Part 26

291 24 7
                                    


Tiba waktu makan tengah hari, Sora pergi ke meja makan. Dia tidak mahu makan di khemah rawatan. Blackpink dan Ikon duduk semeja. Kebetulan hanya ada dua tempat kosong di meja itu iaitu sebelah Donghyuk dan Jinhwan.

Donghyuk memanggil Sora supaya duduk di sebelahnya tetapi Sora mengambil tempat di sebelah Jinhwan. Mereka yang berada di situ pelik. Junhoe yang kebetulan baru tiba di situ pelik kenapa tempat duduknya diambil oleh Sora.

"Girl, kenapa kau ambil tempat aku duh?"

"Sorry Junhoe. Kau boleh kan duduk sebelah Donghyuk?" pinta Sora sambil membuat muka kasihan.

"Nasib kau kawan aku. Kalau tak, dah lama aku judo kau di sini tahu"

Sora hanya ketawa kecil.

"Seliuh kau macam mana? Okay dah?" soal Jennie yang duduk di hadapan Sora.

"Semakin okay. Lagipun dah sapu minyak and tuam ais. More better la"

"Kau la ni Jinhwan! Tak jaga sepupu aku elok²!" marah Jisoo dalam nada bergurau. Jinhwan membundarkan matanya.

"Aku?" kata Jinhwan sambil menunjuk ke arah dirinya sendiri. Masing² ketawa dengan reaksi Jinhwan itu.

Kebetulan pula pada masa tu, meja di sebelah mereka diduduki oleh Bts.

"Kook, suapkan aku makan. Tangan aku lemah semacam je lepas balik jungle trekking tadi"

Masing² memandang ke arah V dengan reaksi muka disgust. Dah macam sotong anak Kim tu, menggesel di lengan Jungkook.

"Woi V! Kau jangan nak menggedik boleh tak?" tegur Jimin yang sememangnya meluat dengan perangai V yang tiba² mengada tu. V menjelirkan lidahnya.

"Kau jealous sebab aku dapat manja dengan Jungkook kan?" sengaja V provok Jimin. Jimin menjulingkan matanya.

"Kookie ya~"

Panggilan V itu membuatkan Ikon dan Blackpink ketawa kuat. Kini mata Bts memandang ke arah dua kumpulan itu.

"Kookie?" kata Lisa dengan tawa.

"What the fuck dude? Kookie biskut tu ke?" ejek Bobby pula.

"Lol, patut la lemah semacam je" sindir Yunhyeong pula.

"Apa masalah korang?!" tegas Namjoon bersuara.

"Wowo, ada orang marah la" perli Jennie.

Meja itu dihentak kuat oleh Namjoon sambil bangun dari duduknya. Perbuatannya itu menarik perhatian cikgu Han yang kebetulan lalu di situ.

"Kenapa ni? Ada masalah ke?"

"Aniya saem. Kitaorang gurau kasar je" jawab Sora memandangkan dia mula rapat dengan cikgu itu sejak malam semalam lagi.

"Ah jinjja? Gurau tu boleh, tapi jangan sampai bertumbuk pula ye. Kita di sini nak happy² je. Okaylah, cikgu pergi dulu ya" pinta cikgu Han lalu pergi dari situ.

"Ha, kau tak reti nak duduk ke? Ke punggung kau dah timbul bisul? Tak dengar apa yang cikgu cakap tadi? Kita di sini nak happy² je. Jangan bertumbuk pula" Chanwoo mengajuk cakap cikgu Han. Namjoon merengus kasar lalu duduk semula di tempat duduknya.

"Yah, rancangan kita di hutan tadi masih nak jalankan ke?" bisik Jinhwan di telinga Sora.

"Up to you" jawab Sora.

"Ha, korang dua bisik apa tu?" tegur Rose yang duduk di hadapan Jinhwan.

"Nanti aku beritahu korang"

SKIP

"Arghhh!!!"

Semua pelajar ketawa sambil memegang perut mereka apabila melihat kesemua ahli Bts terlompat lompat kerana ketakutan + kegelian. Dari tempat mereka berkumpul mereka dapat lihat Bts yang sedang terlompat lompat sebaik sahaja mereka memakai kasut sukan mereka. Cikgu Han, Kim dan Park pelik kenapa dengan Bts.

[C] CHANGED [JJK]Where stories live. Discover now