Part 11

344 38 6
                                    


Author pov

"Jisoo, aku nak keluar kejap. Nak jalan²"

Jam pada waktu itu telah menunjukkan pukul 8 malan. Jisoo terus pandang ke arah Sora.

"Wey, dah malam kot. Kau nak pergi mana je?"

"Just jalan². Alarh, sekali sekala aku nak ambil angin malam. Boleh la. Sekejap je" rayu Sora.

"Kau ni, kalau sakit kau datang balik macam mana? Nasib di sekolah tadi sakit kau tak teruk sangat. Kalau tak mesti aku dah kena marah"

Sora tersengih. Kepalanya yang tidak gatal digaru.

"Tadi sebab aku dalam keadaan marah. Memang la sakit aku datang, ni aku nak keluar untuk tenangkan diri aku. Boleh la Jisoo. Sekejap je. Sebelum pukul 10 aku balik. Lagipun kalau ada apa² kau orang first aku call okay?"

Jisoo mengeluh. Sepupu dia seorang tu memang degil.

"Ye la, jaga diri"

Sora terus terlompat kegembiraan.

"Yeah, sayang kau. Okay, bye² Jisoo" terus Sora keluar dari bilik tidur itu dan menuju ke Han River dengan berjalan kaki. Mujur Han River hanya terletak satu kilometer dari rumah mereka.

Sampai sahaja di situ Sora terus duduk di atas bangku sambil menghadap ke arah sungai tu. Hilang sebentar tekanan yang dirasainya ketika itu. Apabila dia sedar dia sudah lama tidak menghubungi parents dia, dia pun mengeluarkan telefonnya lalu didail nombor ommanya.

Setelah satu jam lebih berada di Han River tu, Sora ambil keputusan untuk pulang ke rumah. Ye la, balik lambat nanti kena berleter pula dengan sepupu dia seorang tu. Sedang dia otw balik ke rumah tiba² dia terserempak dengan Jinhwan.

"Eh Sora. Kau buat apa sorang² di luar waktu ni? Jisoo mana?"

"Owh aku jalan² di Han River. Nak rasa angin waktu malam. Ni dah nak balik dah. Jisoo ada di rumah. Kau pulak, datang dari mana?"

"Ah jinjja? Kalau macam tu aku temankan kau balik la. Alang² jalan ke rumah kita sekali. Owh ya, aku baru balik dari kelas judo ha. Kalau tak aku dengan Junhoe, tapi malam ni tiba² dia sakit perut pula"

"Kelas judo? Woah, interesting. Dah lama kau belajar judo?"

Sora seakan akan tertarik dengan kelas judo yang diikuti oleh Jinhwan.

"Hum, ni nak masuk dua tahun dah. Owh ya, gastrik kau dah baik ke?" Jinhwan yang teringat Sora terkena gastrik masa waktu pulang sekolah tadi bertanya tentang keadaan gadis itu.

"Dah, balik tadi aku makan ubat. Hilang dah gastrik tu. Lagipun kalau tak, tak adanya aku boleh jalan seorang waktu ni"

Mereka berborak borak hinggalah sampai di rumah milik keluarga Jisoo.

"Gomawo sebab temankan aku. Hati² jalan nanti" ucap Sora.

"Nae, selamat malam" ucap Jinhwan lalu berjalan pulang ke rumahnya.

Sora lihat pemergian Jinhwan dengan pandangan matanya. Baginya Jinhwan agak baik dan peramah orangnya. Lagipun itu kali pertama dia berbual berduaan dengan Jinhwan.

SKIP

"Okay guys, aku ada berita menggemparkan ni" kata Jennie semasa mereka sedang berehat di kantin. Kebetulan pada waktu itu Sora tiada di situ kerana Donghyuk ajak dia makan di rooftop.

"Berita apa, kalau setakat untuk buli orang aku tak minat" ujar Lisa.

"Haish, bukanlah. Ini tentang pelajar baru tu. Yang satu kelas dengan aku, Jisoo dan Sora. Rupanya sebelum ni dia satu sekolah dengan Sora di Daegu"

"Eh, mana kau tahu?" soal Rose.

"Hey, ini kan sekolah milik keluarga aku. Mestilah aku tahu. Btw, kenapa Sora tak nak beritahu yang dia satu sekolah dengan Jungkook dulu eh? Tapi berdasarkan rekod, dia ada masalah disiplin. Dia pernah membuli pelajar di sekolah lama dia"

"Wait, apa kau kata? Membuli?" soal Jisoo.

Jennie hanya mengangguk. Jisoo mula berfikir. Semalam Sora langsung tak nak mereka menyebut tentang pelajar baru tu. Dan mood Sora terus swing satu hari. Waktu di sekolah lama dulu, Sora pernah jadi mangsa buli. Tiba² dia teringat Sora pernah menunjuk gambar orang yang selalu membulinya dulu.

Telefon yang berada dalam blazer sekolah dibuka. Ikon galeri ditekan lalu dia mula mencari gambar yang dimaksudkan tadi. Dan dia terjumpa. Dalam gambar tu ada wajah Jungkook. Terus membuntang mata Jisoo.

"Guys" panggil Jisoo.

Semua ahli Blackpink pandang ke arah Jisoo.

"Aturkan plan. Kita akan kenakan si Jungkook tu"

SKIP

"Sora, sekejap" panggil Jungkook ketika Sora ingin keluar dari kelas.

Waktu sekolah sudah tamat dan semua pelajar 5A1 telah pulang. Hanya tinggal mereka berdua dalam kelas.

"Kau nak apa?!" soal Sora dengan kasar.

"Tentang semalam, kenapa awak marah sangat waktu pelajar perempuan tu tertumpahkan air di kasut awak?"

"Ikut suka hati aku la. Bukan urusan kau"

"Tapi setahu saya, awak bukan orang yang macam tu"

Sora berdecit. Jeon Jungkook, sejak pindah ke situ baik sekali pertuturannya. Mungkin kerana dia berseorang?

"Jangan buat macam kau kenal aku sangat lah. Sedangkan dulu kau lagi teruk daripada apa yang aku buat semalam"

Jungkook terkedu dengan kata² Sora sebentar tadi. Perasaan bersalah mula menerpa dirinya apabila dia teringat saat dia mana kali terakhir dia membuli gadis itu. Saat di mana dia dan V telah menyepak perut gadis itu hingga gadis itu tidak sedarkan diri.

"Awak jadi queenka di sekolah ni kan?"

"Sora, kenapa awak masih dalam kelas ni?" pada waktu itu muncul Donghyuk di kelas itu membuatkan Sora tidak sempat untuk menjawab soalan Jungkook baru tadi. Mata Donghyuk memandang Sora dan Jungkook berselang seli.

"Owh, budak baru ni ha. Tadi tanya tentang kerja sekolah" bohong Sora.

"Jomlah balik. Jisoo suruh saya hantarkan awak. Dia dengan ahli Blackpink yang lain katanya ada kerja sikit nak dibuat" ajak Donghyuk.

"Ah jinjja? Khaja, mian sebab susahkan awak" Sora terus peluk lengan Donghyuk.

Donghyuk gembira kerana Sora memeluk lengannya. Mereka berdua keluar dari kelas meninggalkan Jungkook seorangan di situ. Entah kenapa hati Jungkook terasa sakit apabila melihat keakraban Sora dan lelaki yang dipanggil Donghyuk itu.

TBC

[C] CHANGED [JJK]Where stories live. Discover now