Part 46

266 26 9
                                    


Pada hari Sabtu itu, Sora dan Bts keluar ke Gangnam. Kafe milik sepupu Jimin, Sora cari. Sengaja dia datang sendirian kerana Namjoon dan Jungkook masing² ingin menumpangkannya tapi dia menolak.

Sedang dia mencari kafe itu, tiba² satu mesej masuk ke dalam telefonnya. Rupanya mesej daripada Jungkook.

-Awak dah sampai ke?

-Sekarang aku sedang cari kafe tu. Sebelah 7E right? Okay, aku dah nampak.

-Jinjja? Baguslah. Nanti jumpa di sana. Saya sedang otw ni.

-Nae.

Sora mempercepatkan langkahnya ke kafe itu. Perjumpaan mereka semua diadakan di tingkat dua kafe itu. Ketika Sora mendaki tangga, dia terdengar gelak tawa suara yang dikenali. Dia yakin, pasti yang lain sudah tiba. Namun apabila dia terdengar namanya disebut, langkahnya terus terhenti. Setiap patah perkataan yang diucapkan amat menyakitkan hatinya.

Di tingkat dua kafe itu

"Yah², sementara Namjoon dan Jungkook tak sampai lagi. Aku ada benda nak beritahu ni" ujar Jimin secara tiba².

"Eo, benda apa?" soal Jin.

"Biar aku yang sambung. Okay, kebelakangan ni korang dua ada perasan tak yang Sora dan kawan² dia macam asyik disabotaj?" Jhope pula mencelah.

V hanya mendiam kerana dia sudah tahu apa yang Jimin dan Jhope ingin katakan. Game yang terpapar di skrinnya mula dimainkan. Sambil itu dia memasang telingannya juga untuk mendengar perbualan kawan²nya.

"Itu aku perasan. Pelik duh tiba² je diaorang disabotaj. Nak tahu juga siapa yang buat. Mana tahu, ada queenka or kingka baru ke di sekolah tu" kata Suga.

Jhope dan Jimin tersenyum sinis.

"Untuk pengetahuan korang berdua, sebenarnya itu semua rancangan kitaorang. Aku, Jhope dan V"

"Mwo?!" jerit Jin dan Suga serentak.

"Uish, senyap la sikit! Aduh, malu aku!" marah Jimin dalam nada yang ditahan.

"Tapi, kenapa? Waktu Sora dikurung di tandas sampai dia pengsan tu pun korang juga ke yang buat?" soal Jin.

"Ya², semua perbuatan mensabotaj Sora dan Blackpink, rancangan kitaorang. Tapi aim kitaorang sebenarnya Sora je. Blackpink tu sebab kena tempias" jawab V secara tiba².

Jin dan Suga mengerutkan dahi mereka. Mereka berdua masih tidak faham.

"Bukan ke kita dan Sora dah berkawan? Lagipun hari tu korang dua juga kan yang beria nak kawan dan berbaik dengan Sora?" tanya Suga.

"Namjoon dan Jungkook tahu tak pasal ni?" celah Jin pula.

Jhope berdecit. Senyuman sinis terukir di bibir.

"Diaorang dua tak tahu. Well, Sora tu senang juga kena tipu. Ingat aku senang² je ke nak berbaik dengan dia?"

"Masa Jhope tiba² cadang nak berkawan dengan Sora tu, aku dah agak yang dia ada rancangan lain. Jadi aku pun setuju je la. Lagipun ingat kitaorang senang² nak lepaskan dia, lepas apa yang dia dah buat dekat Jungkook masa kita tak ada di sini? Jungkook hampir lemas tau masa kita datang ke sekolah tu"

[C] CHANGED [JJK]Where stories live. Discover now