Part 33

314 32 9
                                    


"Jisoo, mana Sora? Dia tak turun makan ke?" soal ommanya ketika mereka anak beranak siap sedia untuk makan malam. Cuma Sora sahaja tidak berada di situ.

"Molla, sekejap lagi turun la kot" jawab Jisoo lalu meneguk air kosong yang berada dalam gelas.

"Kamu pergi lah tengok. Mana tahu dia terleka buat apa² ke di bilik" pinta appanya pula. Jisoo terus meninggalkan meja makan dan naik ke bilik Sora. Pintu bilik itu diketuk sederhana kuat untuk beberapa kali.

"Sora, kau tak nak turun makan ke?"

Senyap. Jisoo pelik. Pintu bilik itu diketuk untuk kali kedua.

"Sora, kau dengar tak apa yang aku cakap?" soal Jisoo sambil melekapkan telinganya ke pintu bilik Sora.

Masih lagi senyap tanpa sebarang balasan. Jisoo terus membuka pintu itu dan dia terlihat Sora sedang berbaring di atas katil. Jisoo menghampiri katil itu namun mengejutkan dirinya apabila dia melihat wajah Sora yang pucat dan peluh membasahi dahi gadis itu. Wajah Sora berkerut seolah olah sedang menahan sakit. Jisoo terus melompat ke atas katil.

"Sora! Kau kenapa ni?"

Perasaan panik menerpa dalam diri Jisoo. Walaupun hubungan dia dan Sora masih lagi tidak baik, tapi dalam keadaan sekarang siapa peduli tentang semua tu? Pipi Sora ditepuk perlahan berkali kali.

"S-sakit" ucap Sora dalam keadaan separuh sedar. Jisoo memeriksa nafas gadis itu. Lemah sekali nafas sepupunya waktu itu! Diperiksa suhu badan Sora dan ianya agak sejuk!

"Omma! Appa!" jerit Jisoo dengan kuat sekali. Tidak sampai seminit kedua dua ibu bapanya tiba di bilik itu dengan keadaan tergesa gesa.

"Kenapa Jisoo? Kenapa kamu menjerit tadi?" soal puan Kim. Apabila matanya melihat ke arah Sora, membulat matanya jadinya.

"Omo, kenapa dengan Sora?!"

"Omma, kita kena bawa Sora ke hospital sekarang. Palli!"

"Awak pergi hidupkan enjin kereta. Biar saya angkat Sora ke kereta. Palli" arah tuan Kim lalu dia segera mengangkat Sora. Puan Kim awal² lagi sudah turun ke bawah untuk hidupkan enjin kereta.

SKIP

Jam meunjukkan hampir pukul satu pagi. Jisoo memandang wajah Sora yang kelihatan amat pucat sekarang ini. Tangan kanan sepupunya itu diraih lalu dia mencantumkan tangan mereka. Mahu sahaja dia menangis sekarang ini apabila melihat sepupunya sedang bernafas dengan menggunakan mesin bantuan pernafasan. Kata² doktor Min sebentar tadi terngiang ngiang di telinganya.

Flashback

"Mujur tuan dan puan cepat bawa Sora ke hospital. Jika tidak, saya tak tahu nak kata apa. Jantung Sora berada dalam keadaan lemah sekali. Saya rasa ini keadaan paling teruk selama saya merawat dia selama ini. Untuk seketika dia perlu bernafas dengan bantuan mesin. Jika keadaan dia dah mula stabil baru kami akan tanggalkan mesin tu. Urmm, Sora.. dia tertekan ke?"

Semua mata memandang ke arah Jisoo. Dia hanya menggeleng kerana dia tidak tahu. Lagipun seharian ini dia tidak berbual dengan Sora.

"Tak apalah. Mari kita sama² berdoa agar Sora cepat sedar. Jika keadaan dirinya sekarang ini akan berterusan hingga esok, mungkin sesuatu yang buruk akan berlaku"

End of flashback

"Sora, cepatlah sedar. Jangan buat kitaorang risau. Aku tahu kau kuat kan?"

SKIP

Perlahan lahan Sora membuka matanya. Siling yang berwarna putih adalah perkara pertama yang menerpa ke penglihatannya. Apabila dia membuka matanya sepenuhnya, dia pelik dengan suasana sekelilingnya. Dia tahu, dia berada di hospital. Apabila dia melihat Jisoo yang sedang membaringkan kepalanya di atas katil, perlahan lahan dia mengejutkan gadis itu.

[C] CHANGED [JJK]Where stories live. Discover now