Part 43

286 27 6
                                    


-Namjoon pun cintakan awak kan?

Sungguh Sora terkejut apabila membaca mesej di sticky note itu. Dia pasti ianya daripada Jungkook tu kerana dia sudah mula kenal dengan tulisan lelaki itu.

Dia sudah agak, pasti Jungkook akan bertanya soalan ini. Semalam mereka telah menyambut hari jadi Namjoon. Sora dijemput sekali. Ketika majlis berlangsung Namjoon bukan main rapat lagi dengan Sora. Layanan Namjoon amat lain sekali.

Dan ianya menarik perhatian ahli Bts yang lain. Masing² dapat mengagak bahawa Sora lah orang yang Namjoon suka.

Sebaik sahaja dia mengangkat wajahnya, matanya bertembung dengan anak mata milik Jungkook yang baru sahaja tiba di kelas. Senyuman yang diberikan oleh Sora dibalas secara acuh tidak acuh sahaja oleh Jungkook. Sora sedikit terkilan.

-Rehat nanti di rooftop. Aku tunggu kau.

Mesej itu dihantar oleh Sora kepada Jungkook.

Seperti yang dijanjikan, mereka berdua berjumpa di rooftop pada waktu rehat.

"Betul kan apa yang saya katakan tadi?"

Belum sempat Sora berkata apa², Jungkook telah mula bersuara sebaik sahaja dia berdiri di sebelah gadis itu.

"Macam mana kau boleh berfikir macam tu?"

"Sebelum ni Namjoon pernah cakap yang dia sukakan seseorang. Kitaorang pun curious juga nak tahu siapa. Tapi semalam kitaorang semua dapat agak yang awak perempuan tu. Jadi, saya patut mengundurkan diri ke? Biarlah Namjoon dengan awak"

Terkejut Sora dibuatnya apabila Jungkook berkata seperti itu. Jujur hatinya sebenarnya sudah tertarik dengan Jungkook. Cuma dia lebih selesa untuk sekiranya mereka hanya berkawan. Atau lebih tepat teman tapi mesra.

"Andwae!"

Jungkook memandang wajah Sora. Tangannya disilangkan.

"Kenapa tak boleh? Beritahu saya"

Sebenarnya hati Jungkook agak sakit ketika itu. Ye la, siapa je yang tak sakit hati. Walaupun mereka yang lain tidak tahu tentang perasaannya kepada Sora, tapi dia tak sanggup untuk melepaskan Sora.

Sora menggigit lembut bawah bibirnya. Nafas diambil lalu dihembus.

"Biar aku berterus terang je la dengan kau. Jujur aku cakap yang aku selesa dengan kau. Dan ya, hati aku mula tertarik dengan kau. Tapi, untuk mempunyai hubungan lebih daripada kawan, aku tak nak. Aku pasti, kau pun tak nak kan sesiapa tahu tentang kita. Terutamanya Namjoon"

Untuk seketika hanya kedengaran bunyi dahan² pokok bergoyang kerana tiupan angin.

"Keurae. Kalau macam tu saya takkan berputus asa untuk pikat hati awak sepenuhnya"

Sora mencebik. Terasa sedikit cheesy dengan kata² Jungkook tu.

"Walaupun aku akan bagi jawapan 10 tahun dari sekarang?"

Tercengang sekejap Jungkook dibuatnya. Matanya terkebil kebil.

"Errr... Okay, saya sanggup tunggu"

"Okay, let's see"

Sora tersenyum sinis. Ingin melihat sejauh mana Jungkook akan berpegang pada kata²nya.

SKIP

"Sora, Jisoo, palli! Ikon dah tunggu kita di koridor!"

Ajak Jennie dengan terujanya sebaik sahaja mereka berdua turun dari kereta. Sora menjadi terpinga pinga. Ada apa pula hari ini? Setahunya mereka tidak ada apa² janji untuk hari ini.

[C] CHANGED [JJK]Where stories live. Discover now