaja di laluan menjemput pelajar bagi mereka yang datang dengan kereta, Jisoo terus bersuara.

"Donghyuk, Sora akan balik dengan aku. Aku tak boleh bagi dia naik motor dengan kau"

Dapat dilihat wajah Sora mula kelihatan pucat waktu itu.

"Sora, awak tak apa² kan?" soal Donghyuk.

"Nae, mungkin saya terkena gastrik" balas Sora dengan senyuman nipis.

Kemudian muncul kereta milik keluarga Jisoo. Jisoo membantu Sora masuk ke dalam kereta diikuti dengan dia lalu mereka meninggalkan kawasan sekolah. Pemergian mereka dihantar oleh pandangan ahli Blackpink yang lain dan Ikon.

"Sora tu ada sakit apa² ke?" soal Jinhwan.

"Molla, Jisoo tak ada pula beritahu kitaorang" jawab Rose.

"Pelik, macam tak masuk akal je kena gastrik. Dia makan tak waktu rehat tadi?" soal Chanwoo.

"Makan je. Alarh, kalau gastrik tak semestinya sebab seseorang tu tak makan. Boleh jadi sebab dia stres. Lagipun hari ni kitaorang tengok Sora tu moody semacam je. Tak ada pula dia nak berkongsi kenapa dia moody macam tu" ujar Jennie disetujui oleh Lisa dan Rose.

TBC

[C] CHANGED [JJK]Where stories live. Discover now